Disaman kerana bayang-bayang...

Thursday, September 08, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera...

Disaman kerana bayang-bayang?

Kalau anda ada rancangan nak bercuti di Moscow, Rusia dan bersiar-siar di sana dengan pandu sendiri kereta yang disewa, maka cerita ini khas untuk anda.

Seorang pemandu di Rusia telah disaman kerana bayang-bayang keretanya didapati melebihi garis putih di bahu jalan. Pemandu tersebut telah menerima surat saman lengkap dengan bukti bergambar yang menunjukkan 'kesalahan jalanraya' yang dilakukannya itu!

Mengikut laporan berita tersebut, ini bukanlah pertama kali kes saman yang disebabkan kesilapan teknikal berlaku di Rusia, Sebelum ini, seorang pemandu juga telah disaman hanya kerana cahaya lampu keretanya melebihi garisan putih di tepi jalan.

Sumber : Utusan Malaysia 7 September 2016

Tertanya-tanya juga saya macam mana saman itu boleh dikeluarkan ya? Sistem pemantauan lalulintas yang pastinya sangat canggih sampai bayang-bayang kereta pun berkemungkinan dikesan sebagai kereta yang bergerak di atas bahu jalan. Walaupun pemandu dalam kes ini telah buat aduan kepada pihak polis yang kemudiannya janji akan mansuhkan saman tersebut, untuk elak kes kesilapan teknikal yang sama berulang, mungkin lebih selamat pandu di lorong tengah kalau berada di Moscow agaknya.



Satu lagi cerita di suratkhabar, masih lagi tentang saman. Tak tahu lah nak kata kesilapan teknikal juga atau apa.

Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun di Washington menerima surat saman daripada penguatkuasa majlis perbandaran kerana dituduh membuang sampah berhampiran rumahnya. Alasan yang diberikan oleh penguatkuasa ialah beliau menjumpai sampul surat yang tertera nama kanak-kanak berkenaan dan beg berisi sampah di lorong rumah kanak-kanak tersebut.


Sumber : Utusan Malaysia 7 September 2016


Logik atau tak logik keluarkan saman atas nama kanak-kanak berusia 2 tahun, itu semua belakang kira. Yang penting keluarkan saman. Ada bukti? Ada. Apa buktinya? Sampul surat ada nama seseorang, Tak kisah lah yang empunya nama itu orang dewasa atau kanak-kanak, yang penting, saman!

Mungkin juga ada cerita di sebalik saman itu, Mungkin tak sebelum ini ibu atau bapa kanak-kanak itu pernah disaman atas sebab yang sama dan masih mengulangi kesalahan tersebut? Maka kali ini disaman pula atas nama anaknya? Mungkin lah!


Dunia hari ini memang semakin hari semakin pelik. Tak cukup lagi agaknya dengan berita-berita peperangan, pembunuhan, rompak, ragut, dera, rasuah, kebuluran, perceraian, konflik keluarga, dadah, kos sara hidup naik, jerebu dan seribu satu lagi cerita yang dihidangkan kepada kita setiap hari. Kini ditambah pula dengan berita-berita pelik seperti dua cerita di atas.

Tapi tak apa lah kan. Berita pelik sebegini dapat juga buatkan kita sedikit ter 'hibur' dan tersengih baca suratkhabar setelah dahi berkerut-kerut membaca berita-berita serius di muka hadapan!




0 comments: