Terima kasih atlet Sukan Paralimpik Rio, anda memang luar biasa!

Thursday, September 22, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....


Setia menanti siaran langsung kepulangan wira dan wirawati Sukan Paralimpik Rio 2016 di tv petang tadi. Tak kelip mata dan tengok puas-puas wajah-wajah yang menjadikan hasrat rakyat Malaysia melihat Jalur Gemilang berkibar dan lagu Negaraku berkumandang di Rio tercapai.


pemenang pingat di sukan paralimpik rio 2016

ridzuan puzi yang sporting

ridzuan puzi

ridzuan puzi

ziyad zolkefli

abdul latif romly

siti nor radiah

siti iasah hampir menang pingat gangsa

ziyad zolkefli bersama tunang


ridzuan dan KJ

ridzuan dan KJ

ridzuan puzi, ziyad zolkefli, abdul latif romly, siti nor radiah

#kamiluarbiasa

Anda semua sangat luar biasa!

Menonton Astro Arena petang tadi, saya teringat kembali kata-kata wartawan, Fina Nasrom yang membuat liputan Sukan Paralimpik di Rio. Kata beliau, bila ditanyakan kepada atlet-atlet luar biasa ini apa kah yang ingin mereka capai atau sasaran mereka di Sukan Paralimpik, hanya satu saja jawapan mereka. Biasanya kita akan dengar jawapan 'saya akan cuba buat yang terbaik', 'saya sasarkan masuk ke separuh akhir' dan jawapan-jawapan klise yang lain kan. Tapi atlet-atlet luar biasa ini, sememangnya luar biasa. Jawapan mereka hanya satu.

'Saya mahu menang pingat emas!'

pingat emas sukan paralimpik rio 2016

Kekurangan pada diri mereka sebenarnya sudah tidak lagi menjadi kekurangan atau halangan, malah ia telah menjadi satu kelebihan buat mereka untuk berusaha lebih gigih capai matlamat pingat emas yang sangat bermakna buat seluruh rakyat Malaysia.

Tahniah!

Tahnniah juga buat pemenang pingat gangsa yang mana insentif nya telah dinaikkan daripada RM100,00 kepada RM200,000. Tahniah juga buat jurulatih yang menjadi tulang belakang kejayaan, turut menerima insentif sebanyak 30% daripada yang diterima pemenang pingat.

Sambutan kepulangan atlet kali ini lebih teratur berbanding atlet Sukan Olimpik yang lalu. Yang paling ditunggu-tunggu dan mencuri perhatian ialah Mohamad Ridzuan Puzi yang menang pingat emas acara 100 meter. Pada mata kasar saya, Ridzuan Puzi ini pelbagai karekter orangnya. Boleh buat saya kagum tengok dia memecut laju ke garisan penamat. Boleh buat saya tersengih tengok aksi cakar harimau beliau ketika di garisan mula dan setelah tamat larian, Boleh buat saya menangis terharu dan bangga tengok dia di podium dikalungkan pingat emas dan nyanyi lagu Negaraku!

Petang tadi sekali lagi menangis terharu tengok rakaman Ridzuan ditemuramah wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

ridzuan puzi insan hebat

ridzuan puzi insan hebat

ridzuan puzi sebak

ridzuan puzi insan hebat


ridzuan puzi dan coach


Sekalung tahniah dan penghargaan buat semua atlet paralimpik negara.

Anda memang luar biasa!


#kamiluarbiasa



0 comments: