Manusia jenis apakah ini?

Thursday, November 24, 2016 Ana 2 Comments



Manusia jenis apakah ini?


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Kanak-kanak berusia 2 tahun didera hingga maut dan mayat disimpan dalam tong ikan hingga mereput.

Apa yang paling teruk atau 'dahsyat' sekali yang boleh dilakukan oleh seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun?

Sepahkan barang-barang mainan?
Pecahkan cawan?
Merengek minta beli kan itu dan ini?
Tak reti duduk diam dan suka bergaduh dengan adik beradiknya?
Buang air kecil atau besar merata-rata?
Nak berkepit dan manja-manja sepanjang masa hingga rimaskan si ibu bapanya?

Sumber : astroawani.com


Setakat usia 2 tahun, itu saja yang dapat saya fikirkan tahap kenakalan atau kesukaran nak menjaganya, Apa lagi agaknya hal-hal yang boleh menguji kesabaran ibu bapa atau si penjaga kanak-kanak seusia itu sehingga ke tahap maksimum? Apa lagi agaknya hal-hal yang boleh menaikkan kemarahan si ibu bapa atau penjaga sampai sanggup buat perkara yang di luar jangkaan?

Sampai sanggup anak itu dipukul, ditumbuk, disepak dan diterajang?
Sampai sanggup anak yang dah tak bernyawa itu dibalut dengan kain dan disimpan dalam tong ikan?
Dan mayat dibiarkan hingga lebih 2 minggu sehingga mereput?

Manusia jenis apakah ini?
Manusia atau haiwan kah yang lakukan perbuatan begini?

Hilang sudah perasaan keibuan hingga tak mampu nak buat apa-apa dan biar kan saja teman lelaki nya memperlakukan anak yang tak bernyawa itu sedemikian rupa? Sudah lah dibiarkan didera, jasad yang kaku itu disamakan seperti ikan yang disimpan dalam tong saja?

Dilaporkan si ibu dan teman lelakinya telah ditahan dan didapati positif dadah. Sampai begitu sekali kesan dadah terhadap si penagih. Habis hilang pertimbangan dan kewarasan akal fikiran, hanyut dalam dunia sendiri. Nyawa anak yang dikandung selama 9 bulan dan dibesarkan hingga 2 tahun dah tak bernilai apa-apa setelah akal tak mampu lagi hendak berfikir...

Tak tahu lah macam mana menggunungnya penyesalan si ibu setelah 'sedar' dan kembali ke alam nyata.

Tak mampu nak bayangkan bagaimana anak yang maut itu (juga kakaknya yang berusia 4 tahun yang juga kini kritikal akibat didera) menangis dan merayu mohon belas kasihan si penderanya. Menangis, menjerit dan merayu tapi masih dipukul, disepak, dan diterajang oleh pendera yang berhati binatang!

Tak mampu nak bayangkan...

😢😢😢😢😢

2 comments:

  1. Itulah angkara najis dadah. Penagih memang akan bertindak luar batasan kemanusiaan kerana najis dadah. Yang menjadi mangsa ialah anak kecil seperti ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kejam. Bertindak luar batasan kemanusiaan, menghampiri sikap seperti haiwan. Sedangkan haiwan pun tahu sayangkan anak!

      Delete