Apa yang berlaku selepas 7 Hari Mencintaiku?
Apa yang berlaku selepas 7 Hari Mencintaiku?
Assalamualaikum & salam sejahtera....
Akhir-akhir ini, tak tahu macam mana saya boleh terjebak mengikuti drama '7 Hari Mencintaiku' yang semakin menuju ke penghujung episodnya ini. Sekejap tonton dan sekejap tidak, tapi masih boleh faham jalan cerita yang nak disampaikan.
Siti Saleha sangat bijak buat orang menyampah dengan watak ego Mia Adriana dan boleh berubah sikap 360 darjah selepas kematian Buntat sehingga meraih simpati penonton. Shukri Yahya yang antara lakonannya yang saya ingat ialah dalam drama 'Dia, Isteri Luar Biasa' dan 'Suami Tanpa Cinta'. Pada pandangan peribadi saya, Shukri lebih berkesan lakonannya dengan watak suami seperti dalam drama 'Dia, Isteri Luar Biasa' dan '7 Hari Mencintaiku' berbanding watak yang agak mengada-ngada dalam 'Suami Tanpa Cinta'.
Sumber : bharian.com.my |
Drama '7 Hari Mencintaiku' adaptasi novel karya Siti Rosmizah ini tidak hanya membawa jalan cerita klise seperti adaptasi novel yang lain. Drama ini lari daripada kebiasaan adaptasi novel seperti banyak sangat babak tunjukkan rumah dan kereta mewah, anak Datuk shoping sana sini dan babak berebut cinta seorang lelaki/wanita yang meleret-leret hingga satu episod hanya untuk babak itu. Selain cerita utama mengenai watak Mia dan Khuzairi, banyak cerita sampingan seperti watak Syakila-Helmi, Datin Hayati (ibu Mia), Khalil-Rita serta Buntat dan Mak Andak. Selain watak Khuzairi yang 'penyabar tahap tinggi', watak yang sangat 'positif' dalam drama ini ialah watak ayah Khuzairi iaitu Pak Samad (lakonan Aman Graseka) dan Sophie lakonan Wan Sharmila. Kalau tak ada watak-watak ini, memang tak ada lah orang yang hendak tolong backing dan bantu 'rendahkan' ego Mia itu!
Baca juga:
Dah boleh agak dah cincin itu tak ada dalam bekas!
Drama '7 Hari Mencintaiku 2: Watak Sofi paling best!
'7 Hari Mencintaiku' akan berakhir pada hari Khamis ini. Apa yang akan berlaku setelah berlalunya peluang '7 hari mencintaiku' yang diminta oleh Mia? Apakah yang akan berlaku kepada Khalil? Apakah rahsia besar Syakila akan terbongkar juga akhirnya? Adakah Khuzairi akan terbuka semula hati menerima Mia? Macam mana pula dengan Mak Leha?
Tertunggu-tunggu kalau ada drama adaptasi novel karya Siti Rosmizah lagi selepas ini!
0 comments: