Syabas untuk Syabas!
Syabas untuk Syabas!
Assalamualaikum & salam sejahtera....
Bekalan air dah pulih sepenuhnya. Alhamdulillah.
Sebenarnya bekalan air di kawasan perumahan saya dah pulih sejak hari Selasa, 20/12/2016 lagi.
Hari pertama putus bekalan air pada 19/12/2016, ialah lebih kurang jam 12 tengahari. Kalau ikutkan notis patutnya jam 8 pagi lagi dah tak ada air. Hari Selasa itu, kawasan saya, Zon 1 kalau ikut jadual awal sepatutnya dapat bekalan air jam 9 pagi. Bila buka pili pukul 10 pagi masih tak ada air. Pukul 12 buka lagi pili air masih tak ada air. Bila check di FB Syabas, rupa-rupanya ada jadual baru. Hmm...bila masa pula ada jadual baru ni. Jadual baru kata Zon 1 akan dapat bekalan air jam 4 petang.
Dalam pukul 2 petang cuba lagi check pili air. Eh, dah ada air lah! Walaupun kecil saja aliran air nya tapi boleh lah guna untuk membasuh dan ambil wuduk. Bila dah ada air itu cepat-cepatlah isi semula tong dan bekas air yang dah kosong. Esoknya 21/12/2016 dan 22/12/2016 kalau ikut jadual Zon 1 tak akan dapat bekalan air. Jadi petang Selasa itu memang pastikan semua tong air dah penuh dan semua kain baju yang kotor dah dibasuh.
Baca juga:
4 juta pengguna 'bertuah' bakal alami gangguan bekalan air...
Mana lebih stress : Tiada air atau tiada elektrik?
Esoknya 21/12/2016, pagi-pagi lagi dah siap masak nasi dan basuh apa yang patut sebelum bekalan air berhenti jam 8 pagi nanti. Pukul 10 pagi, buka pili masih ada air. Pukul 2 petang buka pili masih lagi ada air. Sehinggalah ke malam masih lagi ada air seperti biasa. Bila check FB Syabas, ada pengumuman yang katakan bekalan air di kawasan Gombak dah pulih 100%. Maksudnya dah tak ada gangguan ke? Jadual gangguan air dah tak terpakai ke? Ramaaaaaaai yang tanya soalan ini di FB Syabas tapi tak ada pula admin yang jawab soalan cepumas tersebut.
Walaupun keadaan di bilik air dan dapur agak serabut sebab ada tong-tong dan bekas-bekas air, saya tak berani nak kemaskan tong dan bekas air yang masih penuh berisi air. Mana lah tahu jika masih ada lagi gangguan bekalan air. Selagi tak ada pengumuman rasmi daripada Syabas selagi itu lah tak berani nak simpan kembali tong air dalam stor.
Sehinggalah hari ini akhirnya Syabas umumkan yang bekalan air dah pulih sepenuhnya. Alhamdulillah!
Tak dapat nak bayangkan macam mana bertungkus lumus agaknya petugas-petugas Syabas untuk pastikan bekalan air pulih sepenuhnya. Ada hikmahnya juga pelbagai pihak persoalkan gangguan air selama 6 hari ini. Boleh dikatakan rungutan orang ramai ini jadi 'motivasi' buat petugas Syabas untuk kerja lebih keras dan terbukti boleh pun sebenarnya pendekkan tempoh gangguan bekalan air!
Syabas untuk Syabas!
Diharapkan 'kajian' yang hendak dijalankan oleh Syabas sebelum menaik taraf janakuasa sokongan @ janakuasa tunggu sedia di loji rawatan air dapat dijalankan secepat mungkin.Kalau boleh tidak mahu lagi ada gangguan bekalan air yang disebabkan oleh perkara-perkara sebegini.
Dan kalau boleh tak mahu lagi ada adegan 'orang yang hanya bertuala bawa berus gigi dan sabun pergi ke pejabat menteri besar untuk menumpang mandi!'
0 comments: