Apabila aku sakit, Dia yang menyembuhkanku.....

Friday, December 02, 2016 Ana 0 Comments


Apabila aku sakit, Dia yang menyembuhkanku.....


Assalamualaikum &  salam sejahtera...

Salam hari Jumaat, salam sayyidul ayyam. Jom kita perbanyakkan berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.


Musim hujan ini kemungkinan nak demam itu tinggi. Duduk di rumah saja tak ke mana pun boleh demam. Macam mana agaknya budak-budak yang main hujan atau air banjir itu boleh tahan tak demam ya. Kebal betul budak-budak ni!

Musim hujan musim demam


Dua hari di rumah melayan demam memang bukan sesuatu yang menyeronokkan. Tambah pula bila demam dengan kepala yang panas tapi kaki dan tangan yang sejuk macam ais. Tak tahu nak mandi air apa. Air sejuk atau air panas?

Apa-apa pun bila dah tak sihat itu kena usaha lah cari ubatnya. Kebetulan baru-baru ini ada orang yang bertanyakan saya macam mana sakit lutut yang saya alami dulu boleh sembuh. Sebenarnya tak sembuh sepenuhnya pun, kadang-kadang masih terasa juga sakitnya.

Selain ubat tahan sakit yang diberikan doktor (yang saya cuba untuk kurangkan makan) saya ambil juga vitamin untuk sendi untuk kurangkan sakit lutut. Saya juga cuba guna logik sendiri dengan letakkan cold pack di lutut setiap malam sebelum tidur. Hampir 3 bulan juga baru akhirnya dapat betul-betul rasa 'berkesan' nya cara yang saya amalkan itu.

Sakit lutut dan ubatnya

Sakit lutut dan ubatnya



Sama juga ketika 'diserang' eczema dahulu. Tapak tangan kanan dan belakang tapak tangan gatal-gatal dan bengkak-bengkak dibuat nya. Mula-mula nya saya biarkan saja ingatkan lama-lama akan sembuh sendiri. Saya buat 'eksperimen' sendiri. Kurangkan makan itu dan ini sebab saya yakin gatal-gatal itu akibat alasan makanan. Lama-lama makin teruk dan segan nak bersalaman dengan orang. Akhirnya saya ke Hospital Pusrawi berjumpa pakar kulit. Setelah buat ujian darah baru tahu puncanya.  Ujian darah tunjukkan yang saya alah kepada habuk. Habuk? Dah berpuluh-puluh tahun hidup baru sekarang nak alah kepada habuk? Memang pelik juga masa itu. Selain alahan, doktor kata eczema boleh juga disebabkan oleh stress. Yang ini saya tak rasa pelik sangat sebab memang suasana kerja di pejabat tersangatlah stress pada waktu itu.

Apa-apa pun, pokok pangkalnya setiap penyakit itu ada ubatnya, kecuali mati. Yang penting usaha, tawakal dan jangan mudah putus asa......


وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ
Dan apabila aku sakit. Dialah (Allah) yang menyembuhkanku 
(As Syu’araa: 80)

0 comments: