Jerebu datang lagi......
Assalamualaikum & salam sejahtera....
Jerebu datang lagi.
Lebih kurang waktu yang sama dengan tahun lepas. Tahun lepas jerebu menyerang negara kita pada bulan September dan berlarutan hingga hujung tahun. Adakah kali ini perkara yang sama akan berulang lagi?
Nasihat yang sama akan kita ulang dan ulang. Kurangkan aktiviti luar rumah, pakai penutup hidung, minum air yang banyak, elakkan pembakaran terbuka dan lain-lain lagi nasihat standard waktu jerebu berlaku. Tiada salahnya dengan nasihat ulangan ini. Sebab hanya itu yang mampu kita sebagai rakyat marhaen ini mampu lakukan. Itu saja.
Baca juga:
Jerebu dalam kalendar 2016
Bergaya dengan penutup muka cantik ketika jerebu!
5 derita di kala jerebu!
Kasihan anak-anak yang berjalan ke sekolah sambil menghirup udara yang berjerebu. Kasihan pekerja buruh yang mengerah keringat menyiapkan kerja-kerja pembinaan dalam persekitaran yang berasap jerebu sebagai tambahan kepada debu simen yang sedang dibancuh. Kasihan peserta-peserta yang sedang giat menjalani latihan raptai dan perarakan untuk hari merdeka tidak lama lagi!
"KUALA LUMPUR: Indonesia hari ini memberi jaminan jerebu rentas sempadan tahun ini tidak akan seserius tahun lepas berikutan tindakan drastik yang diambil untuk mencegah kebakaran hutan di negara itu." - sumber : Astroawani.com
Jerebu tidak akan seserius tahun lepas, katanya. Sama-sama kita lihat, adakah esok langit akan cerah semula...
0 comments: