Selamat tinggal, Aleppo...
Selamat tinggal, Aleppo...
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Tulis ucapan selamat tinggal di media sosial kerana merasakan kematian semakin dekat. Bunyi nya macam satu babak dalam drama atau filem kan.
Tapi tidak.
Ini adalah realiti yang berlaku sekarang. Bandar Aleppo di bumi Syria yang bergolak kini telah dikuasai oleh tentera rejim Bashar Al Assad di atas bantuan tentera Rusia. Rakyat Syria yang terkepung di bandar Aleppo meluahkan kata-kata terakhir mereka di media sosial, mengharapkan bantuan dari dunia luar.
Sumber : FB Aman Palestin |
Dunia hanya mampu memandang. Kuasa-kuasa besar dalam PBB menggunakan kuasa veto masing-masing untuk menolak resolusi gencatan senjata di Aleppo. Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon menyatakan 'rasa terkejut' (grave concern / alarmed) dengan apa yang berlaku di Aleppo.
Cukup kah sekadar menzahirkan rasa terkejut?
Serangan bom udara tanpa henti, serangan darat tentera-tentera rejim ke atas orang awam yang kebanyakannya wanita, warga tua dan kanak-kanak. Sudah tiada lagi hospital di Aleppo yang kesemuanya telah musnah akibat dibom. Kekurangan bekalan darah (atau sudah tiada?) dan ubat-ubatan untuk merawat mereka yang tercedera, pasukan perubatan turut jadi mangsa bedilan, Jasad-jasad yang terbujur kaku di bawah runtuhan bangunan sudah menjadi satu pemandangan biasa di bumi Aleppo.
Sumber : FB Aman Palestin |
Anda tonton sendiri salah satu video (klik di sini) yang menyaksikan keadaan huru hara setelah Aleppo diserang tentera rejim. Sama seperti dalam filem , malah mungkin lebih daripada itu. Mangsa yang terbakar hanya mampu dibantu oleh mereka di sekeliling dengan menutup dengan kain untuk memadamkan api di badan mangsa. Sudah tiada lagi rasa perikemanusian, di mata tentera-tentera ini, seolah-olah semua yang berada di Aleppo dianggap sebagai 'pemberontak' yang harus dihapuskan.
😢
Rasa seperti kaki dan tangan terikat kerana hanya mampu melihat dan tak mampu nak membantu selain dengan berdoa.
Baca juga:
Omran Daqneesh, maafkan kami!
Sudah hilangkah rasa perikemanusiaan?
Tak mungkin mesej-mesej selamat tinggal rakyat Syria di media sosial itu tidak sampai kepada pengetahuan mereka yang berkuasa untuk menghentikan kegilaan pembunuhan ini.
Tak mungkin rayuan demi rayuan untuk mendapatkan bantuan yang dibuat termasuk oleh pasukan perubatan yang masih ada di Syria dan juga para sukarelawan itu adalah satu rekaan semata-mata.
Sumber : FB Aman Palestin |
Teruskan berdoa dan berdoa.
Hasbunallah wani'mal wakeel....
0 comments: