Sampai bila nak bersandar di bahu Lee Chong Wei?

Sunday, April 09, 2017 Ana 0 Comments



Sampai bila nak bersandar di bahu Lee Chong Wei?


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Dato' Lee Chong Wei tewas kepada Lin Dan, 19-21, 14-21 dalam perlawanan akhir Badminton Terbuka Malaysia petang tadi.

Ok lah, lain kali kalau ada lagi perlawanan badminton antara Lee Chong Wei dan Lin Dan, saya mungkin tak akan tonton. Sebab setiap kali saya tonton, kemenangan tak berpihak pada Chong Wei!

lee chong wei tewas kepada lin dan di badminton terbuka malaysia 2017


Mungkin kebetulan saja begitu. Satu-satunya perlawanan antara kedua-dua jaguh badminton ini yang saya tonton dan dimenangi oleh Lee Chong Wei ialah ketika pertarungan-epik-yang-sengit-hingga-boleh-buat-orang-sakit-jantung 😁di peringkat separuh akhir Olimpik Rio 2016 tahun lalu. Letih menonton-menyokong-bersorak-dan-menjerit ketika itu terasa macam saya pula yang bermain di gelanggang. Puas hati teramat dengan kemenangan ke atas Lin Dan itu walaupun rasa seperti tak lengkap bila Chong Wei tewas pula di tangan Chen Long di peringkat akhir.

Lee Chong Wei telah 11 kali memenangi kejohanan Badminton Terbuka Malaysia manakala kemenangan bagi kejuaraan kali ini adalah kemenangan sulung buat Lin Dan. Dalam perlawanan petang tadi, saya lihat beberapa mata yang diperolehi oleh Lin Dan adalah daripada pukulan balas yang lewat dari Chong Wei kerana mengagak-agak sama ada bulu tangkis itu keluar atau masuk garisan. Selain itu ada juga beberapa mata yang dikutip oleh Lin Dan hasil pukulan bulu tangkis keluar gelanggang Chong Wei. Agak sayang juga kerana walaupun saling kejar-mengejar mata di antara kedua-duanya, Chong Wei dilihat beberapa kali mendahului dalam kutipan mata pada suatu ketika di set pertama.


lee chong wei tewas kepada lin dan di badminton terbuka malaysia 2017


Baca juga:
Terima kasih Dato' Lee Chong Wei....

Apa-apa pun, Chong Wei telah memberikan persembahan terbaik beliau. Satu-satunya wakil tunggal pemain negara di peringkat akhir, di tanahair sendiri. Stadium Perpaduan PetraJaya, Kuching yang dilihat meriah dengan sokongan peminat badminton pastinya lebih berganda-ganda meriahnya jika lebih ramai pemain negara yang beraksi di peringkat akhir.

"Sekalipun tewas dalam perlawanan akhir Terbuka Malaysia, perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei, sedia untuk kembali pada tahun hadapan bagi merampas kembali kejuaraan itu"- Sumber : stadiumastro.com

Sampai bila Chong Wei akan jadi satu-satunya sandaran dan harapan dalam arena badminton negara?
Bukan sudah tidak yakin atau meragui kemampuan beliau, tetapi tanggungjawab membawa nama negara sudah pasti menjadi lebih seronok dan meriah jika dapat dipikul bersama-sama dengan rakan sepasukan yang lain.

lee chong wei tewas kepada lin dan di badminton terbuka malaysia 2017


Sampai bila nak bersandar di bahu Lee Chong Wei?

😩

0 comments: