Hanya perlu 7 hari untuk baiki lubang sedalam 30 meter di Jepun!

Wednesday, November 16, 2016 Ana 0 Comments


Hanya perlu 7 hari untuk baiki lubang sedalam 30 meter di Jepun!



Assalamualaikum & salam sejahtera......


Di Fukuoka, Jepun, lubang sedalam 30 meter di jalan raya dibaiki dalam masa 7 hari...

Sangat efisien!

Cuba juga mencari punca jalan raya tersebut berlubang sedalam itu tapi tak jumpa. Ada laporan mengatakan jalan raya itu tiba-tiba runtuh. Ada juga laporan mengatakan lubang itu terbentuk disebabkan gempa bumi tapi tak ada pula saya terbaca apa-apa berita mengenai gempa bumi (kecuali di New Zealand) baru-baru ini. Ada berita yang melaporkan lubang sedalam itu dibaiki dalam masa 2 hari dan ada yang melaporkan sebagai 5 hari. Jika tonton video proses membaiki jalan raya tersebut (klik di sini), kerja-kerja pembaikan bermula daripada 9 Oktober 2016 dan berakhir pada 15 Oktober 2016.





Bila tengok video tersebut tak tahu kenapa saya terus teringat kepada kejadian runtuhan bangunan Highland Towers pada 11 Disember 1993. Kejadian yang berlaku 23 tahun yang lalu dan 2 blok bangunan yang sudah tidak selamat itu masih dibiarkan sehingga kini tanpa sebarang usaha pembersihan.

Jika tidak silap, saya pernah menonton rancangan Fattabiouni di tv AlHijrah yang memaparkan nilai-nilai murni masyarakat Jepun. Salah satunya ialah pekerja-pekerja jalan raya di Jepun akan membuat rondaan pada setiap malam untuk mengesan mana-mana jalan raya yang rosak seperti retak dan berlubang. Jalan-jalan ini akan ditanda dan akan dibaiki dalam masa yang singkat keesokan harinya, Tak perlu tunggu aduan daripada pengguna jalan raya. Sangat proaktif!

Baca juga:
Hanya berlaku di Jepun!
The Mainichi, suratkhabar yang bertukar jadi pokok!


Memang susah nak elak daripada membandingkan apa yang berlaku di Jepun itu dengan apa yang biasa berlaku di tanahair sendiri. Jika di Malaysia, lubang di jalan raya yang tak sampai setengah meter pun akan makan masa lebih dari seminggu (atau sebulan?) untuk dibaiki, macam mana agaknya kalau situasi lubang sedalam 30 meter (ada laporan mengatakan lubang itu selebar 30 meter dan sedalam 15 meter) itu berlaku di Malaysia? Jika pihak yang berkenaan cukup efisien dalam menangani aduan jalan raya berlubang, maka tidak akan wujud golongan rakyat Malaysia seperti Brotherhood yang sukarela menampal jalan raya berlubang dengan inisiatif sendiri.


Kalau berlaku di Malaysia, akan dibuat mesyuarat dulu dan cari pihak mana yang bersalah....

Kalau berlaku di Malaysia, akan ambil masa yang lama nak lantik kontraktor yang sesuai untuk baiki lubang itu....

Kalau berlaku di Malaysia, lubang itu tidak akan dibaiki dan dijadikan tempat bersejarah atau tempat pelancongan!

Itu antara komen-komen sinis netizen yang saya baca di ruangan comments video tersebut, Komen yang ketiga itu agak tak mungkin akan berlaku kan!

Di Jepun pastinya ada juga proses mesyuarat tapi yang pastinya lebih kepada berbincang cara nak baiki lubang itu dalam masa yang paling cepat.

Di Jepun pastinya ada juga proses nak lantik kontraktor tapi yang pastinya tak ambil masa berhari-hari hanya untuk lantikan kontraktor.
"Toki wa kane yori" -  masa itu lebih berharga daripada emas
Bercerita mengenai masyarakat Jepun dan segala sikap positif (yang negatif pun ada juga) mereka seperti disiplin dan ketepatan masa yang tinggi memang tidak asing lagi di mata dunia. Saya pernah baca sebuah artikel di Utusan Malaysia yang menceritakan bahawa sikap menepati masa rakyat Jepun itu bukanlah sikap mereka sejak azali. Malah rakyat Jepun dahulu nya adalah masyarakat yang susah nak tepati masa!

"Namun, tidak ramai yang mengetahui bahawa sikap mementingkan ketepatan masa ini bukanlah warisan bangsa Jepun sejak zaman lampau. Sebaliknya, pada suatu masa dahulu, rakyat negara itu dikenali oleh orang asing sebagai bangsa yang tidak mengambil berat tentang masa 
Pelbagai langkah telah diambil untuk menyedarkan rakyat Jepun ketika itu kepentingan masa. Ini termasuk membawa teknik-teknik sains pengurusan dari Amerika dan mengisytiharkan Hari Mengingati Masa ketika zaman kerajaan Taisho (1912-1926). Pada Hari Mengingati Masa ini, kempen kesedaran tentang kepentingan masa dianjurkan di setiap pelosok wilayah di seluruh negara berkenaan" (sumber : utusan.com.my)

Kalau rakyat Jepun mampu ubah sikap mereka, tak mustahil kalau masyarakat Malaysia pun ambil sikap yang sama. Mungkin ambil masa yang lama tapi lebih baik daripada tidak bermula.

Jika sikap disiplin dan hargai masa ini jadi amalan kita rakyat Malaysia, maka suatu hari nanti...

Jalan yang berlubang siap dibaiki dalam masa 1 jam!

Tandas awam yang rosak siap dibaiki dalam masa 1 hari!

Tiada lagi masalah tren lewat malah tren tiba lebih awal dari yang dijadualkan!

Gangguan bekalan air disebabkan masalah paip pecah tak berlarutan kerana dapat diselesaikan dalam masa 1 jam!

Tiada lagi rungutan lampu jalan atau lampu isyarat rosak kerana semuanya dibaiki dalam sekelip mata tanpa perlu tunggu aduan pengguna!

Tak perlu lagi tertunggu-tunggu nak mulakan mesyuarat di pejabat (atau di mana saja) sebab semua orang pastinya akan datang awal dan tepati masa!

Ya, suatu hari nanti Malaysia akan dapat mencontohi sikap rakyat Jepun, malah lebih baik dan berdisiplin daripada rakyat Jepun! (ok, itu angan-angan yang agak tinggi).

😊😊😊


0 comments: