Kepak ayam jadi rebutan...

Wednesday, April 05, 2017 Ana 0 Comments



Kepak ayam jadi rebutan...



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Siapa tahu apa punca sebenar tiga tan kepak ayam dibuang di Bukit Aup, Sibu, Sarawak?

Ada yang mendakwa kepak itu dibuang kerana syarikat pengimportnya tak bayar cukai kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Pihak Jabatan Kastam pula mengatakan pihak mereka tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai pelupusan kepak ayam tersebut.

Ada yang mendakwa kepak ayam itu dibuang kerana tidak selamat untuk dimakan. Pihak Jabatan Kesihatan Sarawak pula mengatakan pihak mereka tidak terbabit dalam pembuangan kepak ayam itu.

Selain nak tahu punca sebenar kepak ayam itu dibuang, banyak lagi perkara yang buat saya tertanya-tanya sebenarnya.

Kenapa kawasan tapak kosong di Bukit Aup itu jadi kawasan pilihan untuk buang kepak-kepak ayam tersebut? Dengan jumlah yang begitu besar, boleh dibuang begitu saja kah di tempat kosong itu tanpa sebarang kebenaran diperlukan? Atau sememangnya tapak kosong di Bukit Aup itu memang dikhaskan untuk aktiviti pelupusan sebegini? Mungkin juga ini bukan pertama kali aktiviti pelupusan bahan dilakukan di tempat tersebut oleh syarikat yang berkenaan?

gali semula kepak ayam yang telah dibuang
Sumber : themalaymailonline.com

Yang menimbulkan kerisauan juga ialah tindakan penduduk setempat yang 'menggali' semula kepak-kepak ayam yang telah dilupuskan itu, siap bawa guni dan besen. Menonton video penduduk setempat sedang menggali untuk mendapatkan kepak ayam itu seakan-akan sebuah 'pesta' di mana mereka sedang menggali mencari 'emas'. Untuk apa agaknya digali semula? Agak menyedihkan jika sampai begitu sekali keperitan hidup sehingga terpaksa menggali bahan yang telah dibuang untuk dijadikan makanan. Tambah menyedihkan jika tindakan menggali untuk mendapatkan kepak ayam itu adalah dengan tujuan untuk menjual semula kepak-kepak ayam itu kepada orang ramai (boleh ke dianggap sebagai rezeki terpijak?). Kepak ayam yang tidak diketahui asal usul sumber dan tahap kebersihan serta status sama ada selamat atau tidak untuk dimakan.

Jika kepak ayam itu dilupuskan kerana tidak selamat untuk dimakan, diharap pihak yang bertanggungjawab melupuskannya di Bukit Aup masih punya hati dan perasaan untuk tampil menjelaskan perkara yang sebenar. Diharap pihak yang bertanggungjawab tidak hanya lempar batu sembunyi tangan dan membiarkan kesan buruk yang mungkin timbul sekiranya kepak ayam itu dijadikan 'hidangan' untuk dimakan di rumah-rumah penduduk setempat dan kawasan sekitarnya.😡

Dalam sibuk-sibuk mencari jawapan kepada 'misteri' kenapa kepak-kepak ayam ini dibuang, ada cerita yang tersirat dan tersurat yang boleh kita renung-renungkan di sebalik tindakan penduduk yang menggali untuk dapatkan kepak-kepak ayam ini...


0 comments: