e-Pengeluaran KWSP: Lebih mudah dan cepat atau sebaliknya?

Tuesday, April 04, 2017 Ana 4 Comments



e-Pengeluaran KWSP: Lebih mudah dan cepat atau sebaliknya?


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Permohonan pengeluaran KWSP untuk bayar ansuran rumah melalui e-Pengeluaran lebih lambat daripada pengeluaran cara konvensional?

Saya dah beberapa kali buat pengeluaran wang KWSP bagi tujuan membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan sebelum ini. Pinjaman perumahan saya yang asalnya ialah daripada Maybank dan setiap kali hendak buat pengeluaran dari KWSP hanya perlu dapatkan penyata daripada bank, isi borang (KWSP 9P) dan serahkan di kaunter cawangan KWSP yang berdekatan. Biasanya akan dapat pengesahan kelulusan pada ketika itu juga dan wang akan dimasukkan ke akaun ahli lebih kurang dalam tempoh seminggu selepas itu. Memang efisien!

Pada bulan Mac baru-baru ini, saya telah mencuba perkhidmatan e-Pengeluaran KWSP yang dikatakan lebih mudah dan cepat prosesnya berbanding cara konvensional (rujuk info mengenai e-Pengeluaran di sini dan di sini). Selepas membuat refinance rumah kira-kira 2 tahun yang lepas, ini adalah kali pertama saya sekali lagi keluarkan wang KWSP untuk ansuran bulanan pinjaman perumahan. Saya sebenarnya jangkakan mungkin masa yang diperlukan untuk proses permohonan ini lebih lama memandangkan rumah telah di refinance (dari Maybank kepada Bank Islam). Melalui e-Pengeluaran, maklumat pinjaman perumahan diperolehi secara terus daripada institusi pemberi pinjaman.

e-pengeluaran kwsp untuk bayaran ansuran bulanan pinjaman perumahan

Syarat utama untuk buat e-Pengeluaran ini ialah ahli mesti mempunyai i-akaun untuk memudahkan proses pengesahan. Saya telah buat permohonan melalui e-Pengeluaran ini pada tengahari Jumaat, 17 Mac 2017 yang lalu. Prosesnya sangat mudah. cuma perlu pastikan anda telah sediakan segala maklumat yang berkaitan seperti jumlah wang KWSP yang layak anda keluarkan, berapa jumlah ansuran bulanan yang anda ingin pohon, nombor akaun pinjaman perumahan anda dan nombor akaun simpanan/semasa anda (wang KWSP yang dikeluarkan akan dikreditkan/dimasukkan ke dalam akaun ini).


e-pengeluaran kwsp untuk bayaran ansuran bulanan pinjaman perumahan

e-pengeluaran kwsp untuk bayaran ansuran bulanan pinjaman perumahan

Setelah permohonan lengkap diisi, pastikan anda save atau print maklumat permohonan untuk memudahkan rujukan di kemudian hari. Mengikut info yang diberi, makluman mengenai status permohonan boleh disemak di mesej sekuriti Inbox di i-Akaun.

e-pengeluaran kwsp untuk bayaran ansuran bulanan pinjaman perumahan


e-pengeluaran kwsp untuk bayaran ansuran bulanan pinjaman perumahan


Pada awal pagi Isnin, 20 Mac 2017, memang betul-betul awal, lebih kurang jam 7.30 pagi, saya telah dihubungi oleh seorang pegawai daripada Bank Islam. Beliau memohon saya untuk mengesahkan yang saya ada membuat permohonan e-Pengeluaran untuk ansuran pinjaman perumahan dan bertanyakan beberapa soalan untuk tujuan pengesahan. Berulang kali juga beliau memohon maaf kerana membuat panggilan di awal pagi. Saya tak kisah pun sebenarnya dan dalam hati rasa agak lega kerana pantas juga Bank Islam ini uruskan permohonan saya dan pastinya proses di KWSP juga akan jadi lebih cepat.

Selepas itu saya hanya menunggu.

Menunggu hingga akhirnya masih tiada khabar berita daripada KWSP setelah 10 hari bekerja berlalu.

Baca juga :
Harga rumah akan turun?
Buat duit dengan rumah sewa
Hak milik strata, deposit rumah dan pinjaman bank yang tak diluluskan...


3 April 2017, saya akhirnya buat panggilan ke KWSP di talian 03-89226000. NAma penuh dan nombor kad pengenalan diperlukan untuk pegawai yang menjawab panggilan membuat semakan.

"Saya lihat di sini Cik ada telah buat permohonan e-Pengeluaran pada 17 Mac 2017 untuk ansuran pinjaman perumahan ya. Kalau ikutkan untuk memproses permohonan hanya perlu 5 hingga 7 hari sahaja tapi yang ini dah lama dari itu. Saya akan cuba untuk check permohonan Cik ini dengan bahagian pengeluaran dan akan hubungi Cik semula"

"Sekarang ni sangkut kat mana ya? Sangkut kat Bank Islam atau KWSP?"

"Di bahagian pengeluaran KWSP, Cik, saya akan cuba periksa dengan bahagian pengeluaran"


Hmm..jika saya tak buat panggilan ke KWSP mungkin kah saya akan terus dibiarkan menunggu dan menunggu tanpa sebarang makluman?

Petang hari yang sama, saya sekali lagi mendapat panggilan daripada KWSP tetapi masih lagi dengan penerangan yang sama. Dan hari ini, sekali lagi panggilan diterima daripada KWSP.

"Permohonan Cik ini dah siap diproses ya, Cik boleh datang ke cawangan KWSP yang berdekatan untuk proses pengecaman cap ibu jari"

"Ada apa-apa dokumen yang saya perlu bawa tak?"

"Kalau ikutkan di sini, Cik hanya perlu bawa kad pengenalan sahaja"

"Kena datang dalam masa 14 hari kan?"

"Ya, betul tu Cik. Cik perlu datang untuk pengecaman cap jari dalam tempoh 14 hari"


Lupa pula saya nak bertanya tempoh 14 hari itu bermula daripada bila tarikhnya. Saya intai di mesej sekuriti di i-Akaun masih belum ada apa-apa mesej mengenai status permohonan.

Kalau ikutkan 'penantian' saya, rasanya pengeluaran KWSP cara konvensional lebih cepat dan mudah berbanding e-Pengeluaran. Entahlah, mungkin juga penantian yang agak lama itu adalah kes terpencil, hanya untuk permohonan saya. Permohonan yang 'bertuah' dan 'terpilih' agaknya 😁😁


Ok, sekarang kena cari masa pula untuk ke cawangan KWSP!




4 comments:

  1. Daripada cerita ni friendly juga lah pegawai KWSP tu. Tak de la sakit hati walaupun kita ada masalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, friendy dan membantu. Ada tindakan lepas terima panggilan. Sepatutnya saya buat panggilan lebih awal lagi 😆

      Delete
  2. terima kasih good info. sy sedang alami benda yg sama..huhu..selepas makluman didlm mesej sekuriti "registered"..now dh 9 hari bekerja..x settle lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin Matsur Nada boleh call KWSP dan semak status permohonan. Selepas siap diproses dan dah selesai pengesahan cap jari nanti, pengeluaran / kredit wang ke bank adalah sangat cepat, tak sampai pun 2 hari 👍

      Delete