Selamat tinggal roti canai.....

Monday, November 07, 2016 Ana 0 Comments


Selamat tinggal roti canai.....



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Harga roti canai naik ke tak naik? Naik ke tak naik?

Roti canai. Siapa yang tak suka roti canai? Ada, tapi mungkin tak ramai.

Dan rasanya roti canai selalunya ialah antara menu yang termurah (ada lagi tak roti canai harga kurang dari RM1 sekarang ini?) untuk sarapan pagi rakyat Malaysia.

harga roti canai dah naik ke?


Kata pengerusi pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma),  berita kenaikan harga roti canai itu tak benar. Palsu. Katanya, jangan percaya dan mudah nak viralkan berita tidak betul.

Gambar senarai harga yang tersebar luas itu tak betul ke?

harga roti canai naik


Ok, Berita TV9, sila ambil perhatian. Jangan siarkan berita yang tak betul ya!

Kalau tengok pada senarai harga naik itu (dan kalau memang betul lah berita ini), roti kosong harganya mula dari RM1.30 hingga RM1.50. Saya tanya en google apa bahan-bahan untuk buat roti canai yang sedap dan lembut. Sekilo tepung gandum (RM2.50), sebiji telur (60 sen), satu sudu garam (satu peket 70 sen), satu sudu mentega (RM6.00 untuk satu buku 250g) atau minyak masak dan sedikit air dah boleh hasilkan lebih kurang 20 keping roti canai. Kalau nak sedap lagi tambahkan sedikit susu segar dan gula. Ini ialah kira-kira mudah saya untuk buat 20 keping roti canai. Berapa jumlah kos yang diperlukan? Tak sampai pun RM10. Kos untuk sekeping roti canai? 49 sen. Tak sampai pun satu ringgit. Ok, katakan upah untuk buat satu keping roti canai ialah 50 sen. Jadi anggaran jumlah untuk hasilkan satu keping roti canai ialah paling kurang pun RM1.

Roti pisang? En google kata, daripada bahan-bahan di atas, tambahkan pisang yang telah dilenyek. Kalau betul lah hanya pisang saja bahan yang ditambah kepada resepi roti canai ini untuk hasilkan roti pisang, macam mana pula harganya boleh tersangatlah mahal sampai RM6? Boleh tahan juga komen-komen di media sosial yang saya baca.

"Roti pisang sampai RM6? Ada setandan pisang ke dalam tu?"

"Guna pisang emas kot, sebab tu sampai RM6...."

:)

Kalau anda ialah penggemar tegar roti canai dan 'tak boleh hidup tanpa roti canai', mungkin boleh cuba beralih kepada roti canai frozen. Saya belum pernah cuba lagi roti canai frozen tapi selalu makan roti paratha @ pratha frozen. Kalau ikutkan blog ini, roti paratha ialah panggilan untuk roti canai di India dan Singapura. Jadi roti canai = roti paratha. Antara yang saya selalu makan ialah roti paratha Kawan. Err, bukan saya makan kawan saya punya roti paratha, tapi roti paratha frozen jenama Kawan. Nak yang lebih sedap ialah paratha yang ada bawang. Satu pek paratha frozen ini ada 5 keping. Harganya yang paling murah saya pernah jumpa ialah RM4.35 dan yang paling mahal ialah RM5.45. Masih murah kan berbanding roti canai yang dah naik harga? Tapi kena rajin sikit lah nak masak atas pan dan sediakan kuah kari sendiri!

Masih mahal atau malas nak masak sendiri?

Mudah saja. Lupakan saja roti canai. Banyak lagi makanan mampu milik mampu beli di luar sana, pandai-pandailah kita sesuaikan dengan bajet yang ada dalam poket.

Baca juga:
Cerita sabar di restoran mamak.....


Zaman menikmati roti canai dengan harga 80 sen dah lama berlalu....

Selamat tinggal roti canai...






0 comments: