Peluru berpandu saja tak cukup!

Wednesday, April 05, 2017 Ana 0 Comments


Peluru berpandu saja tak cukup!


Assalamualaikum & salam sejahtera...

"Sekurang-kurangnya 60 individu termasuk 11 wanita dan 23 kanak-kanak terbunuh, dan kira-kira 200 yang lain mengalami sesak nafas, selepas pesawat rejim Syria melepaskan tembakan peluru berpandu dimuatkan dengan gas beracun di kejiranan al Shamali di bandar Khan Sheikhoun di bandar selatan Idlib" - Sumber : FB Aman Palestin

Tak tahu nak kata apa.

Hanya mampu terpaku tengok anak-anak Syria menghela nafas yang tersekat-sekat kesan gas sarin.

Hanya mampu melihat anak mata anak-anak yang tidak berdosa ini merenung jauh menahan sakit yang hanya Tuhan saja yang tahu.

Hanya mampu simpati melihat anak-anak yang terbujur kaku tewas di tangan gas beracun buatan manusia.

Hanya mampu mengutuk dan mengutuk dan mengutuk sikap tidak berperikemanusiaan tangan-tangan yang menjatuhkan bukan saja peluru berpandu tapi ditambah lagi dengan gas beracun yang menyeksa si mangsa.

Ya, mana cukup hanya setakat hantar peluru berpandu saja. Perlu ditambah lagi dengan gas beracun supaya 'sasaran' yang dikenalpasti menderita dan akhirnya mati!


Serangan gas beracun di idlib syria
Sumber : FB Ikram For Syria

Serangan gas beracun di idlib syria
Sumber : FB Ikram For Syria


Baca juga:
Omran Daqneesh, maafkan kami!
Selamat tinggal, Aleppo...
Sudah hilangkah rasa perikemanusiaan?
Jom bantu apa yang mampu!

Tak kira lah sama ada 'sasaran' yang dikenalpasti itu tepat atau tidak. Tak kira lah sama ada lokasi 'sasaran' yang dikenalpasti itu betul atau tidak. Apa yang pasti, apa yang dimahukan dan apa yang penting ialah jika tidak tepat sekali pun sasaran peluru berpandu itu, anggap saja ia sudah dapat memusnahkan 'sasaran' yang berbahaya itu!

Yang terbunuh ialah kanak-kanak? Yang terbunuh ialah wanita dan warga emas? Yang musnah ialah hospital dan rumah ibadat?

Itu semua tak penting dan tak perlu ambil tahu. Tutup sebelah mata (kedua-dua belah mata!) dan lancarkan saja peluru berpandu itu!

Serangan gas beracun di idlib syria
Sumber : FB Ikram For Syria

Ya, peluru berpandu saja tak cukup.
Apa lagi selepas ini?

😭😭😭


0 comments: