Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu....

Monday, December 12, 2016 Ana 2 Comments

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu....


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Salam Maulidur Rasul 1438H

اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ



Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu...


Sempena Maulidur Rasul yang disambut hari ini, saya buat ulangkaji bacaan sikit mengenai sirah Nabi Muhammad SAW. Salah satu buku yang ada satu bahagian menarik yang paling saya ingat ialah buku bertajuk 'Muhammad SAW Insan Teladan Sepanjang Zaman' oleh Almarhum Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Buku ini menghimpunkan kisah hidup Nabi serta peperangan-peperangan yang berlaku di zaman baginda.

Salam Maulidur Rasul 1438H


Banyak sirah menarik dalam buku ini tapi yang paling menarik pada saya ialah kisah semasa berlakunya perjanjian Hudaibiyah antara Nabi SAW dan golongan musyrikin Mekah. Terserlah kebijaksanaan Baginda SAW ketika perbincangan dengan kaum kafir yang mungkin sukar difahami oleh sahabat-sahabat Baginda termasuklah Saidina Ali dan juga Saidina Umar. Pada pandangan sahabat, Baginda SAW terlalu mengikut kemahuan kaum musyrikin dan perjanjian tersebut nampak seperti berat sebelah.

Salam Maulidur Rasul 1438H


Baginda SAW lebih mengetahui akan besarnya manfaat di sebalik sikap tolak ansur Baginda SAW dengan golongan musyrikin itu. Baginda SAW juga tidak marah dengan sikap para sahabat yang tidak bersetuju dengan tindakan Baginda. Malah Baginda SAW pada suatu ketika memadam sendiri kalimah 'Rasulullah' dan diganti dengan Muhammad bin Abdullah sebagaimana yang diminta oleh Suhel bin Amar, wakil kaum musyrikin. Baginda berbuat demikian setelah Saidina Ali yang ditugaskan untuk menulis perjanjian tersebut tidak sanggup hendak memadam perkataan 'Rasulullah' tersebut.

Salam Maulidur Rasul 1438H



Kebijaksanaan Baginda SAW akhirnya menjadikan Perjanjian Hudaibiyah sebagai kunci kepada kejayaan umat Islam memasuki semula kota Mekah.

Baca juga:
Salam Maulidur Rasul 1438H

Satu perkara yang boleh kita belajar dari kisah ini ialah kadangkala apa yang kita suka, kita mahu dan kita rasa betul itu boleh jadi ia adalah tidak baik untuk kita. Dan apa yang kita benci, tak mahu dan menyampah itu lah yang baik untuk kita!

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah Al Baqarah, ayat 216)

 ðŸ˜¢ðŸ˜¢ðŸ˜¢ðŸ˜¢ðŸ˜¢

2 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Ana... semoga yang baik2 sahaja untuk kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam Siti Nurzafirah..sama-sama doakan yang baik-baik untuk kita :)

      Delete