Ke mana hilangnya rebat saya?

Tuesday, August 02, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera.....

Tak tahu lah kenapa sejak kebelakangan ini saya ada banyak pula isu pengguna. Selain masalah sampah tak diangkat dan tak puas hati dengan nombor akaun pengguna di bil elektrik yang ditukar tanpa makluman awal, saya ada satu lagi isu yang saya agak kurang berpuas hati.

Baca juga:
Nombor akaun pengguna di bil elektrik telah ditukar...tanpa makluman...

Pada hari Sabtu yang lalu saya ada terima sms dari Maybank yang memaklumkan kad kredit saya dah digunakan untuk membayar bil Internet sebanyak RM72.10. Saya tak ada masalah pasal maklumkan yang saya guna kad kredit itu. Memang saya guna auto billing untuk bayar bil Internet. Yang jadi masalah ialah bila saya tengok jumlah yang saya bayar. Eh bukan sebelum ini saya bayar RM67.10 saja ke? Bila pula naiknya bil Internet ini? Haish semuanya naik tak ada yang turun!

Sambil merungut-rungut itu saya pun login untuk melihat bil saya secara online. Bila dibandingkan dengan bil untuk bulan-bulan yang lepas, nampaknya ada satu item yang berbeza. Dalam bil terkini, sudah tidak ada Auto Billing Rebate sebanyak RM5. Ke mana pula hilangnya rebat ini? Dah tak ada rebat lagi ke bila bayar guna auto billing? Saya pun siap lah 'mengarang' emel panjang lebar dan hantar pada emel aduan syarikat telekomunikasi tersebut. Dan macam biasa saya pun telah terima reply mengatakan aduan saya telah dihantar pada jabatan yang berkaitan untuk tindakan lanjut.

aduan melalui telefon dan emel tapi respons sangat lambat


Disebabkan saya hantar emel pada hari Sabtu dan saya rasa mungkin hari Isnin baru aduan saya akan disiasat maka hari Isnin itu saya diamkan saja bila tak dapat apa-apa emel dari syarikat berkenaan. Hari Selasa seharian menunggu masih tiada apa-apa emel diterima. Jadi malam itu saya pun emel semula untuk tanyakan apa status aduan saya itu. Sekali lagi emel saya dibalas dengan jawapan yang lebih kurang sama dengan emel yang pertama tadi. Hari Rabu saya cuba pula untuk telefon call center tapi malangnya asyik sibuk dan saya 'akan dilayan sebentar lagi'. Sekali lagi saya hantar emel dan sekali lagi jawapan yang sama diterima.

Sebahagian daripada kandungan emel reply yang pertama:
Please be informed that your email has been noted and we had channeled your issue to the relevant department for further assistance. Your support shown to us is very much appreciated.

Sebahagian daripada kandungan emel reply yang kedua:
We are sorry for any inconvenience this may have caused you. With reference to your inquiry, please be advised that we have channeled your auto billing issue to the relevant team for further investigation.

Sebahagian daripada kandungan emel reply yang ketiga:
We sincerely apologize for the inconveniences caused.
Please be advise that your email has been noted and we had channeled your issue to the relevant department and it is still in the midst of processing from their end. As soon as we get a resolution we will update you accordingly.
Your support shown to us is very much appreciated.


Ok. Mungkin saya yang kurang sabar agaknya. Mungkin perlu lebih masa untuk periksa aduan saya itu agaknya. Mungkin silap saya bila telefon call center pada waktu tengahari, waktu yang sibuk. Jadi saya tunggu hingga ke hari ini. Maknanya saya dah tunggu selama 6 hari bekerja sejak saya hantar emel yang pertama pada 23 Julai yang lepas. Kali ini saya telefon call center pada awal pagi. Pukul 8:44 pagi.

Kali ini saya dapat jawapannya. Kata staf yang menjawab panggilan saya itu, isu auto billing saya itu adalah kerana sistem mereka ada sedikit masalah dengan auto billing untuk bil bulan lepas. Rebat bulan lepas akan dimasukkan dalam bil bulan Ogos, maknanya akan ada 2 rebat untuk bulan Ogos nanti.

Ok, jawapan boleh diterima. Saya minta staf call center berkenaan membalas emel saya dan sertakan sekali dengan penjelasan yang diterangkannya tadi. Ok katanya. Memang saya mahu kan confirmation via email. Takut nanti di telefon cakap lain tapi sebenarnya lain yang dibuat. Takut nanti di bil bulan Ogos nanti tak ada pun 2 rebat yang dijanjikan. Jadi saya pun tunggu emel tersebut. Tunggu dari pagi tadi sampai sekarang dah petang masih belum nampak bayangan emel tadi. Susah ke nak balas emel itu? Jawapan penjelasan sudah ada kan? Tinggal nak taip dan hantar emel kepada saya saja.

Saya baru saja hantar emel sekali lagi sebentar tadi. Saya jelaskan tentang apa yang diberitahu kepada saya pagi tadi dan minta emel saya dibalas sebagai confirmation.

Saya tahu bukan senang bertugas di call center. Selagi jabatan yang berkenaan tak bagi jawapan untuk aduan yang diterima dari pengguna maknanya call center pun tak ada jawapan yang pasti untuk disampaikan kepada pengguna yang mengadu. Sebab itu lah emel yang sama saya terima daripada call center untuk setiap emel yang saya hantar. Dan sebab itu juga lah saya mahukan pihak call center balas emel saya dengan confirmation. Supaya senang untuk saya forward kembali emel itu kepada syarikat berkenaan jika saya tak nampak 2 rebat yang dijanjikan dalam bil bulan Ogos nanti!

Sekarang ini sabar sajalah tunggu emel dari call center yang tak kunjung tiba.

 

0 comments: