Papa Ricky : Banyak betul cerita dalam cerita!

Monday, April 17, 2017 Ana 0 Comments


Papa Ricky : Banyak betul cerita dalam cerita!


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Banyak betul cerita dalam cerita Papa Ricky!

Saya tak mula tonton drama Papa Ricky daripada episod-episod awalnya, jadi ada lah terlepas sana sini apa yang telah berlaku pada watak-watak utama. Daripada apa yang saya tonton setakat ini, saya dapati drama 80 episod arahan Harris Fadzilah dan adaptasi daripada drama Chile berjudul 'Papi Ricky' ini sangat banyak cerita dalam cerita.

Papa Ricky


Cerita utama pastilah antara watak Riqmal @ Ricky, Zara, Alisha dan Kathy. Konflik dalam usaha merahsiakan Zara adalah ibu kepada Alisha dan dolak-dalik sekejap-nak-bagitahu-sekejap-eh-tak-jadi-nak-bagitahu Alisha perkara sebenar pun mengambil berepisod-episod lamanya, Belum lagi konflik antara ibu mertua dan menantu (Puan Ida-Norin), suami isteri yang telah bercerai (Dr Zarul-Suzila), kisah nak kahwin tak jadi antara doktor dan jururawat (Dr Gibran-Suzila), kisah cinta tiga segi antara seorang suami yang merahsiakan perkahwinan kedua daripada isteri pertamanya (Taufik-Maria-Andrea), masalah pasangan yang berkahwin muda (Maya-Abol), kisah cinta berbeza usia (Misah-Hafiz) dan banyak lagi cerita dalam cerita dalam drama Papa Ricky ini.

Lokasi penggambaran pula kebanyakannya berlegar sekitar kawasan perumahan. Sesuai dengan cerita-cerita yang banyak berkisar kepada setiap konflik dalam keluarga-keluarga di kawasan perumahan tersebut. Kelakar juga melihatkan babak-babak dalam drama Papa Ricky ini contohnya Kathy yang sekejap ke rumah Zara sekejap ke rumah ayahnya dan sekejap ke rumah Dr Gibran. Macam banyak betul masa lapangnya dan tiada kerja nak dibuat dan ke sana sini untuk selesaikan konflik yang tak berkesudahan. Memang disewa beberapa rumah yang berhampiran sekaligus agaknya untuk dijadikan lokasi penggambaran (kalau tak silap di Denai Alam) drama Papa Ricky ini.


Papa Ricky

Nur Qistina sebagai Alisha cemerlang dalam lakonannya yang bersahaja walaupun ada ketikanya agak kurang mesra bahasa yang digunakan ketika berdialog dengan neneknya, nenek Norin lakonan Aida Aris. Fadlan Hazim sebagai Ricky nampak serabut dengan dirinya yang masih tak boleh move on daripada Zara. Elizad yang membawakan watak Zara pula terserlah dengan gaya kasarnya terutama dengan gaya favouritenya iaitu mencekak pinggang. Antara komen lucu daripada netizen mengenai drama ini ialah tak suka melihat watak-watak 'nenek' dalam drama ini yang memakai rambut palsu seperti Puan Ida, Aini, Misah dan Juita.

Drama Papa Ricky disiarkan di Astro Prima dan Maya HD setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 6 petang. Ulangannya pada jam 11 pagi di saluran yang sama manakala siaran marathon pada hari Sabtu bermula jam 1 petang. Drama ini kini telah masuk 65 episod dan semakin menghampiri penghujungnya.

Selamat menonton!

Papa Ricky


Lagu : Rapuh (OST Papa Ricky)
Penyanyi : Nastia
Penulis lirik dan produser muzik : Rudy Iskandar, Leo Azman, Faizal Tahir, Mike Chan & Ezra Kong


Darimu ku mengenal arti kekuatan Hadirmu semua indah
Dalam diriku bertempat hanyalah kamu Melengkapi diriku
Berpisah kita hanya untukku sedar semula

Bintang malam setia seperti dirimu
Tetap pudar menghilang tiada gantimu
Dan ku masih terasa degupan jantungmu Tanpamu ku kan rapuh

Dan bila ku sendiri tiada resah lagi Tanpamu ku tempuhi
Berpisah kita hanya untukku sedar semula

Bintang malam setia seperti dirimu
Tetap pudar menghilang tiada gantimu
Dan ku masih terasa degupan jantungmu Tanpamu ku kan rapuh

Tanpamu ku rapuh

Bintang malam setia seperti dirimu
Tetap pudar menghilang tiada gantimu
Dan ku masih terasa degupan jantungmu Tanpamu ku kan rapuh rapuh
Tanpamu ku rapuh

Darimu ku mengenal arti kekuatan Hadirmu semua indah


0 comments: