Olimpik Rio 2016 yang terakhir buat Michael Phelps

Sunday, August 14, 2016 Ana 1 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera....

Hebat sungguh jaguh renang USA, Michael Phelps. Dengan tamatnya acara renang 4x100 meter berganti-ganti pagi tadi, secara peribadinya beliau dah berjaya merangkul 23 pingat emas sejak sertai Olimpik pada tahun 2004. 23 pingat emas dan jumlah kesemua pingat Olimpik yang dimenanginya ialah 28 pingat!

Menonton secara langsung acara 4x100 meter berganti-ganti di tv1 pagi tadi jelas Michael Phelps tak ada tandingannya. Phelps yang jadi perenang ketiga (selain Ryan Murphy, Cody Miller dan Nathan Adrian) pada  saya macam jadi penyelamat sebab berjaya jarakkan diri dari perenang Great Britain yang cuba mengejar. Pastinya pingat emas terakhir yang dimenanginya ini menjadi hadiah terbaik dan kenangan paling indah selepas beliau mengambil keputusan ini adalah Olimpik terakhir yang akan disertainya. Selain dikejutkan dengan kemenangan Joseph Schooling dari Singapura yang mengalahkan Phelps dalam acara 100m kuak kupu-kupu, beliau merupakan perenang prolifik yang jadi tumpuan ramai dalam acara renang yang dikuasai oleh perenang USA.

michael phelps
Sumber : bharian.com.my


Phelps yang dilahirkan pada 30 Jun 1985 mula berenang sejak berusia 7 tahun. Sebagai kanak-kanak yang aktif, aktiviti renang menjadi salah satu cara untuk Phelps 'menyalurkan' tenaganya itu. Beliau pernah didiagnos dengan penyakit ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) ketika belajar di Gred 6.  Phelps juga tak lepas daripada terlibat dengan beberapa kontroversi yang melibatkan undang-undang namun beliau juga banyak melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan (sumber : Wikipedia)

Nak belajar teknik berenang dan jadi sehebat Michael Phelps? Mulakan dengan ketahui tips cara mudah belajar berenang di sini!

Phelps pernah buat keputusan bersara selepas Olimpik London 2012 tapi kembali beraksi pada tahun 2014 di Pan Pacific Championship. Di Olimpik Rio 2016 ini, Phelps berjaya merampas kembali pingat emas dalam acara 200m yang dimenangi perenang Afrika Selatan Chad Ie Clos di Olimpik London 2012.

Mungkin kah Phelps akan kembali beraksi di Olimpik Tokyo 2020 untuk merampas kembali emas dalam acara 100m?




1 comment: