Betul ke 'Harga Promosi?'

Sunday, April 23, 2017 Ana 2 Comments



Betul ke 'Harga Promosi?'


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Selepas menulis mengenai 'Betul ke Best Buy?' yang berkait dengan harga barang yang dikatakan promosi/best buy tapi sebenarnya tak ada lah promosi pun, hari ini saya jumpa satu lagi kes yang serupa tapi tak sama.

Kes yang saya jumpa hari ini masih lagi berkaitan dengan produk yang sama iaitu susu pekat manis tapi di pasaraya yang berbeza.

Ketika menyorong troli yang hampir penuh, saya teringat pula nak beli susu pekat manis. Hanya beli 2-3 tin saja untuk buat teh tarik sekali sekala. Tiba di rak yang tersusun pelbagai jenama susu pekat manis terus saja saya mencari susu pekat manis yang termurah.

Ok,dah jumpa. Yang paling murah ialah susu pekat manis dengan harga promosi RM2.85 untuk satu tin.

Semak harga promosi sebelum beli
Harga promosi untuk satu tin susu pekat manis


Kalau betul murah apa kata saya beli saja 6 tin terus? Lagi pun di bahagian bawah rak saya lihat ada jenama susu pekat yang sama telah dipek menjadi 6 tin dalam satu pek. Tertulis juga perkataan 'Promosi' di situ.

Tiba-tiba rasa seperti deja vu. Macam pernah berlaku pula situasi ini.  Sama macam cerita saya dalam entri 'Betul ke Best Buy?' yang lalu.

Semak harga promosi sebelum beli
Harga promosi untuk 6 tin susu pekat manis yang telah dipek dalam 1 pek


Ok, sebelum saya ambil 1 pek dengan 6 tin susu pekat itu, saya keluarkan dulu handphone siap dengan kalkulator untuk kira betul ke harga promosi yang tertera itu.

Harga untuk 1 tin susu pekat manis (500g) ialah RM2.85.

Secara mudah kiraannya jika saya ambil 6 tin susu pekat manis itu tentulah harganya RM2.85 x 6 = RM17.10.

Saya lihat pula harga untuk 6 tin susu pekat manis (500g) yang telah siap dipek dalam 1 pek dan dikatakan harga promosi ialah RM17.49.

😖😖😖

Eh, ada beza harga rupa-rupanya jika saya beli 6 tin susu pekat manis yang siap dipek dalam 1 pek dengan jika saya beli 6 tin susu pekat manis secara berasingan. Ada beza harga sebanyak 39 sen. Err... lebih 39 sen itu untuk upah meng 'pek' kan susu pekat manis itu ke? Atau susu pekat manis dengan harga yang lebih murah itu ada tarikh luput yang lebih awal? (lupa pula saya nak semak tarikh luput susu pekat manis yang 6 tin dalam 1 pek itu)

barang dengan tarikh luput lebih awal harganya lebih murah?


Baca juga:
Betul ke 'Best Buy?'

Terpulang kepada pengguna. Jika nak mudah, ambil saja 1 pek itu dan bayar lebih 39 sen (bagi orang yang mampu, apa lah sangat 39 sen, kan? 😎). Jika nak jimat 39 sen, kena 'kerja' lebih sikit dengan ambil 6 tin susu pekat manis itu secara berasingan.

Pilihan di tangan kita sebagai pengguna. Jom jadi pengguna yang bijak!




2 comments:

  1. Kesedaran sebagai seorang pengguna bijak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teramatlah penting jadi pengguna bijak di zaman semua harga barang naik ini :)

      Delete