Jom bantu apa yang mampu!

Friday, April 07, 2017 Ana 0 Comments



Jom bantu apa yang mampu!



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Salam hari Jumaat, salam sayyidul ayyam. Jom kita perbanyakkan berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw...

اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ



Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya

Anak mata mengecil. Pandangan kabur. Hidung sakit dan berair. Air liur berjejeran tanpa kawalan. Muntah-muntah. Dada sempit. Nafas tersekat-sekat. Otot kejang. Mulut berbuih.

Kesemua di atas dan hanya Allah Yang Maha Mengetahui entah apa lagi penderitaan yang dirasai dan ditangggung oleh mangsa gas sarin dalam serangan di Idlib, Syria pada 4 April yang lalu.


"Tentera Syria tidak, tidak pernah dan tidak akan gunakan senjata sebegini (senjata kimia) bukan hanya kepada rakyat kami sendiri malah kepada pengganas yang mensasarkan orang awam"

"Pihak tentera telah mengebom gudang yang menempatkan senjata kimia milik pemberontak"

"Pihak pemberontak menafikan memiliki sebarang senjata kimia"

"Mangsa yang terselamat mendakwa mereka nampak senjata kimia digugurkan daripada langit"

Sementara kesengsaraan berterusan di Syria, tuding menuding jari di antara kuasa-kuasa besar terus berlaku tanpa sebarang hasil mahupun kata putus yang pasti.

Sebagai 'kuasa kecil', jom kita bantu apa yang mampu!

Sumber : FB Muslim Volunteer Malaysia

Sumber : FB Muslim Volunteer Malaysia

Sumber : FB Ikram 4 Syria


Baca juga:
Peluru berpandu saja tak cukup!
Omran Daqneesh, maafkan kami!
Sudah hilangkah rasa perikemanusiaan?


Tak mengapa jika tak mampu menyumbang wang ringgit. Sebarkan info dengan berkongsi atau share mengenai jalan-jalan untuk menyumbang dan membantu ini kepada keluarga dan sahabat anda.

Atau, berikan sumbangan yang paling berharga dengan menitipkan doa kepada Yang Maha Esa untuk melindungi dan memelihara saudara-saudara kita yang sedang menderita...

😡😟😡


0 comments: