Jangan YB. Kita main badminton untuk negara..

Wednesday, August 24, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera...

"Berjuang untuk negara, bukan kerana ganjaran"

Meriah sungguh sambutan rakyat Malaysia untuk atlet negara yang baru pulang dari Olimpik Rio hari ini. Dijangkakan jam 1:50 petang akan tiba di KLIA tapi ketibaan atlet yang menaiki pesawat Emirates EK408 yang dinanti-nantikan akhirnya tiba hampir jam 3 petang. Antara yang menanti di Kompleks Bunga Raya KLIA ialah Menteri Belia dan Sukan, timbalan beliau serta Perdana Menteri dan isteri.



Dalam ucapan PM tadi beliau mengumumkan penambahan ganjaran untuk atlet yang telah memenangi pingat iaitu tambahan sebanyak RM200,000 untuk pingat perak dan gangsa (maknanya pemenang pingat perak dapat keseluruhannya RM500,000 dan pemenang pingat gangsa dapat Rm300,000). Baca lebih lanjut di sini.

Saya nak tergelak pula bila PM cakap nak umumkan sesuatu. Sebab saya dengar macam orang ramai yang ada di situ jerit "Cutiiii!". Atlet susah payah berjuang dan menang pingat, kita pula yang minta ganjaran cuti. 😆


















Antara yang menarik semasa sidang akhbar (disiarkan di Astro Arena) selepas sambut ketibaan wira dan wirawati Olimpik Rio di KLIA ialah jawapan Menteri Belia dan Sukan terhadap soalan wartawan mengenai ganjaran buat atlet. Lebih kurang begini lah yang saya tonton di tv tadi:

"Sepanjang saya di Rio selama seminggu lebih, mereka(atlet) tidak pernah bertanyakan tentang ganjaran. Biar saya kongsikan dengan anda antara yang saya bualkan dengan Chong Wei semasa di sana"

(Dialog di bawah lebih kurang yang saya dengar di tv tadi)

KJ : Rasanya kita boleh dapat sesuatu (pingat) tak jika kita tambahkan ganjaran untuk atlet?

LCW : Jangan YB. Kita buat (main badminton) untuk negara.

LCW terbaik! 👍👍👍

#dlcw
#chongweiourhero
#olimpikrio2016


Baca juga :
You ingat kita cinta ke tulis surat ni!

 

0 comments: