Jom tukar kepada simpanan patuh syariah KWSP!

Monday, August 08, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Lebih kurang jam 2 petang tadi saya ke KWSP cawangan Wangsa Maju untuk proses tukar simpanan KWSP kepada simpanan patuh syariah. Bermula hari ini 8 Ogos 2016, semua pencarum KWSP boleh menukar simpanan kepada simpanan patuh syariah di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.

akad simpanan patuh syariah kwsp
Akad simpanan patuh syariah KWSP


Sampai saja di simpang berhampiran KWSP dah nampak dari jauh ramai orang tengah beratur di luar. Masa itu dalam kepala ada terfikir dua benda. Pertama, wah bagus nya ramai juga yang prihatin nak tukar kepada simpanan patuh syariah ini. Beratur panjang sampai ke luar pejabat. Yang kedua, lama sangat ke proses nak tukar kepada simpanan patuh syariah ini sampai ramai yang beratur panjang?

beratur panjang di kwsp
Beratur panjang di luar pejabat KWSP Wangsa Maju


Lepas pusing-pusing dan berjaya dapat tempat letak kereta yang tak jauh sangat, saya pun berjalan di bawah panas terik menuju ke barisan panjang di luar pintu pejabat KWSP itu. Sampai-sampai saja dah ada seorang staf yang menegur. "Cik nak tukar kepada syariah ke?" dan terus tunjukkan saya di mana nak beratur. Siap hulurkan air mineral sementara beratur itu 👍. Proses nak tukar ke simpanan patuh syariah ini tak dibuat di kaunter tapi di tingkat dua.

Beratur lebih kurang 10 minit kemudiannya naik ke tingkat dua. Ambil nombor giliran di tingkat dua kemudiannya duduk di sebuah bilik tunggu nombor dipanggil. Waktu itu nombor yang sedang dilayan ialah nombor 362, dan nombor saya ialah 384. Saya perhatikan untuk setiap seorang yang dipanggil, masa yang diambil untuk di confirm kan maklumat IC, alamat dan nombor telefon, scan IC dan cop ibu jari semuanya lebih kurang tidak lebih dari 5 minit. Akad ada diletakkan di atas meja di depan pencarum tapi tidak dibaca ketika itu. Jika dibaca mungkin akan ambil masa yang lama untuk proses setiap pencarum.

tunggu giliran di kwsp
Tunggu giliran di KWSP

tukar kepada simpanan patuh syariah kwsp
Pencarum sedang dilayan untuk membuat penukaran kepada simpanan patuh syariah


Bila tiba giliran saya saja yang ambil masa agak lama. Kenapa? Sebab ibu jari kanan saya kering dan tak dapat dipadankan dengan IC yang di scan. Lama dan banyak kali juga lah tekan ibu jari di scanner itu. Siap dihulurkan kepada saya losyen tangan oleh staf yang bertugas untuk ibu jari yang kering itu. Cuba beberapa kali baru berjaya!

Selesai semuanya saya diberitahu yang KWSP akan hantar SMS dalam masa 7 hari sebagai makluman. Setiap pencarum diberikan salinan akad syariah dan leaflet berkenan simpanan syariah untuk rujukan.

Mudah saja kan prosesnya? Tak perlu isi apa-apa borang, hanya perlu bawa IC dan pergi ke pejabat KWSP yang berhampiran.

Bagi anda yang tertanya-tanya kenapa tak buat auto tukar saja kepada simpanan syariah bagi pencarum yang beragama Islam, anda boleh rujuk jawapan Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman di FB beliau (klik di sini). Sangat jelas huraiannya di sana. Petikan di bawah pun saya ambil daripada FB Ustaz.

Jom sama-sama kita tukar kepada simpanan syariah.


Maka menurut HUKUM ISLAM wajiblah hukumnya ke atas umat Islam menukarnya dan tiada lagi alasan tiada pilihan lalu membiarkannya di dalam akauan konvensional yang dilaburkan ke tempat tidak patuh Syariah. 
Nabi bersabda :ليَأتينَّ على الناسِ زمانٌ ، لا يُبالي المرءُ بما أخذَ المالَ ، أمن حلالٍ أم من حرامٍErtinya : Akan pasti sampai suatu masa, manusia tidak lagi mengendahkan dari mana sumber dia mendapatka harta, sama ada dari halal atau haram.
Sebarang soalan dan info lanjut, bolehlah melayari FAQ di web Untuk malumat lanjut sila buka link http://www.kwsp.gov.my/shariah/bm/index.html



0 comments: