Malaysia, masih Sehati Sejiwa....

Saturday, August 27, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera....


Tinggal 3 hari saja lagi sebelum rakyat Malaysia sama-sama meraikan Hari Kemerdekaan yang ke-59. Tema Hari Kemerdekaan pada tahun ini masih mengekalkan tema yang sama seperti tahun 2015 iaitu 'Sehati Sejiwa'. Begitu juga dengan logo yang masih mengekalkan logo yang sama. Persediaan sambutan hari kemerdekaan sedang giat dijalankan dan beberapa jalan utama akan ditutup bermula 27 Ogos hingga 31 Ogos bagi memberi ruang untuk sesi raptai dan perarakan sebelum acara kemuncak diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos nanti.

logo hari merdeka ke 59, logo hari merdeka 2016, sehati sejiwa


Kebetulan hari ini saya menonton filem 'Tanda Putera' di Astro Citra (tonton Astro Citra sementara percuma hingga 31 Ogos ini!) yang mengisahkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di zaman pentadbiran Tun Abdul Razak dan timbalan beliau Tun Dr Ismail. Filem yang ditayangkan pada tahun 2013 ini juga memaparkan kisah rusuhan kaum dan komunis yang berleluasa pada zaman pentadbiran tersebut. Menonton filem ini membuatkan saya rasa macam kembali ke zaman silam dan berada bersama-sama rakyat ketika itu merasai keadaan tegang dan ketakutan untuk keluar rumah.

Mak saya ada kisah beliau sendiri yang agak menakutkan ketika zaman itu. Beberapa hari selepas kejadian rusuhan, entah macam mana, mungkin kerana tiada tv , radio atau tidak dapat maklumat mengenai keadaan ketika itu, emak saya elok saja dan dengan selambanya keluar naik bas dari Gombak menju ke Setapak seorang diri! Menurut emak saya, ketika itu beliau pelik juga kenapa jalan lengang, hampir tiada orang yang berada di luar rumah dan pemandu bas itu sendiri dilihatnya berbisik-bisik dengan pembantunya sambil memandang-mandang ke arah emak saya! Bila turun dari bas untuk kembali ke rumah, sepanjang perjalanan menuju ke rumah itu kata emak saya hampir setiap rumah jiran yang dilewatinya menjerit suruh cepat balik ke rumah! Ada juga yang lebih kasar bahasanya dengan menjerit "Oi, nak m*ti ke!". Emak saya yang terpinga-pinga itu hanya tahu cerita sebenar bila sampai di rumah, syukur tiada perkara buruk yang berlaku..

Segala susah payah yang dilalui oleh pemimpin terdahulu untuk mencapai kemerdekaan dan keamanan yang kita kecapi hari ini menuntut pengorbanan yang bukan alang-alang besarnya. Sekadar mendengar cerita dan menonton filem sama sekali tidak setanding dengan melalui sendiri dan melihat dengan mata kepala segala peristiwa yang akhirnya membawa kepada wujudnya Malaysia yang ada pada hari ini. Sekadar terlibat dalam persembahan padang ketika sambutan hari kemerdekaan (seperti saya yang terlibat untuk persembahan padang hari kemerdekaan yang ke-38, baca di sini) belum mampu untuk jadikan saya benar-benar dapat hayati dan hargai erti kemerdekaan yang sebenar. Masih banyak yang dirungutkan dan tak puas hati dengan apa yang ada!

Baca juga:
Malaysia, Sehati Sejiwa...
Selamat Hari Kebangsaan 2016 - Malaysia Sehati Sejiwa

Kemerdekaan itu sendiri bukan hanya bererti bebas dari penjajahan fizikal tetapi yang paling utama bebas juga daripada penjajahan minda. Masih 'terjajah' dengan sikap pentingkan diri sendiri dan sikap 'saya-selalu-betul' ? Maka itu bermakna kita belum lagi merdeka sepenuhnya. Dan erti bebas dari sikap 'saya-selalu-betul' dan cepat nak hakimi orang lain ini digambarkan dengan menarik dalam iklan oleh Digi - #BukaLaHati - klik untuk tonton di sini.

#BukaLaHati, iklan merdeka digi 2016
Sumber : YouTube



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan @ Kebangsaan 2016, Malaysia Sehati Sejiwa....







0 comments: