Omran Daqneesh, maafkan kami!

Friday, August 19, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....


Hari ini ialah Hari Fotografi Sedunia @ World Photography Day. Rujuk di sini untuk lebih info mengenai Hari Fotografi Sedunia ini.

Sekeping foto ada banyak kisah di sebaliknya. " A picture speaks a thousand words".

omran daqneesh


Foto dan video anak Syria, Omran Daqneesh,5 tahun yang tersebar di media sosial semalam ialah lebih daripada sekadar gambar.

Konflik yang berterusan dengan derita yang entah bila akan berakhir mungkin telah menjadikan Omran sedemikian. Hanya duduk diam, kaku tanpa sebarang reaksi setelah diselamatkan daripada bawah runtuhan rumah di Aleppo yang dibom dalam satu serangan udara.

Adakah Omran terkejut atau trauma dengan apa yang berlaku hingga hilang kata-kata?

Atau lebih pedih lagi, kekejaman dan penindasan, kecederaan dan kematian serta kehilangan ahli keluarga, saudara mara mahupun sahabat handai yang disaksikan di depan matanya sendiri saban hari telah menjadikan Omran hilang segala perasaan? Telah lali dan kering air mata darah hendak menangis lagi walaupun dikatakan ada luka besar di dahi Omran akibat runtuhan itu?

:(
:(
:(

Baca juga:
Selamat tinggal, Aleppo...
Sudah hilangkah rasa perikemanusiaan?


Kisah Omran adalah sebahagian episod sedih anak-anak mangsa konflik yang tak berkesudahan. Sampai bila agaknya kita akan terus dikejutkan dengan gambar pilu anak-anak seperti Aylan Kurdi, Ahmed Dawabshaa dan Omran Daqneesh? Berat betul rasa dalam hati bila hanya dapat memandang dari jauh dan berdoa dan terus berdoa. Maafkan kami kerana hanya mampu memandang dari jauh!

aylan kurdi

ahmed dawabshaa

derita anak syria




Selamat menyambut Hari Fotografi Sedunia. Menanti untuk melihat foto-foto yang indah saja....







0 comments: