Kek, nasi lemak atau kek nasi lemak?
Kek, nasi lemak atau kek nasi lemak?
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Siapa dah cuba makan kek nasi lemak? Macam mana rasanya? Sedap? Atau sama saja macam nasi lemak biasa? Atau rasa nasi lemak di 'fusion' kan dengan rasa kek? Atau kek yang dicorakkan seperti nasi lemak?
Membaca tajuk saja mengenai kek nasi lemak di sebuah akhbar memang buatkan saya tertanya-tanya soalan di atas. Apabila dah baca sampai ke penghujung berita baru lah tahu dan jelas kek nasi lemak yang dimaksudkan ialah nasi lemak yang disusun/dibentuk seperti sebiji kek. Sudah lama rupa-rupanya kek nasi lemak ini popular, saya saja yang ketinggalan nampaknya 😄. Bila difikirkan kembali baru saya teringat ada seorang kenalan di FB pernah post sebuah gambar yang seperti kek nasi lemak tapi kalau tidak silap saya ditulisnya sebagai kek nasi lemak cheese. Siap dengan komennya 'Tak sedap, jangan beli!'. Mungkin rasanya tak kena dengan selera beliau. Kasihan juga pada 'nasib' makanan-makanan yang jadi kegemaran rakyat Malaysia ini. Bukan setakat pisang goreng mahu pun kuih bangkit, kini nasi lemak dan semuanya lah nak di 'cheese'kan!
Sumber : hmetro.com.my |
Secara jujurnya apabila saya baca yang kek nasi lemak ini menjadi trend masakini, saya ragui juga betul ke ada orang yang nak tempah kek nasi lemak ini? Ada ke yang nak tempah untuk majlis hari jadi? Untuk majlis kahwin? Biasanya kan bila disebut kek perkara pertama yang terbayang di fikiran ialah kek yang berkrim seperti kek tiramisu ataupun kek merah menyala red velvet mahupun kek coklat terlaris di Secret Recipe iaitu Chocolate Indulgence. Ataupun kek keju yang menggoda seperti Black Forest Cheese dan Marble Cheese. Paling tidak pun nikmat coklat panas yang mengalir keluar daripada kek Chocolate Lava yang tersangatlah sedap apabila dimakan bersama krim di atasnya.
Eh, tiba-tiba rasa teringin pula nak makan Chocolate Lava!
Ok, berbalik kepada kek nasi lemak tadi. Disebabkan saya terbayang-bayangkan kek-kek yang disebutkan di atas ini lah maka saya tak dapat nak gambarkan kek nasi lemak itu macam mana bentuk pada mulanya. Rupa-rupanya kek nasi lemak itu semudah nama nya lah. Nasi lemak yang dibuat dibentukkan menjadi bentuk kek.
Silap saya yang pandang rendah pada kek nasi lemak ini sebab menurut seorang pengusaha bakeri yang juga menerima tempahan kek nasi lemak, beliau telah menerima lebih 500 tempahan kek nasi lemak ini sejak dua bulan yang lalu! Malah ada juga yang menempah kek nasi lemak ini sebagai kek perkahwinan. Tak pasti pula saya sama ada sesuai atau tidak kek nasi lemak ini sebagai kek kahwin. Ketika saya menempah kek untuk majlis tunang sepupu dulu, si penerima tempahan menolak kek yang saya pilih dan mencadangkan kek yang lain kerana katanya kek pilihan saya itu tak sesuai untuk majlis tunang (mungkin cepat cair agaknya).
Sumber : says.com |
Apa-apa pun, terpulang kepada si pembeli. Mahu kan kelainan, tempah lah kek nasi lemak. Jika sebiji kek nasi lemak pun katakan lah paling murah harganya ialah RM15, jika didarabkan dengan 500, dah berapa jumlah keuntungannya di situ? Wah, itu kalau sebiji RM15, macam mana pula kalau 500 tempahan itu untuk kek nasi lemak yang berharga RM45?
Kreatif dan inovatif peniaga-peniaga ini kan. Pandai mencari kelainan untuk menarik pelanggan. Sama seperti makan atas meja (tanpa beralaskan pinggan) yang kini bukan perkara asing lagi. Sama seperti aiskrim pasu yang viral suatu ketika dulu. Mungkin selepas ini akan muncul pula kek roti canai, kuih nasi dagang atau pizza nasi kerabu? 😲
Jadi, adakah anda terasa ingin cuba kek nasi lemak pula untuk sambutan hari jadi yang tersayang atau sahabat anda kali ini?
Bagi saya, err...saya masih suka makan nasi lemak dalam daun pisang dan kek harijadi pula daripada kek yang sebenar!
😉
0 comments: