Selamat Tahun Baru 2017!

Saturday, December 31, 2016 Ana 0 Comments


Selamat Tahun Baru 2017!



Assalamualaikum & salam sejahtera.....

Happy New Year!


happy new year 2017

Memang setiap kali nak sambut tahun baru, tv3 akan siarkan cerita hindustan 'Happy New Year' ya?

Saya tertengok Panggung Sabtu jam 2 petang di tv3 tadi. Cerita 'Happy New Year' lakonan Shah Rukh Khan, Automatik saya teringat setahun yang lepas. Memang saya ingat betul ini cerita yang sama disiarkan di Panggung Sabtu menjelang tahun baru 2016 yang lalu.

Dah kehabisan cerita nak disiarkan agaknya. Teringat masa zaman dulu-dulu waktu zaman hindustan jadi kegilaan ramai, penangan filem Kuch Kuch Hota Hai. Kalau setiap kali waktu hari raya, mesti penuh setiap saluran di tv dengan cerita-cerita hindustan. Sampai ada 2 hingga 3 saluran siarkan filem yang sama cuma waktu siaran saja yang berbeza. Kalau kita pergi ke zaman sebelum 'kegemilangan hindustan' pula, masa itu tv kebanyakkannya penuh dengan rancangan sarkas! Masa kecil dulu tonton sarkas di tv waktu hari raya pun dah rasa seronok dah. Tak payah nak tunggu filem-filem box office bagai. Selain sarkas, banyak juga disiarkan konsert artis luar negara yang ramai peminatnya di Malaysia. Oh ya, untuk tahun baru 2017 ini pun ada disiarkan konsert 'Backstreet Boys London Live 2013' di tv2 pada 2 Januari 2017 nanti. Ini boy band favourite ni!

Zaman sekarang? Rasanya dah banyak kurangnya demam hindustan itu, Sekarang lebih meriah dengan drama Korea, rancangan realiti dan rancangan nyanyian dan lawak jenaka yang tak henti-henti. Memang tak henti-henti. Tak perlu tunggu hari perayaan pun sudah meriah dengan rancangan-rancangan begini. Ambil contoh di satu stesen tv pun dah cukup. Daripada rancangan Akademi Fantasia, sambung pula dengan Gegar Vaganza dan disambung lagi dengan Duo Star. Selepas ini sambung pula dengan Kilauan Emas agaknya.

Di malam ambang tahun baru 2017 ini, macam-macam cara orang menyambutnya. Ada yang buat makan-makan bersama keluarga sambil tunggu detik jam 12 tengah malam. Ada yang tunggu pertunjukan bunga api di KLCC sambil count down ke tahun baru.  Tak kurang juga yang dah pun selamat berlepas ke luar negara untuk sambut tahun baru di negara orang.

Apa pun cara sambutannya diharap ia masih dalam batas moral dan undang-undang yang dibenarkan. Pastinya kita tidak mahu semata-semata inginkan sambutan satu malam tahun baru yang menyeronokkan hingga lupa diri maka segala batas susila diabaikan. Dan pastinya kita juga tidak mahu statistik kelahiran anak tidak sah taraf meningkat pada bulan September-Oktober tahun 2017 nanti.

Baca juga:
Selamat Tahun Baru 2016!

Ketika tahun 1999, melangkah ke tahun 2000 sememangnya suatu yang mengujakan. Ditambah pula ketika itu heboh dengan persediaan untuk menghadapi kemungkinan masalah y2k, iaitu salah pengiraan oleh sistem komputer disebabkan hanya 2 digit disediakan untuk tahun, dengan anggapan dua digit tersebut ialah '19'. Seolah-olah manusia itu sendiri yang mencipta sistem pun tak sangka akan sampai kepada tahun 2000 dan tiada persediaan dibuat untuk sistem.

Esok, 2017 bakal membuka tirainya. Dan sekali lagi perasaan teruja itu hadir bila memikirkan hanya tinggal 3 tahun saja lagi untuk melangkah ke tahun 2020. Tahun yang saya bayangkan di Malaysia tidak ada lagi kenderaan di jalan raya, Kesemuanya menggunakan kapal yang boleh terbang ke sana sini (ala siri kartun The Jetsons). Mana tahu, itu tidak mustahil akan jadi kenyataan. Mungkinkah masih berbaki usia untuk mengintai tahun 2020 nanti?

Doakan yang baik-baik saja untuk kita semua.

Sekarang jam dah menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam.

Mercun dah berdentum dentam di luar sana. Percikan bunga api memenuhi ruang angkasa.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2017!





0 comments:

Menjeling menjeling ku bertentang.....

Friday, December 30, 2016 Ana 0 Comments

Menjeling menjeling ku bertentang....


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Lagu duet dendangan Tan Sri S.M Salim 
yang paling saya ingat dan akan terus saya ingat...

seniman tan sri s.m salim

Pandang-pandang, jeling-jeling

Cincin intan bunga selasih
Mari dipakai di waktu petang
Kenapa tuan tak mahu berkasih
Adakah orang akan melarang


Kain sarung kain terendak
Memanglah manis kalau dipakai
Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai


Menjeling menjeling kubertentang
Mata kita sama memandang
Kucuba kucuba nak bertanya
Siapa diakah namanya


Menjeling menjeling kubertentang
Mata kita sama memandang
Bercakap bertanya dan bermesra
Jangan sampai datang rumah


Tuai padi musim dah tiba
Mari menuai di waktu pagi
Kalau begini malang menimpa
Biar kuturut kata hati


Bunga selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun bertemu juga


Kereta kuda pedati lembu
Singgah mari di tepi kuala
Tuan sutera saya belacu
Mana ‘kan boleh berganding sama


Burung jelatik sarang kedidi
Sarang tempua sarang berjuntai
Sungguhpun cantik sutera diuji
Belacu juga tahan dipakai

-------------------------@@------------------------

0 comments:

Biar bertahun masa beredar...satu wajah satu nama takkan pudar...

Friday, December 30, 2016 Ana 0 Comments


Biar bertahun masa beredar...satu wajah satu nama takkan pudar...


Assalamualaikum & salam sejahtera...


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya kita kembali....

Sumber : apemazing.com


Di penghujung tahun 2016 yang semakin melabuhkan tirainya, semalam, 29 Disember 2016, jam 5:44 petang, negara kehilangan seorang lagi tokoh terkenal dalam bidang seni tanahair.

Takziah buat keluarga seniman legenda Tan Sri Sheikh Salim Sheikh Muhamamd Al Mahros atau lebih dikenali sebagai Tan Sri S.M Salim.

Al-Fatihah.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin Ya Rabbal Aalamin.

0 comments:

Antara WhatsApp dan WhatsFake...

Wednesday, December 28, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera.....


Saya baru tahu mengenai aplikasi WhatsFake hari ini setelah dikongsikan oleh Cikpuan Siti Rahmah Mohd Noor di FB nya (follow FB beliau di sini) hari ini.

Beliau ialah seorang ejen buku yang sangat aktif dan pantas menguruskan pesanan buku daripada pelanggan. Saya beli buku daripada beliau dan buat bayaran online pada hari Ahad. Pada hari Ahad itu juga beliau ke pejabat pos (saya baru tahu masa itu ada pejabat pos yang buka pada hari Ahad) untuk uruskan penghantaran. Dan pada hari Isnin saya dah terima buku yang dipesan. Pantas!

Ok, berbalik kepada aplikasi WhatsFake tadi.

Anda pernah dengar pasal WhatsFake?

WhatsFake tiada kaitan dengan pengeluar aplikasi WhatsApp yang diperkenalkan pada tahun 2009 (sebelum diambil alih oleh Facebook pada tahun 2014)  walaupun kalau kita tengok skrin perbualan WhatFake ini 100% saling tak tumpah dengan WhatsApp. Anda boleh 'cipta' satu sesi perbualan dengan menggunakan aplikasi WhatsFake, di mana anda boleh jadi penghantar (sender) mesej dan pada masa yang sama anda juga boleh jadi penerima (receiver) mesej dalam perbualan yang sama. Senang cerita, dalam kata ringkasnya dengan menggunakan WhatsFake, anda sebenarnya sedang 'berlakon' jadi dua orang yang berbeza dalam satu sesi chatting ala WhatsApp. Anda yang hantar mesej dan anda juga lah yang terima dan jawab mesej tersebut.

antara whatsapp dan whatsfake


Apa pula faedahnya berlakon atau cakap seorang diri dalam WhatsFake ini? Jenuh juga saya fikir-fikir apa manfaat atau kegunaan WhatsFake ini.

Saja nak seronok-seronok tulis perbualan palsu?

Err..tang mana yang seronoknya?

testimoni palsu guna aplikasi whatsfake
Sumber :  FB Cikpuan Siti Rahmah Mohd Noor


Daripada skrin contoh yang dikongsikan oleh Cikpuan Siti Rahmah, salah satu kegunaan (atau salah guna??) WhatsFake ini ialah untuk cipta perbualan mengenai testimoni sesuatu barangan. Di zaman segalanya jual dan beli secara online ini, setiap peniaga online pastinya ada cara masing-masing untuk menarik pelanggan. Contohnya seorang peniaga online A, yang jual produk untuk kuruskan badan, XYZ. Dalam ribuan produk kesihatan dan kecantikan yang dijual secara online, apa yang boleh buatkan bakal pembeli tertarik nak beli produk kuruskan yang dijual oleh peniaga A? Selain harga yang berpatutan pastinya bakal pelanggan nak tahu sama ada sebelum ini ada tak pelanggan yang telah berjaya kuruskan badan setelah gunakan produk XYZ. Cara mudah yang selalu digunakan oleh kebanyakan peniaga online untuk buktikan produknya lah yang terbaik ialah dengan dapatkan testimoni pelanggan melalui WhatsApp.

Betul ke semua testimoni WhatsApp yang kita lihat selama ini ialah ialah testimoni daripada pelanggan sebenar? Harap-harapnya tiada peniaga yang buat testimoni palsu atau lebih teruk lagi guna aplikasi WhatFake ini dan reka dialaog seperti bercakap seorang diri hanya untuk tarik pelanggan!

Selain kemungkinan orang akan gunakan aplikasi ini untuk buat testimoni palsu, saya teringat juga ada kes (gossip?) mengenai perbualan WhatsApp antara artis lelaki dan perempuan yang digossipkan bercinta. Skrin perbualan WhatsApp itu siap telah di screenshot kan dan disiarkan di sebuah akhbar tempatan. Mungkin tak perbualan itu juga hasil daripada WhatsFake atau aplikasi yang sewaktu dengannya?

Testimoni palsu, perbualan palsu. Ok, sampai sekarang saya masih tak dapat fikir apa kebaikan aplikasi ini. Teringin nak tahu apa yang difikirkan oleh pencipta aplikasi WhatsFake yang sangat 'kreatif' dan sangat 'out of the box pemikirannya ini semasa cipta aplikasi tersebut. Apa agaknya tujuan sebenar cipta WhatsFake ini. Macam tak logik pula sekadar nak seronok-seronok.

Jika WhatsApp menjadi 'sumber ilham' kepada penciptaan WhatsFake, bagaimana pula agaknya dengan WeChat, Line dan aplikasi pesanan yang lain, mungkin telah ada juga aplikasi 'seronok-seronok' yang telah dicipta untuk aplikasi-aplikasi pesanan suara ini.

Mungkin ada faedah aplikasi WhatsFake ini yang saya tak nampak? Macam tak ada faedah saja (malah boleh timbukan masalah pula!) aplikasi ni.

Kan?








0 comments:

Teksi, Uber, GrabCar dan fobia...

Tuesday, December 27, 2016 Ana 0 Comments


Teksi, Uber, GrabCar dan fobia...


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Teksi, Uber dan GrabCar. Ketiga-tiganya tawarkan perkhidmatan yang sama iaitu untuk membawa penumpang dari satu tempat ke satu destinasi yang dituju di mana tambang yang dikenakan telah dipersetujui atau mengikut caj meter yang digunakan.

Teksi, Uber dan GrabCar
Sumber : spadnews.blogspot.my

Saya dah laaaaaaaaama tak naik teksi. Kali terakhir naik teksi mungkin 3 atau 4 tahun yang lepas. Fobia nak naik teksi pun ada juga. Puncanya ialah disebabkan peristiwa 2 orang kawan yang ketika itu sama-sama mengikuti program matrikulasi di UKM disamun ketika menaiki teksi. Walaupun bukan saya yang kena samun tapi sampai ke hari ini masih fobia sebab teringat-ingat lagi bagaimana kawan saya itu menceritakan pengalaman menakutkan itu, siap dengan bukti kesan luka di tangannya 'hadiah' daripada si penyamun sebab banyak songeh tak nak serahkan barang berharga. Selepas bertahun-tahun peristiwa itu berlalu pun masih ada rasa takut nak naik teksi walaupun berteman.

Tapi kes samun itu mungkin hanya kes terpencil. Kebetulan malang tidak berbau buat kawan-kawan saya itu pada hari tersebut.


Perkhidmatan Uber dan GrabCar saya masih belum cuba. Kecanggihan teknologi yang memudahkan tempahan melalui aplikasi di handphone menjadikan Uber dan GrabCar kini jauh mengatasi permintaan untuk teksi. Kasihan juga bila melihatkan puluhan (atau mungkin ratusan?) teksi sewa yang tersadai setiap kali saya melalui tempat 'simpanan' teksi sewa ini di Setiawangsa. Kelebihan utama Uber dan GrabCar ini selain daripada mudah ditempah, sudah pasti lah faktor bayaran tambang yang telah diketahui terlebih dulu selain harga tambang yang lebih murah serta ada promosi diskaun yang ditawarkan pada tempoh-tempoh tertentu. Uber dan GrabCar juga dikatakan lebih terjamin keselamatannya kerana maklumat lengkap pemandu dapat diketahui lebih awal oleh penumpang yang membuat tempahan (adakah ini buat saya rasa lebih selamat berbanding naik teksi? Err...tak juga...) Tapi saya ada terbaca juga kes di mana penumpang mengadu yang mana ketika buat tempahan, maklumat pemandu Uber atau GrabCar (maaf, tak ingat pula yang mana satu) itu ialah seorang pemandu lelaki tetapi yang datang menjemput penumpang ialah pemandu perempuan.


Uber dan GrabCar kini jadi pilihan ramai bukan saja bagi penumpang tapi bagi individu yang ingin tambah pendapatan, Jadi pemandu secara part time untuk beberapa jam setiap hari dalam sebulan pun dah boleh dapat pendapatan empat angka (rujuk di sini). Hanya gunakan kenderaan sendiri yang berumur di bawah 7 tahun. Di situ saja dah boleh jimat berbanding teksi yang disewa. Selain jadi pemandu Uber, ada juga cara lain untuk tambah pendapatan melalui Uber tanpa perlu jadi pemandu. Macam mana pula tu? Boleh baca lebih lanjut dalam ebook 'Rahsia Uber'  tulisan Nik Razman Nik Daud, klik disini.




Pak cik saudara saya ialah seorang pemandu teksi. Begitu juga dengan anak lelakinya iaitu sepupu saya juga seorang pemandu teksi. Jiran saya juga seorang pemandu teksi, iaitu teksi eksekutif yang selalu ambil penumpang di lapangan terbang itu. Disebabkan kepopularan Uber dan GrabCar yang menjadi pilihan ramai berbanding teksi pada hari ini, pak cik saya kini mengusahakan bengkel baiki kenderaan secara kecil-kecilan. Sepupu saya itu pula kini berniaga makanan di sebuah kafe di sebuah pusat pengajian. Jiran saya itu pula masih lagi bertuah dan mewah rezekinya sebagai pemandu teksi.

Adakah lama kelamaan perkhidmatan teksi akan pupus dan diganti dengan Uber dan GrabCar sepenuhnya?

Adakah tidak akan ada lagi kelibat teksi di jalan raya sebagaimana hilangnya kelibat bas mini yang 'menghiasi' jalan raya suatu ketika dulu?




0 comments:

Merajuk macam budak-budak?

Monday, December 26, 2016 Ana 0 Comments



Merajuk macam budak-budak?


Assalamualaikum & salam sejahtera....


"Padan muka dia, biar dia rasa susah, baru dia tahu yang selama ni dia tak pandai jaga hati staf!"

Itu kata-kata seorang kawan lelaki saya ketika di pejabat dulu. Disebabkan pernah kecil hati dengan kata-kata bos, dia menyimpan rasa marah dan kata-kata di atas ialah tanda rasa 'gembira' beliau bila bos nya itu susah hati dengan seorang pekerja penting yang baru saja meletakkan jawatan.

"Ish, macam budak-budak lah awak ni, lama betul nak marah dan merajuk dengan bos. Tak habis lagi ke marah tu?"

"Akak, sebab saya ni bukan budak-budak lah saya still rasa marah sampai sekarang ni!"

Lama juga saya terfikir kata-kata itu.

Memang betul. Anak kecil tak pandai merajuk lama. Tak pandai nak simpan rasa marah lama-lama.
Cuba perhatikan. Apabila kita marah kan seorang anak kecil yang sepahkan barang-barang mainannya merata-rata atau merengek minta dibelikan aiskrim, lihat lah apa yang berlaku. Anak itu akan merajuk atau menangis. Duduk di tepi sudut rumah seorang diri. Tak nak 'kawan' dengan kita sebab kita tinggikan suara bila marah-marah tadi.

Tapi, tengok lah, nanti tak sampai 5 minit, anak itu akan datang semula pada kita tersenyum-senyum dan nak duduk atas riba bermanja-manja. Mula becok kembali mulutnya bertanya itu dan ini. Apa dah jadi dengan merajuk tadi? Sekejap saja dah lupa tadi tak nak 'kawan' dengan kita?

Begitulah anak kecil. Hati masih suci dan bersih dan masih belum tahu menyimpan rasa.

merajuk macam budak-budak


Berbeza dengan kebanyakan kita yang telah dewasa. Apa saja perasaan tak puas hati terhadap sesuatu perkara, pasti akan ada rasa terbuku di dada. Perasaan yang terbuku jika dibiarkan melarat dan 'dilayan' menjadi dendam yang membara. Lama-kelamaan jika perasaan itu semakin berlarutan, maka timbul pula rasa ingin membalas dendam!

Bukan kah rasa tidak puas hati dan berdendam itu lah yang jadi punca kepada peperangan-peperangan yang berlaku di dunia ini? Tidak puas hati dengan apa yang ada dan ingin lebarkan kuasa dan jajahan? Tak puas hati dengan kekayaan yang dimiliki dan hendak kaut hasil bumi di negara yang tertindas? Tak puas hati hingga berdendam yang akhirnya meletuskan perang?

Alangkah seronoknya kalau kita yang telah dewasa ini masih boleh 'kekalkan' sikap tak-merajuk-dan-marah-lama-lama-dan-berdendam seperti zaman kanak-kanak itu? Mungkinkah kita, malah masyarakat sekelling mahupun masyarakat dunia akan hidup lebih bahagia, aman dan harmoni?

Mungkin.

Mungkin ada kalanya kita perlu juga belajar sesuatu daripada anak-anak.

Mungkin ada kalanya kita perlu juga belajar merajuk cara budak-budak....





0 comments:

Bulan Disember dan pesawat yang terhempas....

Sunday, December 25, 2016 Ana 0 Comments




Bulan Disember dan pesawat yang terhempas....


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Tinggal 6 hari saja lagi menghampiri tahun baru 2017. Apa lagi peristiwa yang mengejutkan dunia bakal berlaku pada baki 6 hari ini? Dalam bulan Disember ini sahaja, banyak peristiwa berkaitan dengan pengangkutan khususnya pengangkutan udara yang berlaku:

Hari ini 25 Disember 2016, sebuah pesawat tentera Rusia, TU-154 membawa 92 orang termasuk 8 orang kru penerbangan, dilaporkan terhempas di Laut Hitam berhampiran selatan bandar Sochi di Rusia setelah hilang dari radar, 20 minit selepas berlepas. Pesawat itu dikatakan dalam penerbangan menuju ke Syria.(berita lanjut boleh dirujuk di sini)

Sumber : mstar.com.my

24 Disember 2016, negara dikejutkan dengan tragedi ngeri nahas bas ekspres di Muar, Johor yang mengorbankan 14 orang penumpang termasuk pemandu bas tersebut.Kementerian Pengangkutan telah mengarahkan pihak berkuasa yang terlibat untuk menjalankan siasatan bagi kenalpasti punca kejadian. Bagaikan mengulangi situasi yang sama ketika tragedi bas ekspres terjunam gaung semasa menuruni bukit di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur pada 21 Ogos 2013 yang lalu.

22 Disember 2016, pesawat Malaysia Airlines MH1 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik kerana masalah teknikal pada salah satu pintu pesawatnya.

21 Disember 2016, pesawat jenis Beechcraft King Air 200T milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Pangkalan Udara TUDM Butterworth.

7 Disember 2016, pesawat Pakistan International Airlines, penerbangan PK661 terhempas di wilayah Khyber Pakhtunkhawa ketika dalam penerbangan dari Chitral, mengorbankan 47 orang.


Selain berita nahas dan kerosakan pesawat, tak kurang menyedihkan ialah berita mengenai dakwaan para penyiasat yang mengendalikan misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 mengatakan bahawa pencarian selamai ini dijalankan di tempat yang salah.

Setelah 2 tahun 9 bulan berlalu, kehilangan MH370 pada 8 Mac 2014 dan misi pencarian besar-besaran yang dijalankan selama ini dijalankan di tempat yang salah?

Memang tak dinafikan bukan mudah nak cari pesawat yang hilang di lautan terbentang luas. Tapi mengenangkan segala usaha dan kos yang dibelanjakan selama 2 tahun 9 bulan mencari di tempat yang salah, belum lagi diambil kira harapan menggunung para waris yang ternanti-nanti khabar berita daripada usaha pencarian itu, sesungguhnya tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata.

Sedih. 😢😢😢

Semoga tahun 2017 bakal memberikan berita yang lebih gembira untuk semua...


 

0 comments:

Gaji RM6,500 yang diidam-idamkan...

Friday, December 23, 2016 Ana 0 Comments

Gaji RM6,500 yang diidam-idamkan...


Assalamualaikum & salam sejahtera.....

Minta gaji RM6,500 punca ramai graduan baru menganggur? Baca lebih lanjut di sini.

Gaji pertama saya ketika pertama kali merasa pengalaman bekerja ialah lebih kurang dalam beberapa ratus ringgit. Saya pun dah tak ingat berapa jumlahnya. Pertama kali bekerja itu ialah semasa latihan industri atau practical training ketika berada di tahun ketiga pengajian ijazah. Gaji dikira berdasarkan jumlah hari bekerja.

minta gaji tinggi antara punca graduan baru sukar dapat kerja
Sumber : mynewshub.cc


Selepas tamat pengajian pada tahun 2001, kebetulan zaman tersebut ialah zaman susah nak dapat kerja. Ada juga kawan-kawan yang berjaya dapat kerja sebelum hari konvokesyen lagi. Saya pula dapat kerja setelah 3 bulan selesai majlis konvo. Itu pun ialah kerja sementara iaitu Skim Sangkutan dan Latihan yang mana saya ditempatkan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Kompleks Dayabumi. Seingat saya ketika itu gaji juga dibayar mengikut berapa hari bekerja. Kerjanya pun tak sukar malah ada kalanya saya rasa macam tak bekerja sebab tak banyak kerja yang ditugaskan kepada kami yang berada dalam skim ini. Mungkin seronok pada sesetengah orang sebab kerja tak seberapa tapi dapat juga gaji, tapi pada saya keadaan seperti itu tak berapa nak seronok, rasa macam 'tak berapa diperlukan' di pejabat tersebut.

Setelah 3 bulan bekerja di KPDNKK dan pada masa yang sama tak berhenti hantar resume ke sana sini, akhirnya saya dapat panggilan daripada Maybank untuk hadiri temuduga. Seingat saya ada 2 peringkat ujian. Peringkat pertama ialah ujian IQ dan kedua ialah temuduga dengan panel penemuduga. Yang menariknya ialah hari ini pergi temuduga, esoknya dapat panggilan disuruh buat medical check up. Eh, ini kira dah diterima kerja lah ni kan?

minta gaji tinggi antara punca graduan baru sukar dapat kerja


Saya sendiri pun tak sangka diterima kerja. Ada kawan-kawan sekerja di KPDNKK yang kata mesti saya ini ada 'kabel' di Maybank sebab itu senang dapat kerja. Kalau betul lah saya ada kabel di Maybank sudah pasti dah lama saya minta kerja di sana dan tak perlu lah nak kerja sementara di bawah skim itu.

Gaji permulaan bagi graduan baru atau fresh grad di Maybank ialah RM2,300. Itu dulu, tahun 2002. Sekarang ini gaji fresh grad di Maybank dah banyak berubah tapi yang pastinya bukan RM6,500. Masa zaman saya dulu tak terfikir pun nak minta gaji tinggi-tinggi apa tah lagi gaji RM6,500 sebab saya sedar yang saya tak banyak (tak ada pun) pengalaman bekerja sebelum ini.  Bagi graduan yang dah ada banyak pengalaman bekerja mungkin tak salah nak demand minta gaji yang tinggi lebih-lebih lagi dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang ini. Tapi kalau minta gaji RM6,500 tanpa sebarang pengalaman bekerja, tidak kah itu permintaan yang agak kurang sesuai?

Adik-adik yang masuk bekerja tiga empat tahun selepas saya ramai juga yang selalu merungut gaji tak cukup. Setiap kali ada meeting dengan HR, isi gaji juga lah yang dibangkitkan. Isu yang tak pernah berkesudahan.

Minta gaji dinaikkan biar padan dengan usaha dan kerja yang dilakukan. Teringat satu insiden ketika bekerja dulu. Pada masa itu kami satu team sedang sibuk menyiapkan pengujian sistem untuk satu projek besar yang dateline nya tak lama lagi. Setiap orang buat tugas masing-masing dan turut sama ialah seorang pekerja baru yang juga seorang fresh grad. Ada juga tugas yang diberikan kepada pekerja baru tersebut tapi agak lambat disiapkan walaupun telah diberikan contoh dan tunjuk ajar sebelum itu.

Sedang semua orang sibuk dengan tugas masing-masing tiba-tiba pekerja baru itu bersuara.

"Ni semua kerja ni tak ada manual ke? Senang sikit nak buat kalau ada manual"

Lantas seorang pekerja senior yang tak puas hati pun bersuara.

"Hah nanti awak buat lah manual nya, boleh kita orang refer nanti"

Itu namanya sikap tunggu disuap. Semua nak disediakan, semua nak kena ada manual, semua nak kena ada depan mata. Nama nak cari sendiri, usaha tulis dan buat nota untuk rujukan sendiri memang tidak ada. Seorang fresh grad bukan kah patutnya semangat berkobar-kobar nak bekerja dan korek ilmu daripada pekerja senior? Tidak perlu lah hanya tunggu semuanya disediakan dan lepas itu merungut kata gaji sikit.

Bagi para siswa dan siswi, jika matlamat selepas graduasi ialah hendak kerja makan gaji dengan gaji yang besar, maka timba lah pengalaman dan tambah lah ilmu pengetahuan sebanyak yang mampu ketika masih di universiti. Bina kemahiran komunikasi dan kuasai bahasa kedua. Buka hati dan minda untuk belajar skil dan perkara yang baru. Sentiasa kemaskini diri dengan ilmu yang baru. Jadi lah pakar dalam sesuatu perkara atau kemahiran sehingga jika disebut akan perkara tersebut, anda lah orangnya yang dicari-cari. Bermula dari bawah dengan gaji yang rendah dan akhirnya memanjat perlahan-lahan ke kedudukan pangkat yang lebih tinggi pastinya lebih berbaloi dan bermakna.

Dan bila semua persediaan, kelengkapan dan ilmu (ilmu tak akan pernah cukup) telah ada maka tidak ada orang yang ragu-ragu untuk menerima permintaan gaji RM6,500 daripada anda!

 

0 comments:

Jom banyakkan berdoa hari ini!

Friday, December 23, 2016 Ana 0 Comments



Jom banyakkan berdoa hari ini!



Assalamualaikum &  salam sejahtera...

Salam hari Jumaat, salam sayyidul ayyam. Jom kita perbanyakkan berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ



Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.



Doa itu senjata orang mukmin.
Kita ada sesuatu hajat yang besar, ada sesuatu yang kita harapkan sangat pertolongan daripada Allah. Kita pun berdoa. Doa minta hajat dimakbulkan.

Kita ada masalah. Masalah yang nampak macam tak ada jalan penyelesaian. Kita buntu, Kita pun berdoa. Doa minta ditunjukkan jalan terbaik untuk keluar dari masalah.

Kita ada 2 pilihan di tangan. Tak tahu nak pilih yang mana satu. Kedua-dua pilihan nampak menarik. Kedua-duanya nampak bagus. Tak mungkin untuk kita pilih kedua-duanya. Kita pun berdoa. Doa minta Allah tunjukkan pilihan yang terbaik untuk kita.

Kita ada buat salah hari ini. Kesalahan yang besar. Sangat besar sampai hari-hari kita fikirkan pasal kesalahan itu, Tak boleh tidur malam dibuatnya, Kita pun berdoa. Doa mohon diampunkan dosa dan dihindarkan dari ulangi kesalahan yang sama.

Hari-hari kita berdoa. Kita yakin yang doa kita didengari oleh Allah Yang Maha Esa.

Bila doa kita masih belum dimakbulkan, apa yang perlu kita buat? Berhenti berdoa? Berhenti berharap?

Tak.
Kita tak akan berhenti berdoa. Kita akan terus berdoa dan berdoa dan berdoa.

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ 
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran" (Surah Al-Baqarah : ayat 186)

Saidina Ali bin Abi Talib gembira bila doa nya dimakbulkan oleh Allah tetapi 10 kali ganda lebih gembira bila doa nya tidak dimakbulkan. Kenapa? Kerana doa yang dimakbulkan itu adalah doa pilihan beliau. Tetapi bila doanya tidak dimakbulkan, itu adalah pilihan Allah untuk beliau. Dan semestinya pilihan Allah itu yang terbaik.

Allah sentiasa mendengar doa hambanya
Sumber : FB Nour Academy


Tugas kita hanya berdoa dan meminta (tentu sekali disertakan dengan usaha). Yang menentukan makbul atau berhasilnya usaha kita itu hanya Allah Yang Maha Berkuasa (ingatan untuk diri saya sendiri).

InsyaAllah...dengan pemikiran begini, kita akan lebih kuat berusaha, tidak mudah putus asa dan sentiasa berfikiran positif....



0 comments:

Dah boleh agak dah cincin itu tak ada dalam bekas!

Thursday, December 22, 2016 Ana 0 Comments


Dah boleh agak dah cincin itu tak ada dalam bekas!



Assalamualaikum & salam sejahtera....


Dalam pada penonton setia drama '7 Hari Mencintaiku' mengharapkan Mia dan Alisa turun dari kereta besar En Rahim dan di jari Mia tersarung cincin yang diberi oleh Khuzairi,  bagus juga ada plot twist (bekas cincin dipulangkan) macam itu. Lagi best kalau Mia dan Alisa tak balik dan hanya cincin yang diserahkan kembali pada Khuzairi. Atau pun Mia hanya hantar bekas cincin itu melalui pos. Atau pun wanita lain yang pulang dengan Alisa dan wanita itu yang pakai cincin tersebut. Kalau macam itu sampai bila pun tak habis-habis drama ini nanti!

7 hari mencintaiku


Satu mesej yang jelas nak disampaikan dalam drama ini ialah sejahat mana pun seseorang itu, tidak mustahil dia boleh berubah menjadi baik. Malah mungkin lebih baik daripada orang yang pernah menghina kejahatannya dulu. Tapi sudah jadi kebiasaan dalam hidup bermasyarakat, tak mudah nak terima perubahan dan penghijrahan seseorang lebih-lebih lagi orang macam Mia yang sangat tajam kata-kata sindiran dan pakai lepas cakap tak mengira pada siapa hatta emak mertuanya sendiri.

7 hari mencintaiku


Memang pada zaman 'ke laser an' Mia banyak adegan-adegan tegang/tense dalam drama ini. Ada saja yang tak kena pada pandangan mata dan pendengaran nya, Tambah pula 'perisa' daripada orang sekeliling yang turut sama lebih kurang perangainya dengan Mia seperti Mak Leha dan Syakila. Jadi, bukan mudah nak mengubah seseorang. Batu yang keras tak mungkin dapat mengubah batu yang lain tapi air yang menitik atas batu sedikit demi sedikit dan hari demi hari lambat laun dapat juga membentuk batu yang keras itu! (ada ke perumpamaan macam ini?)

Baca juga:
Apa yang berlaku selepas 7 Hari Mencintaiku?
Drama '7 Hari Mencintaiku 2: Watak Sofi paling best!

7 hari mencintaiku


Selain lokasi penggambaran yang sangat menarik di Kuala Selangor, drama '7 Hari Mencintaiku' ini juga sarat dengan kisah kekeluargaan yang dekat dengan kehidupan masyarakat seperti konflik Mak Limah dan anaknya Husin, konflik Pak Samad dan Helmi, kisah anak istimewa seperti Buntat serta salah guna kuasa dan gaya hidup bebas (jangan diikut!) seperti Hayati.

Semua itu adalah kisah-kisah yang biasa dan pernah kita dengar dalam masyarakat hari ini. Satu perkara yang tak biasa kita dengar dan susah nak dicari ialah orang macam watak Khuzairi yang ada tahap sabar luar biasa!





0 comments:

Syabas untuk Syabas!

Thursday, December 22, 2016 Ana 0 Comments




Syabas untuk Syabas!


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Bekalan air dah pulih sepenuhnya. Alhamdulillah.

Sebenarnya bekalan air di kawasan perumahan saya dah pulih sejak hari Selasa, 20/12/2016 lagi.

Hari pertama putus bekalan air pada 19/12/2016, ialah lebih kurang jam 12 tengahari. Kalau ikutkan notis patutnya jam 8 pagi lagi dah tak ada air. Hari Selasa itu, kawasan saya, Zon 1 kalau ikut jadual awal sepatutnya dapat bekalan air jam 9 pagi. Bila buka pili pukul 10 pagi masih tak ada air. Pukul 12 buka lagi pili air masih tak ada air. Bila check di FB Syabas, rupa-rupanya ada jadual baru. Hmm...bila masa pula ada jadual baru ni. Jadual baru kata Zon 1 akan dapat bekalan air jam 4 petang.

Dalam pukul 2 petang cuba lagi check pili air. Eh, dah ada air lah! Walaupun kecil saja aliran air nya tapi boleh lah guna untuk membasuh dan ambil wuduk. Bila dah ada air itu cepat-cepatlah isi semula tong dan bekas air yang dah kosong. Esoknya 21/12/2016 dan 22/12/2016 kalau ikut jadual Zon 1 tak akan dapat bekalan air.  Jadi petang Selasa itu memang pastikan semua tong air dah penuh dan semua kain baju yang kotor dah dibasuh.

Baca juga:
4 juta pengguna 'bertuah' bakal alami gangguan bekalan air...
Mana lebih stress : Tiada air atau tiada elektrik?


Esoknya 21/12/2016, pagi-pagi lagi dah siap masak nasi dan basuh apa yang patut sebelum bekalan air berhenti jam 8 pagi nanti. Pukul 10 pagi, buka pili masih ada air. Pukul 2 petang buka pili masih lagi ada air. Sehinggalah ke malam masih lagi ada air seperti biasa. Bila check FB Syabas, ada pengumuman yang katakan bekalan air di kawasan Gombak dah pulih 100%. Maksudnya dah tak ada gangguan ke? Jadual gangguan air dah tak terpakai ke? Ramaaaaaaai yang tanya soalan ini di FB Syabas tapi tak ada pula admin yang jawab soalan cepumas tersebut.

gangguan bekalan air akibat kerja penyelenggaraan tnb telah pulih


Walaupun keadaan di bilik air dan dapur agak serabut sebab ada tong-tong dan bekas-bekas air, saya tak berani nak kemaskan tong dan bekas air yang masih penuh berisi air. Mana lah tahu jika masih ada lagi gangguan bekalan air. Selagi tak ada pengumuman rasmi daripada Syabas selagi itu lah tak berani nak simpan kembali tong air dalam stor.

Sehinggalah hari ini akhirnya Syabas umumkan yang bekalan air dah pulih sepenuhnya. Alhamdulillah!

gangguan bekalan air akibat kerja penyelenggaraan tnb telah pulih


Tak dapat nak bayangkan macam mana bertungkus lumus agaknya petugas-petugas Syabas untuk pastikan bekalan air pulih sepenuhnya. Ada hikmahnya juga pelbagai pihak persoalkan gangguan air selama 6 hari ini. Boleh dikatakan rungutan orang ramai ini jadi 'motivasi' buat petugas Syabas untuk kerja lebih keras dan terbukti boleh pun sebenarnya pendekkan tempoh gangguan bekalan air!

Syabas untuk Syabas!

Diharapkan 'kajian' yang hendak dijalankan oleh Syabas sebelum menaik taraf janakuasa sokongan @ janakuasa tunggu sedia di loji rawatan air dapat dijalankan secepat mungkin.Kalau boleh tidak mahu lagi ada gangguan bekalan air yang disebabkan oleh perkara-perkara sebegini.

Dan kalau boleh tak mahu lagi ada adegan  'orang yang hanya bertuala bawa berus gigi dan sabun pergi ke pejabat menteri besar untuk menumpang mandi!'



0 comments:

Kekejaman ialah cara terbaik selesaikan masalah?

Tuesday, December 20, 2016 Ana 0 Comments



Kekejaman ialah cara terbaik selesaikan masalah?


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Video Duta Besar Rusia, Andrey Karlov di Turki ditembak oleh seorang lelaki ketika menghadiri pameran seni di Ankara itu saya ulang tonton banyak kali. Rasa macam tak percaya. Memang pada mulanya saya ingatkan itu hanya lakonan. Satu provokasi. Kan macam-macam video kreatif yang viral sekarang ini. Melihat duta tersebut terbaring dan si penembak menjerit kata-kata yang dikatakan ada kaitan dengan bantahan terhadap apa yang berlaku di Aleppo, hati mula terasa yang ini bukan lakonan.

Tapi video rakaman kes tembak itu memang bukan lakonan. Memang betul-betul terjadi. Macam mana agaknya perasaan jurukamera yang sedang merakamkan kejadian? Betul kah antara laporan yang saya baca, penembak itu dikatakan masuk ke tempat pameran sebagai seorang anggota polis? Betul kah antara laporan yang saya dengar penembak itu menjerit dan menyebut dalam bahasa Turki, "Jangan lupakan Aleppo" dan "Jangan lupakan Syria" selepas melepaskan tembakan? (audio kurang jelas).


*Penembak telah dikenalpasti sebagai Mevlut Mert Altintas, seorang anggota polis anti rusuhan di Turki*

duta besar rusia ditembak
Sumber : jawapos.com


Seluruh masyarakat dunia yang prihatin kecewa dengan kekejaman yang berlaku di Aleppo, Syria. Seluruh masyarakat dunia sedih melihat kemusnahan yang berlaku di Syria. Seluruh masyarakat dunia sedih melihat nasib anak-anak Syria yang sudah kekeringan air mata menangisi nasib menjadi mangsa perbalahan dan campur tangan kuasa besar dunia. Tapi adakah ini (menembak duta) caranya untuk menghentikan konflik yang berlaku?

Protes masyarakat dunia ke atas kuasa besar ini mungkin menghasilkan sedikit tekanan. Tetapi apa yang telah berlaku di Syria adalah peristiwa besar yang tak mudah untuk dilupakan,  Jika betul kes tembakan Duta Besar Rusia itu adalah cara menunjukkan rasa tidak puas hati dengan campur tangan Rusia di Syria, maka ia adalah satu tindakan yang kurang bijak. Ia tidak akan buatkan campur tangan itu berkurangan, malah dibimbangi akan menimbulkan masalah baru (mungkin masalah yang lebih besar?) dan kesan yang lebih teruk sama ada kepada mangsa konflik di Syria mahu pun kepada negara asal si penembak itu tadi.

Dunia semakin hari semakin 'gila'. Yang besar dan berkuasa akan berterusan menunjukkan 'kekuasaan' mereka'. Yang lemah akan terus ditindas dan dinafikan hak mereka.

Dalam pada semua ini berlaku, banyak mata yang memerhati dalam diam. Dan di antara yang memerhati dalam diam itu mungkin ada yang geram dengan apa yang berlaku maka mula menyimpan dendam. Dendam untuk menuntut bela ke atas kekejaman yang berlaku dan apa yang berlaku dalam kes tembakan itu mungkin salah satu akibat daripada dendam yang sudah tidak tertahan lagi.

Ia tak akan terhenti di situ. Selagi jalan kekejaman yang dipilih untuk selesaikan masalah, maka selagi itu lah kekejaman akan terus berlaku....

😢

 

0 comments:

Datuk nak keluarkan duit kan?

Tuesday, December 20, 2016 Ana 0 Comments


Datuk nak keluarkan duit kan?


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Hari Sabtu yang lalu saya singgah sekejap di cawangan Bank Islam untuk gunakan CDM (Cash Deposit Machine). Masih awal lagi waktu itu dan belum ramai orang yang turut gunakan CDM dan ATM yang disediakan. Tapi yang pastinya ramai orang yang sedang beratur di depan pintu bahagian kaunter yang masih belum dibuka lagi itu. Tak syak lagi, ini mesti beratur nak tukar kad debit baru lah ni!

Mesin atm dan cdm bank islam
Sumber : theatmmachines.blogspot.my

Lepas gunakan CDM tersebut, saya beralih pula ke mesin ATM yang bersebelahan. Pada masa yang sama, masuk 2 orang lelaki, seorang muda dan seorang lagi agak berusia. Disebabkan jarak yang dekat, saya pun terdengar perbualan mereka.

Lelaki A : Yang mana satu  nak guna ni?

Lelaki B : Datuk nak keluarkan duit kan? Guna yang ni. (sambil tunjukkan mesin CDM kepada Lelaki A)

Dalam hati saya rasa nak tegur. Salah tu. CDM itu untuk masukkan duit)


Lelaki A : Ni dia tulis apa ni? (sambil baca nota di mesin CDM tersebut. Nota yang tulis CDM itu hanya terima jenis-jenis duit yang tertentu saja)

Lelaki B : Oh itu dia bagitahu yang mesin ni akan keluarkan duit 5 ringgit, 10 ringgit, 50 ringgit, macam tu la.

Eh, pakcik (Lelaki B) ni. Dah lah salah info, tapi tetap dengan yakinnya bagitahu info salah tu pada Lelaki A yang dipanggilnya Datuk itu. Saya rasa Lelaki B ialah pemandu peribadi kepada Lelaki A berdasarkan baju  yang dipakainya kelihatan seperti seragam yang biasa dipakai oleh pemandu.

Melihatkan Lelaki A sudah seperti nak masukkan kad ATM nya dalam CDM, saya yang masih belum selesai urusan di ATM hendak saja cepat-cepat maklumkan perkara sebenar. Mujur ada pengawal Bank Islam yang rupa-rupanya turut sama mendengar perbualan 2 lelaki itu telah menegur dan tunjukkan mesin ATM yang sepatutnya digunakan.

Terfikir pula saya macam mana Lelaki A yang bergelar Datuk itu boleh tak kenal yang mana satu ATM dan mana satu CDM? Mungkin ke Datuk itu jarang atau tak pernah keluarkan duit guna ATM?  Kalau tak pernah keluarkan duit guna ATM, takkan Datuk itu pergi ke kaunter setiap kali nak keluarkan duit dari bank? Atau mungkin juga Datuk itu hanya gunakan kad kredit saja agaknya? Tapi tak kan semua urusniaga guna kad kredit? Takkan bayar bil di kedai mamak pun guna kad kredit? Eh, takkan Datuk makan di kedai mamak pula kan?

Mungkin juga sebelum ini anak atau isterinya yang bantu keluarkan duit dari ATM. Hehehe, perkara seperti itu pun saya nak menyibuk fikir panjang.

Orang kaya ini mungkin lain cara simpan dan belanja duitnya. Mungkin dalam setahun hanya kurang 5 kali 'cucuk' duit di ATM. Selebihnya guna kad kredit atau sign cek saja agaknya. Beza sangatlah dengan orang kurang kaya macam saya, dalam setahun tak terkira berapa banyak kali cucuk duit di ATM. Cucuk banyak kali bukan sebab banyak duit tapi nak check dah ada duit masuk akaun atau masih ada lagi ke baki duit dalam akaun!

Apa-apa pun, sebenarnya penting juga Datuk itu ambil tahu macam mana rupanya mesin ATM....

 

0 comments:

Apa yang berlaku selepas 7 Hari Mencintaiku?

Monday, December 19, 2016 Ana 0 Comments



Apa yang berlaku selepas 7 Hari Mencintaiku?



Assalamualaikum & salam sejahtera....


Akhir-akhir ini, tak tahu macam mana saya boleh terjebak mengikuti drama '7 Hari Mencintaiku' yang semakin menuju ke penghujung episodnya ini. Sekejap tonton dan sekejap tidak, tapi masih boleh faham jalan cerita yang nak disampaikan.

Siti Saleha sangat bijak buat orang menyampah dengan watak ego Mia Adriana dan boleh berubah sikap 360 darjah selepas kematian Buntat sehingga  meraih simpati penonton. Shukri Yahya yang antara lakonannya yang saya ingat ialah dalam drama 'Dia, Isteri Luar Biasa' dan 'Suami Tanpa Cinta'. Pada pandangan peribadi saya,  Shukri lebih berkesan lakonannya dengan watak suami seperti dalam drama 'Dia, Isteri Luar Biasa' dan '7 Hari Mencintaiku'  berbanding watak yang agak mengada-ngada dalam 'Suami Tanpa Cinta'.

7 hari mencintaiku
Sumber : bharian.com.my

Drama '7 Hari Mencintaiku'  adaptasi novel karya Siti Rosmizah ini tidak hanya membawa jalan cerita klise seperti adaptasi novel yang lain. Drama ini lari daripada kebiasaan adaptasi novel seperti banyak sangat babak tunjukkan rumah dan kereta mewah, anak Datuk shoping sana sini dan babak berebut cinta seorang lelaki/wanita yang meleret-leret hingga satu episod hanya untuk babak itu. Selain cerita utama mengenai watak Mia dan Khuzairi, banyak cerita sampingan seperti watak Syakila-Helmi, Datin Hayati (ibu Mia), Khalil-Rita serta Buntat dan Mak Andak. Selain watak Khuzairi yang 'penyabar tahap tinggi', watak yang sangat 'positif' dalam drama ini ialah watak ayah Khuzairi iaitu Pak Samad (lakonan Aman Graseka) dan Sophie lakonan Wan Sharmila. Kalau tak ada watak-watak ini, memang tak ada lah orang yang hendak tolong backing dan bantu 'rendahkan' ego Mia itu!

Baca juga:
Dah boleh agak dah cincin itu tak ada dalam bekas!
Drama '7 Hari Mencintaiku 2: Watak Sofi paling best!


'7 Hari Mencintaiku'  akan berakhir pada hari Khamis ini. Apa yang akan berlaku setelah berlalunya peluang '7 hari mencintaiku' yang diminta oleh Mia? Apakah yang akan berlaku kepada Khalil? Apakah rahsia besar Syakila akan terbongkar juga akhirnya? Adakah Khuzairi akan terbuka semula hati menerima Mia? Macam mana pula dengan Mak Leha?

Tertunggu-tunggu kalau ada drama adaptasi novel karya Siti Rosmizah lagi selepas ini!






0 comments:

Tak boleh kah anggap homestay macam rumah sendiri?

Sunday, December 18, 2016 Ana 0 Comments



Tak boleh kah anggap homestay macam rumah sendiri?


Assalamualaikum & salam sejahtera....


Petang semalam saya menemankan seorang sahabat untuk mengemas homestay beliau. Penyewa yang menyewa homestay nya untuk 2 hari 1 malam telah pun check out pada petang itu. Ramai juga yang menyewa homestay beliau pada bulan 12 ini. Yang terkini ialah rombongan pengantin lelaki dari Johor Bharu yang telah pun selamat bernikah pada hari Jumaat dan kenduri sebelah perempuan petang semalam.


Kata kawan saya ini, memang seronok bila ada ramai yang berminat untuk menyewa homestay.tapi dalam pada seronok itu, sempat juga beliau mengeluh bila mana mengenangkan pelbagai masalah yang dihadapinya sepanjang menguruskan homestay. Sahabat saya ini seorang yang sangat teliti. Setiap kali ada penyewa, beliau memang bersungguh-sungguh untuk pastikan seluruh kawasan rumah telah dibersihkan, segala keperluan (tuala mandi, sejadah, minuman 3 in 1, air mineral, sabun mandi) telah disediakan, cadar dan sarung bantal dipasang dengan kemas, sehinggalah bantal yang mencukup malah lebih untuk setiap bilik. Dan setiap kali ada penyewa, setiap kali itu juga lah beliau akan risau jika kemudahan dan keperluan yang disediakannya tidak mencukupi dan bimbang sama ada penyewa selesa atau tidak tinggal di rumahnya.

Masalah uruskan homestay


Paling tidak seronok ialah bila ada penyewa yang kurang mementingkan kebersihan. Saya sendiri saksikan ada penyewa yang meninggalkan homestay dengan sampah yang bertimbun. Pampers bayi tidak dimasukkan dalam plastik sampah dan terus saja diletakkan dalam ruang sampah di luar rumah. Sisa-sisa makanan bertaburan tidak dimasukkan dalam plastik yang diikat dengan ketat. Sisa makanan yang penuh dalam sinki di dapur. Cadar dan bantal yang kotor dengan kesan minyak dan coklat, bukan untuk satu dua bantal tetapi hampir setiap bantal dalam setiap bilik ada kesan kotoran!

Itu belum lagi masalah dengan penyewa yang rosakkan kemudahan dalam homestay tapi tidak memaklumkan tuan punya homestay. Sudah beberapa kali sahabat ini mengadu yang tombol pintu bilik di homestaynya terpaksa diganti baru kerana didapati rosak setelah penyewa check out. Entah apa lah yang dibuat oleh penyewa hingga rosak begitu. Ada juga penyewa yang cuai letakkan barang berharga di luar rumah hingga 'menjemput' pencuri untuk merosakkan pagar homestay untuk mencuri barang tersebut. Ada juga penyewa yang suka mengalih-alihkan barang dalam homestay malah ada penyewa yang pandai juga membuka pintu stor yang telah dikunci oleh tuan punya homestay!

Baca juga:
Pengalaman si pengusaha homestay


Mungkin bab masalah kotoran itu boleh lagi ditelan walaupun pahit. Masih boleh lagi diusahakan cara untuk menghilangkan kotiran tersebut. Saya pernah terbaca satu nasihat yang mengatakan tahap kebersihan seseorang itu boleh dilihat ketika menginap di hotel. Ramai yang gemar check out dari hotel dengan kebersihan bilik yang teruk sekali. Dalam nasihat itu ada mengatakan perbuatan andai dilakukan oleh seorang Muslim, secara tidak langsung memberi imej buruk kepada Islam itu sendiri. Diberikan contoh jika seseorang yang bernama Muhammad menyewa bilik hotel di luar negara dan meninggalkan hotel dengan keadaan bilik yang teruk sekali kebersihannya, apa agaknya pandangan pemilik itu kepada seorang Muslim? Dan kepada agama Islam itu sendiri?

Sama juga lah dengan homestay. Apa lah salahnya anggap homestay sebagai rumah sendiri? Err, anggap macam rumah sendiri bukan bermaksud buat sesuka hati di homestay. Di rumah sendiri pasti kita tak sanggup nak kotorkan bantal dan cadar dan tak akan rosakkan barang-barang dalam rumah kan?

Bab kebersihan dan keadaan kemudahan dalam rumah ditambah lagi dengan 'janji-janji manis penyewa' setiap kali hendak check in dan check out. Semasa buat booking, beria-ia hendak check in pada pukul 11 pagi. Bila tiba hari yang dijanjikan, jam sudah pukul 12 lebih pun masih belum muncul di homestay. Kasihan lah sahabat saya ini terintai-intai di tingkap menantikan si penyewa. Tidak baik lah buat begitu, tuan punya homestay pun ada urusannya juga. Ada juga penyewa yang janjinya akan check out pada jam 6 petang tapi sehingga azan Maghrib selesai berkumandang masih lagi belum keluar dari homestay. Pening kepala juga si sahabat ini dengan macam-macam kerenah penyewa homestaynya!

Banyak orang, banyak ragam. Harap-harap ragam yang banyak itu tidak 'membunuh' semangat sahabat saya ini untuk terus mengusahakan homestaynya itu....



0 comments:

Talian telefon dan senyum yang mahal....

Saturday, December 17, 2016 Ana 0 Comments



Talian telefon dan senyum yang mahal....



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Murah-murahkan lah senyuman anda...

senyum itu sedekah


Baru-baru ini saya ke kaunter Telekom Malaysia di salah sebuah cawangannya di Kuala Lumpur. Tujuannya ialah untuk membayar tunggakan bil telefon talian tetap dan seterusnya menamatkan terus perkhidmatan tersebut. Saya memang tak gunakan talian tetap tersebut jadi rasa rugi juga membayarnya setiap bulan.

Bukan sengaja dibiarkan tertunggak bil tersebut. Panjang cerita sebenarnya. Dipendekkan cerita, akaun bagi bil talian tetap tersebut adalah di atas nama orang lain dan bukan atas nama saya. Pihak Telekom ada undang-undang yang mana hanya pemilik akaun sahaja yang boleh memohon untuk menamatkan sebarang perkhidmatan dengan Telekom Malaysia. Katanya pengesahan biometrik diperlukan untuk proses permohonan tamatkan perkhidmatan. Selain pemilik akaun, individu lain tidak dibenarkan untuk memohon menamatkan perkhidmatan kerana dibimbangi kes penipuan (fraud), katanya. Jika pemilik tidak dapat ditemui, maka cara lain untuk tamatkan juga perkhidmatan  ialah dengan pemohon membuat akaun sumpah di pesuruhjaya sumpah atau membuat laporan polis. Uish, itu sudah panjang cerita pula jadinya nanti.

Cara yang lain ialah dengan menunggu hingga akaun itu di tamatkan secara automatik dalam sistem. Ada 'pengorbanan' yang perlu dilakukan kalau guna cara ini iaitu terpaksa biarkan akaun tertunggak sehingga dapat bil akhir. Jika dalam tempoh belum dapat bil akhir dah buat bayaran, talian yang digantung akan disambung semula. Maka saya dengan rasa terpaksa, biarkan saja lah akaun itu tertunggak sehinggalah akaun itu digantung (barred) dan akhirnya ditamatkan (terminate). Dan dalam proses menunggu itu, bil masih bertambah dan bertambah dan bertambah. Rasa tidak adil juga bila bil masih bertambah bila akaun sudah digantung (maknanya tiada panggilan boleh dibuat dan diterima lagi menggunakan talian tetap tersebut). Selalu juga saya telefon Telekom untuk tahu status akaun. Bila diberitahu akaun telah digantung, saya tanyakan pula bila akaun akan ditamatkan. Ada banyak jawapan yang saya terima. Ketika di cawangan, katanya setelah akaun digantung, dalam masa sebulan akaun akan ditamatkan. Setelah sebulan, saya masih lagi terima bil yang bertambah dan bukannya bil warna merah (bermakna akaun telah ditamatkan). Bila tanya pada khidmat pelanggan, katanya tidak pasti berapa lama baru akaun akan digantung kerana semua itu sistem yang tentukan. Bila ditanya tidak boleh ada pengecualian kah? Tidak boleh katanya kerana semua sudah ditetapkan dalam sistem.

Tertanya-tanya juga dalam hati, sistem yang tentukan? Manusia yang cipta / bangunkan sistem atau sistem yang cipta manusia?

Kecewa juga sebab selama ini rekod bayaran bil bulanan saya tidak pernah terlewat (sebelum saya biarkan ia tertunggak) tapi bila minta sedikit 'jasa baik' untuk memudahkan talian ditamatkan, tiada yang dapat membantu,


terminate talian tetap telekom

Setelah 7 bulan, bil merah yang ditunggu-tunggu sampai juga akhirnya. Maka dengan 'gembiranya' saya bersama emak saya pun ke cawangan Telekom untuk settle kan semuanya. Gembira sebab akhirnya jumlah yang perlu dibayar tak bertambah lagi.

Masuk saja pintu cawangan tersebut saya terus ke kaunter pertanyaan,

"Cik, saya nak bayar bil yang tertunggak ni dan tamatkan terus perkhidmatan" (sambil tunjukkan bil warna merah di tangan)

(Sambil pandang bil merah di tangan saya ) "Oh, cik terus pergi kaunter tiga"

"Tak perlu ambil nombor giliran?"

"Tak perlu"

Di kaunter nombor tiga tiada staf yang bertugas. Lima saat kemudian datang staf yang bertugas dan matanya terus memandang pada bil merah di tangan saya. Beliau tidak duduk, terus saja berdiri sambil matanya menghadap ke skrin komputer untuk proses bayaran bil saya.

Emak saya cuba lah nak berbual bertanyakan soalan yang saya dan emak dah boleh agak jawapannya.

"Lepas saya bayar habis bil ni, talian tetap ni akan terus terminate kan? Takkan disambung balik kan?

Staf di kaunter itu angguk kan kepala, masih lagi berdiri sambil proses bayaran saya.

"Lama dah saya tunggu nak terminate line ni, ni akhirnya baru dapat bil merah" (Emak saya sambung berbual)

Tak ada respon dari staf tersebut,

Setelah selesai diproses bayaran saya dan diserahkan resit, saya dan emak pun beredar dari kaunter tersebut.

Dalam perjalanan menuju ke kereta, emak saya sempat berkata...

"Tak mesra pelanggan langsung Telekom ni..."

Ya. Bermula dari kaunter pertanyaan hinggalah ke kaunter nombor tiga, staf tersebut (yang kami berurusan dengannya) sedikit pun tidak memandang ke arah kami ketika berurusan, apa tah lagi nak 'hadiahkan' senyuman.

Mungkin sebab nampak bil warna merah di tangan saya.

Mungkin sebab akaun saya telah di terminate. Adakah jika saya datang untuk memohon talian tetap dipasang di rumah saya baru saya akan mendapat pandangan mesra dari staf tersebut?

Mungkin kot....atau mungkin juga staf tersebut ada masalah berat nak difikirkan maka tak sempat nak senyum atau bertanya itu ini pada pelanggannya macam saya.....

Berbeza dengan pengalaman saya ketika berurusan di kaunter Maybank untuk tutup akaun simpanan tempoh hari. Bukan satu, tapi dua akaun Maybank yang saya tutup. Apa sebabnya saya tutup akaun?

"Cik memang dah tak guna lagi ya akaun-akaun ni? Boleh saya tahu kenapa Cik nak tutup akaun?

"Sebab saya ada 3 akaun Maybank"

Ya. satu akaun dibuka sebelum bekerja, satu lagi semasa mula bekerja dan akaun ketiga ialah akaun staf semasa bekerja di Maybank.

Staf itu tersenyum saja sambil angguk-angguk kepala. Itu belum lagi saya beritahu saya ex-Maybanker bahagian IT, kalau saya beritahu mungkin panjang lebar pula bersembang agaknya pasal sistem!

Apa-apa pun, senyum itu adalah sedekah yang paling mudah. Tak perlu keluarkan duit pun!









0 comments: