Rumah terbuka Aidilfitri...lagi dan lagi...

Friday, July 15, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....


Salam hari Jumaat, salam sayyidul ayyam. Jom kita banyakkan berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW....
اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya


Hari ini dah masuk 10 Syawal, kebanyakan dari kita masih dalam mood raya lagi kan. Tidak kurang juga yang telah mula atau dah habis tunaikan puasa enam (syabas! saya belum mula lagi!). Hujung minggu ini pastinya ramai yang mengambil peluang untuk mengadakan mahupun menghadiri rumah terbuka di sana sini.

Bagi yang memandu , mungkin boleh juga kita jangkakan akan berlaku sedikit kesesakan jalanraya di jalan-jalan utama hujung minggu ini. Selain rumah terbuka hari raya, ada juga yang mengambil kesempatan mengadakan kenduri kahwin di bulan Syawal ini, Teringat pula pengalaman ketika mengadakan majlis kenduri kahwin adik saya pada 19 Oktober 2008 yang lepas. Majlis kenduri diadakan dalam bulan Syawal, iaitu bersamaan dengan 18 Syawal 1429 Hijrah. Disebabkan ketika itu ada beberapa khemah yang didirikan untuk kenduri kahwin dan juga majlis rumah terbuka diadakan pada waktu yang sama di kawasan perumahan saya itu, maka berlaku juga lah beberapa tetamu yang sesat dan 'pening' mencari mana satu tuan rumah dan khemah yang betul!

rumah terbuka aidilfitri
Sumber : bharian,com.my

Dalam seronok menghadiri jemputan rumah terbuka mahupun kenduri kahwin ini, jom kita sama-sama doakan kebaikan untuk tuan rumah yang sudi menjemput. Iya lah, dalam ramai-ramai saudara dan kenalan si tuan rumah, ingat juga tuan rumah untuk menjemput kita kan,

doa tetamu untuk tuan rumah
Sumber : FB Jom Solat

Selain individu, ada juga syarikat-syarikat yang mengadakan rumah terbuka Aidilfitri seperti Perodua pada 16 Julai 2016 ini. Rumah terbuka Perodua ini diadakan di semua showroom dan pusat servis Perodua di seluruh negara. Sambil makan ketupat lemang, sambil itu boleh juga intai-intai model baru Perodua Bezza (untuk maklumat lanjut boleh lah ikuti FB MYPerodua). Turut mengadakan jamuan rumah terbuka ialah Volkswagen iaitu pada 16 & 17 Julai 2016 ini.

Dengan jamuan rumah terbuka di sana sini, pastinya kita seronok menikmati pelbagai juadah yang disediakan. Rasa-rasanya berat badan selepas 10 hari beraya ini masih sama tak dengan berat badan di penghujung Ramadhan tempoh hari? Saya pun tak berani nak timbang berat badan sekarang ini!

Nak tahu menu apa yang kita boleh ambil dalam jumlah yang banyak di rumah terbuka?

Air kosong!

Boleh minum sebanyak mana pun tanpa rasa bersalah :)


menu yang paling baik di rumah terbuka
Sumber : FB Universiti Putra Malaysia








0 comments: