Oh My English, Road To Jogja memang best!
Oh My English, Road To Jogja memang best!
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Baru tonton bahagian satu dah tak sabar nak tonton bahagian dua. 'Road To Jogja' yang menampilkan 3 teraju utama Oh My English iaitu See Yew Soon, Zack dan Mazlee di samping penampilan Mark Adam, Jihan Muse dan Johan Raja Lawak memang menghiburkan. Saya tak sempat tonton 30 minit yang pertama (yang banyak babak libatkan Mark Adam) tapi kalau ikutkan tweet yang disiarkan di bahgaian bawah rancangan tersebut, rata-rata penonton sangat sukakan lakonan Mark Adam yang tak pernah tak kelakar itu.
Tapi pada saya yang paling best ialah Jihan! Kelakar betul Jihan ini bawa 3 watak yang menunjuk ajar cara memasak Ayam Masak Hitam Kaki Satu, Sos Popia Meletup dan Kari Menangis. Kelakar yang memang kelakar. Kelakar yang automatik buat orang ketawa tanpa perlu aksi berlebihan.
Baca juga:
Best tak Oh My English 'Road To Jogja' Part 2?
'Road To Jogja' banyak tunjukkan babak-babak dengan pemandangan dari atas (guna drone kan?) yang sangat menarik. Dalam usaha mencari 3 bahan masakan tersebut dari Ipoh ke Pulau Pinang hinggalah ke Kedah, secara tak langsung dapat juga lihat pemandangan indah di ketiga-tiga negeri ini.
A friend in need is a friend indeed.
Babak bergaduh dan berpisah antara SYS-Zack-Mazlee dalam cerita ini pun diolah dengan menarik. Ya lah, dalam dunia realiti, berkawan pun tak kan gembira saja sepanjang masa kan. Akhirnya usaha untuk masuk pertandingan International Fusion Food di Jogja itu juga yang menyatukan mereka.
Selingan yang menunjukkan bahagian kedua pada minggu hadapan juga tak kurang menariknya. Berjayakah 3 sahabat ini memenangi pertandingan tersebut?
Sama-sama kita saksikan Oh My English, Road To Jogja Part 2!
0 comments: