Kejutan menanti di lapangan terbang Barcelona!
Kejutan menanti di lapangan terbang Barcelona!
Assalamuailaikum & salam sejahtera....
Tahun 2016 semakin sampai ke penghujung. Hujung-hujung tahun ini aktiviti biasa kebanyakan dari kita ialah ambil cuti dan pergi melancong. Tahun ini buat pertama kalinya saya tak melancong ke mana-mana setelah 5 tahun berturut-turut tak pernah miss pergi melancong. Jadi hanya mampu rasa jealous saja lah bila tengok gambar kawan-kawan yang melancong ke New Zealand, Korea dan tak kurang juga yang ke tanah suci Mekah.
Kalau ada antara anda yang dah ada plan nak melancong dan destinasi yang anda tuju ialah Barcelona, Sepanyol (ada apa yang menarik di Barcelona? Messi?) maka bersiap sedia lah untuk berhadapan dengan 'kejutan' yang tak berapa seronok menanti anda di lapangan terbang nanti!
Para pekerja pembersihan di Lapangan Terbang El Peat Barcelona sedang mengadakan mogok selama 2 hari sebagai protes terhadap pengurangan bajet. Pengendali lapangan terbang tersebut, AENA telah mengumumkan akan mengurangkan bajetnya dan berharap dapat menjimatkan sebanyak 1.3 million Euro daripada bajetnya. Para pekerja pembersihan telah mengambil tindakan mengadakan mogok kerana berpendapat yang pemotongan bajet tersebut akan mengakibatkan pengurangan gaji mereka.
Apa akibatnya daripada mogok ini?
Kalau selama ini kita selalu pandang rendah pada pekerja pembersihan, lebih baik kita fikir dua kali. Lihatlah apa yang berlaku pada Lapangan Terbang El Prat ini setelah pekerja melancarkan mogok.
Sumber : dailymail.co.uk |
Sumber : dailymail.co.uk |
Sumber : dailymail.co.uk |
Sumber : dailymail.co.uk |
Dahsyat kan? Itu baru mogok 2 hari. Kalau mogok seminggu? Kalau sebulan? Buruk juga kesannya kerana lapangan terbang memberikan impression atau persepsi yang pertama kepada seseorang pelancong itu bila tiba di sesebuah negara.
Kita selalu dengar ibu bapa takut kan anak- anak mereka "Kalau tak belajar rajin-rajin nanti dah besar kerja angkut sampah!". Kalau anda pernah tonton salah satu episod siri animasi Upin dan Ipin mesti ingat pada watak Fizi yang bila dikatakannya cita-citanya bila dah besar nanti nak jadi pekerja pembersihan dia diketawakan oleh kawan-kawan sekelasnya? Itu stigma dan pandangan biasa masyarakat kita yang pandang rendah pada pekerja pembersihan ini.
Sumber : Les Copaque |
Berbeza sekali dengan masyarakat Jepun yang sangat menghargai golongan ini. Saya teringat ketika di Osaka dahulu melihat pekerja pembersihannya yang sedang mengutip sampah siap memakai pakaian yang kemas seperti blazer dan juga topi. Malah pekerja dalam industri ini di Jepun meraih pendapatan yang tinggi. Bukan itu saja malah mereka tidak dipanggil pekerja pembersihan tetapi dipanggil Jurutera Kebersihan atau pun Jurutera Kesihatan.
Belajar untuk menghargai dan menghormati antara satu sama lain....
Lepas ini kalau nampak pekerja angkut sampah mesti teringat betapa susahnya kalau mereka ini tiada dan automatik terbayang sampah yang bertimbun di lapangan terbang Barcelona itu!
Teruk benar tu. Dah penuh lantai tu dengan sampah. Macam mana la baunya tu.
ReplyDeleteTak dapat nak bayangkan kalau jadi macam tu kat KLIA...
Delete