Tahniah Goh V Shem dan Tan Wee Kiong!

Tuesday, August 16, 2016 Ana 0 Comments





Assalamualaikum & salam sejahtera....


Tahniah, tahniah, tahniah!

Berbaloi menonton aksi beregu lelaki dan campuran badminton negara di Olimpik hari ini. Tak kisah lah penat 'mengharungi' perasaan panik, nervous, berdebar-debar, saspen, bangga, terharu dan macam-macam perasaan lagi setiap kali tonton perlawanan libatkan aksi pemain negara. Menonton pun penat apa tah lagi pemain yang bermain bermatian-matian itu tapi di penghujungnya kesudahan yang sangat-sangat menggembirakan!

Sememangnya sebelum Olimpik membuka tirai, hanya nama Dato' Lee Chong Wei yang jadi sebutan untuk membawa pulang pingat bagi acara badminton.

Kini tidak lagi, 2 pingat perak dari pasukan badminton kini sudah ada dalam genggaman melalui beregu campuran dan lelaki.

Saksikan berita-berita atlet Malaysia di Rio melalui FB Team Malaysia (klik di sini)


Baca juga :
Pingat perak pertama Malaysia di Olimpik Rio 2016 : Tahniah Pandelela dan Jun Hoong!
Jom tonton Olimpik Rio 2016 di Live Streaming RTM!
Tahniah Azizulhasni Awang, Pocket Rocket Man!
Tahniah Liu Ying-Peng Soon, menang pingat perak kedua buat Malaysia!
Tahniah Tan Wee Kiong dan Goh V Shem untuk pingat perak ketiga Malaysia!
Terima kasih Dato' Lee Chong Wei....


Beregu campuran badminton negara tidak pernah mara ke peringkat akhir sejak badminton mula dipertandingkan di Olimpik Barcelona 1992.
Pastinya seluruh tenaga dan skil beregu campuran Goh Liu Ying-Chan Peng Soon akan dikerah habis-habisan bila bertemu pasangan Indonesia Tontowi Ahmad- Liliyana Natsir di final nanti. Walaupun beregu campuran negara ditewaskan pasangan beregu Indonesia ini di peringkat kumpulan, apa saja boleh berlaku dalam sukan badminton dan pastinya perlawanan sengit bakal berlaku sebaik perlawanan bermula jam 10:50 malam esok.


goh v shem dan tan wee kiong

goh v shem dan tan wee kiong

goh v shem dan tan wee kiong

goh v shem
Goh V Shem pun menangis kegembiraan!

Beregu lelaki badminton negara kali terakhir mara ke peringkat akhir dan menang pingat perak ialah pada tahun 1996 melalui pasangan Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock. Penantian 20 tahun berakhir malam ini. Pasti bertambah manis jika penantian itu diakhiri dengan kemenangan pingat emas buat negara.
Pasangan Goh V-Shem-Tan Wee Kiong akan bertemu samada pasangan dari China atau Britain di peringkat akhir nanti yang akan berlangsung pada hari Jumaat, 19 Ogos jam 10:50 malam.

Tak sabar menanti aksi pemain utama negara , Lee Chong Wei di suku akhir esok jam 7:30 malam
Adakah Chong Wei mampu merealisasikan segala harapan yang disandarkan di bahunya?


Malaysia Boleh!

#malaysiaboleh
#ayuhmalaysiaku
#olimpikrio2016



0 comments: