Mudahnya berurusan di KWSP!

Friday, April 07, 2017 Ana 0 Comments



Mudahnya berurusan di KWSP!



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Urusan e-Pengeluaran KWSP untuk ansuran pinjaman perumahan saya dah selesai pagi semalam!

Awal-awal pagi lagi saya dah bertolak ke pejabat KWSP cawangan Wangsa Melawati untuk pengesahan cap jari. Boleh dikatakan awal juga sebab pejabat KWSP pun masih belum dibuka lagi. Tempat letak kereta pun masih ada beberapa lagi yang kosong. Kelihatan beberapa orang keluar masuk dari pintu pejabat yang separa terbuka itu, mungkin keluar beli sarapan di restoran dan gerai di seberang jalan.



Lebih kurang 15 minit menunggu dalam kereta baru lah saya turun dan bergerak ke KWSP. Ingatkan saya lah yang paling awal rupa-rupanya di kaunter pertanyaan telah ada deretan orang ramai hendak mengambil nombor giliran. Bukan setakat dah ramai yang beratur ambil nombor giliran malah di kaunter urusan pun telah ada orang ramai yang sedang berurusan. Lebih daripada itu, bukan setakat dah ada pelanggan yang berurusan di kaunter urusan, tapi telah ada pelanggan yang sudah selesai berurusan di kaunter dan mulai menuju ke pintu keluar. Pantas sungguh berurusan sedangkan waktu pejabat di KWSP ini baru saja bermula!

"Saya datang nak buat pengesahan cap jari untuk e-Pengeluaran, Cik"

"Boleh bagi saya kad pengenalan Cik? Mesin nombor giliran kami rosak. Cik duduk dulu nanti kami panggil nama"

Bagus juga KWSP ini, masih teratur urusan pelanggan meskipun mesin nombor gilirannya rosak.

Belum sampai 5 saat saya duduk dan baru saja nak keluarkan handphone ambil gambar kaunter, terdengar nama saya dipanggil di kaunter 1.

Baca juga:
e-Pengeluaran KWSP : Lebih mudah dan cepat atau sebaliknya?


Selesai segala butiran saya diperiksa dalam sistem, imbas jari di mesin pengimbas, cap jari kanan dan kiri diambil dan pegawai di kaunter terangkan bila wang akan dikreditkan dalam akaun, maka urusan saya di KWSP untuk pengesahan e-Pengeluaran pun selesai. Salinan pengesahan permohonan pengeluaran diberikan sebagai rujukan. Tak sampai 5 minit pun duduk berurusan di kaunter.






Mudah kan e-Pengeluaran KWSP?

Cuma nak pesan, kalau setelah lebih daripada 5 hari anda buat permohonan secara online dan status permohonan masih tidak diketahui atau masih dalam proses, segera lah buat panggilan ke KWSP untuk tahu status terkini permohonan anda. Jangan jadi macam saya yang hanya tunggu dan tunggu hingga dah 10 hari menunggu baru nak telefon dan bertanyakan status.

Harap-harap urusan pengkreditan ke akaun (dalam tempoh 15 hari bekerja katanya) akan berjalan lancar!

😊😊😊

 

0 comments: