Apa guna berjanji....

Friday, April 21, 2017 Ana 0 Comments



Apa guna berjanji....



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Salam hari Jumaat, salam sayyidul ayyam. Jom kita perbanyakkan berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw..

اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ



Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya



Kenapa berjanji bila memang dah tahu dan dah siap-siap niat dalam hati tak akan tepati?

😒

"Ok makcik, boleh boleh. Nanti pukul 2 petang saya datang rumah makcik"

Apabila jarum panjang menunjukkan pukul 2 petang, orang yang ditunggu-tunggu tak kunjung tiba. Apabila dihubungi, lain pula ceritanya.

"Saya di Ampang makcik. Mungkin lepas Asar saya sampai rumah makcik"

"Ok, makcik tunggu awak datang"

Selepas Asar hingga nak masuk ke Maghrib, masih lagi senario yang sama. Dari Ampang hendak ke rumah makcik bukanlah jauh sangat jaraknya. Orang yang berjanji tidak muncul-muncul dan makcik yang menuntut janji dan percaya kepada si tukang (yang pernah datang ke rumahnya sebelum ini juga untuk kerja-keja baiki) mula rasa dipermain-mainkan. Makcik maih ingin mencuba dan hubungi semula si 'penjanji'

"Oh, mungkin esok pagi baru saya dapat datang rumah makcik. Hari ni tak sempat lah makcik. Saya belum habis kerja di Ampang ni. Saya janji jam 9 esok pagi saya datang"

Makcik letakkan telefon dengan perasaan kecewa dan simpan harapan untuk menanti lagi si 'penjanji' itu pada esok hari.

Jam 9 pagi esoknya. Makcik dikecewakan buat kali ke-3. Makcik mula merungut tak henti-henti dan 'taubat' tak akan hubungi lagi si 'penjanji' yang tanam tebu di tepi bibir itu!

Janji tak ditepati


Bukan berjanji untuk suatu perkara yang besar pun. Janji untuk datang baiki paip yang bocor. Dan memang itu pun tugas si 'penjanji'. Seorang tukang yang ambil upah membaiki apa-apa kerosakan di rumah seperti paip bocor, siling bocor, tangki overflow, sinki tersumbat dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

Bukan minta perkara yang bukan-bukan pun. Minta tolong buat perkara yang mahir dilakukannya. Lainlah jika minta tolong perkara yang diluar kemahirannya, contohnya baiki kotak fius elektrik yang terbakar. Mungkin perlu lebih masa untuk cari cara nak baiki. Mungkin perlu tanyakan kepadda yang mahir untuk membantu sebelum muncul di rumah makcik yang dijanjikannya itu.

Jadi, saya memang tak faham mengapa berjanji jika tak mampu ditepati? Tak terfikir agaknya kesusahan makcik itu menghadapi masalah paip bocornya. Tak terfikir agaknya kerugian yang ditanggung makcik itu sepanjang air terus mengalir dari paip yang bocor itu. Tak terfikir agaknya jika dikatakan saja pada makcik itu "saya tak dapat datang makcik", maka dengan mudahnya makcik itu boleh pula usahakan cari tukang yang lain untuk selesaikan masalah paip yang bocor itu? Dan yang tak kurang pentingnya, tak terfikirkah begitu besar harapan dan kepercayaan si makcik kepada diri si 'penjanji' itu? Kepercayaan yang telah dimusnahkan oleh si 'penjanji' itu sendiri.

Jadi, apa tujuannya buat janji seperti itu? Si 'panjanji' tahu dan sedar dirinya mungkin tak dapat datang tapi pada masa yang sama tak sanggup nak lepaskan kerja membaiki itu kepada tukang yang lain? Bimbang rezeki terlepas?

Mungkin tak perasan agaknya yang dirinya dah buat 2 perkara yang kurang baik di situ?
Mengingkari janji dan tak percaya yang Allah tak pernah salah alamat dalam memberi rezeki...

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,
“Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



0 comments: