Harga rumah akan turun?
Harga rumah akan turun?
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Anda dah memiliki rumah sendiri? Belum lagi? Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang...
Credit: malaysianreview.com
Credit: beritasemasa.com.my
Memang harga rumah semakin hari semakin naik. Tak terkejar dibuatnya. Rumah yang saya beli di Bangi 8 tahun yang lepas pada harga RM247,000 kini dah naik sehingga RM400,000! Harga pasaran terkini ni saya dapat daripada penilai (valuer) yang buat penilaian ke atas rumah saya (teres setingkat lot tepi) bila saya buat refinance rumah tak lama dulu. Itu kawasan Bangi, kalau di Kuala Lumpur memang tipis harapan nak dapat rumah teres setingkat (jarang (atau takde?)) jumpa iklan rumah setingkat kawasan KL), ataupun rumah teres yang dalam lingkungan RM200K ke atas. Jika ada sekalipun dalam lingkungan harga tu, mungkin apartmen ataupun pangsapuri.
Bagi anda yang masih menunggu-nunggu dan tercari-cari rumah yang sesuai, apakah lagi yang anda nantikan? Harga rumah akan turun? Harga rumah akan jatuh? Itu macam sesuatu yang agak mustahil (tapi boleh terjadi dengan izin Allah) untuk berlaku bagi harga rumah di Malaysia Tanah air ku ini.
Harga rumah di kawasan-kawasan segitiga emas juga semakin lama semakin naik. Di kawasan Keramat misalnya, sebuah rumah teres setingkat lot tepi baru-baru ni berjaya dijual oleh pemiliknya dengan harga RM600,000K! Bayangkan berapa agaknya jika anda ingin membeli rumah 2 tingkat terpakai (terpakai??) di kawasan ini, tidak mustahil untuk mencecah jutaan ringgit! Memang untung berganda-ganda sebab pada pengetahuan saya rumah teres 2 tingkat di kawasan ini asalnya dibeli dengan harga RM47K sahaja! Apa-apa pun mungkin bergantung juga pada keadaan rumah terpakai itu, sebab kenalan saya baru-baru ini berjaya membeli rumah teres 2 tingkat lot tepi dengan harga RM800k di kawasan Ukay Perdana. Pada saya harga itu agak murah bagi kawasan tersebut.
Harga rumah murah, harga rumah mampu milik, harga rumah mesra rakyat dan pelbagai lagi tentunya jadi buruan golongan yang berpendapatan sederhana yang pastinya mencari harga rumah yang sesuai dengan gaji.
Baca juga:
Refinance rumah anda...
Buat duit dengan rumah sewa
Hak milik strata, deposit rumah dan pinjaman bank yang tak diluluskan...
Semakin lama menunggu, harga rumah semakin naik. Tabik spring dengan blogger-blogger yang aktif dengan pelaburan hartanah. Beli dan jual rumah macam makan kacang putih je bagi mereka ni! Bab-bab refinance rumah dapat cash, refinance rumah lama, refinance rumah lelong, proses refinance rumah, pengiraan refinance rumah, syarat refinance rumah, refinance rumah untung atau rugi, refinance rumah untuk pelaburan, semuanya di hujung jari mereka saja. Memang untung ada pengetahuan dalam hal-hal yang mendatangkan duit ni.
Mampukah saya memiliki 24 biji rumah? Hahaha , rumah yang satu ni pun belum habis bayar lagi! Sebab tu lah kena join keahlian Planet Jutawan Hartanah kan! Takpe, tak salah kan berangan-angan setinggi langit? :P
Sampai sini dulu cerita untuk hari ini, jumpa lagi di entry akan datang, InsyaAllah...
0 comments: