Saya dah kekurangan duit ni.....
Saya dah kekurangan duit ni.....
Assalamualaikum & salam sejahtera....
Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah....
Kelmarin, seorang sahabat saya yang baru berhenti kerja kira-kira 5 bulan yang lalu mengadu yang beliau kini sudah kekurangan wang. Sudah mula berfikir-fikir hendak mencari kerja yang lain untuk menampung perbelanjaan seharian.
Saya agak kurang percaya juga sebenarnya bila mendengarnya. Mustahil baru 5 bulan berhenti kerja sudah kekurangan wang simpanan? Sahabat saya itu seorang yang bergaji besar juga sebelum beliau ambil keputusan untuk berhenti kerja. Pada fikiran saya mestilah dengan gaji besar selama ini maka simpanan nya juga besar. Paling kurang pun rasa-rasanya simpanannya mampu untuk menyara kehidupan selama setahun sebelum mencari kerja lain. Saya terfikir juga mungkin bila sahabat saya itu berkata "Saya dah kekurangan duit ni....", maksud beliau kekurangan duit sampingan untuk berbelanja, Mungkin beliau tidak mengambil kira atau tak mahu 'usik' duit yang ada dalam simpanan tertentu. Mungkin yang beliau maksudkan dah kurang duit itu ialah duit yang memang beliau khas kan untuk perbelanjaan saja.
Sumber : rujukankerjaya.com |
Tengah sibuk berfikir 'mengkaji-kaji' punca kekurangan duit sahabat saya itu, tiba-tiba saya terfikir sesuatu. Pada pertengahan tahun ini, sahabat saya itu ada mengajak saya menyertai sebuah skim XXXX yang berkonsepkan 'perkongsian'. Saya pernah ceritakan di sini dan di sini. Secara ringkasnya ahli skim tersebut perlu membeli produk-produk yang disediakan oleh skim tersebut yang dikatakan keluaran usahawan tempatan. Ahli perlu beli barang-barang tersebut untuk suatu tempoh yang tertentu contohnya dari bulan pertama hingga bulan ketiga menjadi ahli. Pada bulan keempat, ahli tersebut sudah layak untuk mendapat bonus dan akan berterusan mendapat binus untuk bulan-bulan berikutnya. Lebih kurang macam itu lah, saya pun tak berapa jelas tentang pemberian bonus skim tersebut,
Tak berapa jelas. Itu lah masalah sebenar bila ramai yang tertipu dan kerugian puluhan ribu ringgit setelah menyertai skim yang ahli itu sendiri pun tak faham. Setelah pertama kali diajak sertai skim ini, kali kedua jiran saya pula ajak sertai skim yang sama. Pada suatu petang jiran ini datang ke rumah dan membawa beberapa barang seperti mee segera, minyak zaitun dan madu, Beliau pun mula bercerita tentang skim yang telah disertai oleh suaminya dan juga seorang lagi jiran sebelah rumah,
"Kalau awak nak join, boleh lah ikut makcik pergi dengar talk kat centre. Makcik ni nak terangkan pun tak pandai...tak faham sangat benda-benda ni...ikut suami makcik je.."
"Apa nama skim ni makcik?" (saja saya bertanya walaupun dalam hati dah boleh agak apa skimnya bila tengok barang-barang yang dibawa)
"XXXX"
"Ooo...yang join tu ada yang dah pernah dapat bonus ke makcik?"
"Makcik belum dapat bonus lagi...tapi ada kawan makcik yang join sama pernah dapat bonus tu...."
Saya angguk-angguk kepala saja lah bila makcik itu kata begitu. Berbeza nampaknya nasib sahabat saya dengan sahabat makcik ini. Sahabat saya kata duit nya hangus dan bonus yang dijanjikan tak kunjung tiba. Duit yang dilaburkan dikatakan akan dipulangkan semual tapi tak tahu entah bila, Yang sahabat makcik itu pula katanya pernah merasa duit bonus yang dijanjikan.
Di mana agaknya silap skim ini? Atau mungkin juga silap ahli yang tak jelas dengan skim ini?
Baca juga:
Cara mudah untuk kaya?
Giliran haji 90 tahun dan 'Islamic Hotel'...
Tak perlu susah-susah jual barang, dapat bonus ribu-ribu dan bonus tetap setiap bulan sememangnya impian setiap orang (kan?). Realitinya, tak ada perkara yang semudah itu tanpa usaha di dunia ini.
Mungkin kah sahabat saya itu mengadu kekurangan duit kerana duitnya telah banyak dilaburkan untuk skim ini? Sayang kalau wang simpanan habis begitu saja disebabkan skim sebegini. Jangan biarkan diri kita terjebak dan ter 'rugi' hanya disebabkan satu perkara...
"Tak faham sangat lah benda-benda ni...tapi boleh dapat bonus setiap bulan...."
Berhati-hatilah dalam nak join skim atau MLM ni. Cuba cari di internet tentang ponzi scheme. Itu adalah asas kepada sistem piramid. Yang ada sekarang ni banyak modified dari sistem itu juga. Boleh kaya, cuma lapisan yang awal sahaja la. bila dah sampai breaking point dia, ahli yang baru baru nak join tu la yang jadi mangsa.
ReplyDeleteBetul tu. Bila dengar pasal labur ribu2, beli poduk yg lebih mahal drpd harga biasa lepas tu ada pula bonus tetap setiap bulan tu pun dah musykil dah. Saya selalu juga dapat info skim2 macam ini di page FB Say No To MLM.
Delete