MySikap, MyJPJ dan lesen memandu yang tamat tempoh...

Wednesday, August 09, 2023 Ana 0 Comments


MYSIKAP, MYJPJ DAN LESEN MEMANDU YANG TAMAT TEMPOH...



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Khamis lepas masa saya tengah scroll - scroll Twitter sekali terbaca satu tweet pasal renew lesen memandu. Orang yang tweet tu kata sekarang dah mudah nak perbaharui lesen memandu, boleh buat secara online saja. Dan katanya sekarang dah tak perlu ada lesen memandu fizikal, cukup secara digital dalam aplikasi MyJPJ. Si penge 'tweet' kata dia siap renew lesen sampai 10 tahun terus! Wah, terkagum saya sekejap sebab saya paling lama pun renew lesen untuk 2 tahun saja. Sekali tiba-tiba saya panik sekejap. 

"Lesen saya hidup lagi ke??"

Kelam kabut cari lesen dalan beg dan apa yang di panik kan memang jadi kenyataan. Lesen memandu saya dah tamat tempoh! Dah 20 hari tamat tempoh 😮

Sebelum ini saya perbaharui lesen melalui MyeG atau pun di pejabat pos. Dah tamat tempoh sampai 20 hari ni boleh lagi ke renew di pejabat pos? Nak renew di MyeG nanti kena tunggu pula lesen di pos kan ke rumah. Sementara nak tunggu tu takkan nak memandu tanpa lesen. Fikir punya fikir akhirnya saya pun decide untuk renew secara online.

Mula-mula pergi ke laman web MySikap di link ini. Kat laman ini akan diminta kita masukkan Id Pengguna, kata laluan dan kod sekuriti. Puas juga saya fikir mana nak cari Id Pengguna tu. Rupa - rupanya Id Pengguna MySikap sama dengan id MyJPJ. 

MySikap



Dah login boleh terus ke tab bahagian Lesen Memandu. Kat situ ada semua maklumat pasal pemilik lesen memandu dan maklumat lesen memandu. Di bahagian lesen memandu itu akan dipaparkan gambar lesen memandu kita yang fizikal tu. Masa ni gambar lesen memandu saya dipaparkan penuh tapi bahagian muka saya keluar gambar muka separuh saja. Nampak muka sampai bahagian hidung saja 😅. Mula-mula saya ingatkan ada masalah internet slow sebab tu gambar keluar separuh. Tapi bila dah di refresh banyak kali pun sama juga masih keluar gambar muka separuh. Saya fikir mungkin itu masalah sistem di JPJ maka saya teruskan saja untuk renew lesen secara online. Apabila dah lengkap pembayaran untuk renew lesen dan dah dapat resit, saya pun cuba lah tengok di bahagian lesen samada maklumat tarikh sah lesen tu dah di update. 

Betul, maklumat tarikh sah lesen dah di update, tapi...........

Gambar muka saya masih keluar separuh saja!

Aduhai..

Saya check pula di MyJPJ. Sama. Keluar gambar muka separuh juga.

Lesen Memandu


Keesokan harinya saya berkira -kira samada nak pergi pejabat JPJ atau tidak untuk tanyakan pasal gambar muka separuh tu. Malas nak pergi sebenarnya 😅. Jadi saya telefon dulu MyGCC di talian 03-8000 8000 untuk maklumat lanjut.

"Hello, saya nak tanyalah kalau saya dah renew lesen memandu online kat MySikap kan, tapi keluar gambar muka separuh je, takpe ke? "

"Eh, tak mungkin Puan. Tak mungkin keluar separuh. Puan check tak di apps MyJPJ. Keluar gambar muka separuh juga ke?

"Sama"

"Eh tak mungkin Puan. Gambar tu dia ambil daripada rekod lesen lama Puan. Lesen memandu Puan yang lama yang fizikal tu gambar muka separuh ke?"

**Kelakar pula saya dengar soalan macam tu**

"Tak lah. Tapi takpe ke gambar separuh kat lesen digital ni?'

" Tak boleh Puan. Puan kena pergi check di pejabat JPJ. Kalau gambar separuh nanti kalau road block polis check tak boleh nak kenalpasti pemilik lesen ni Puan"

" Kalau saya pergi JPJ yang dekat UTC boleh ke?"

"Boleh Puan"

"Ok, terima kasih "

Maka petang itu juga saya ke JPJ di UTC Keramat. Lepas parking kereta, berpusing-pusing juga saya mencari JPJ, rupa-rupanya di bangunan sebelah, tak sama dengan blok tempat letak kereta. Sampai saja di JPJ, kena scan QR code untuk dapatkan nombor giliran.

JPJeQ


Boleh tahan ramai juga orang menunggu giliran pada petang hari Jumaat' tu. Tapi servisnya pantas dan tak terasa sangat lama menunggu.

"Encik, saya nak tanya kenapa gambar saya kat lesen digital ni keluar separuh je?"

Tak sampai 5 saat saya tanya soalan tu, terus settle masalah gambar keluar separuh. Pegawai tu panggil seorang lagi pegawai. Pegawai yang kedua tu letak jari kat mesin pengimbas cap jari (mungkin beliau saja yang ada akses tertentu dalam sistem), kemudian pegawai pertama tadi minta saya refresh semula MyJPJ.  Alhamdulillah, settle masalah keluar gambar muka separuh. Alang-alang dah ada di situ maka saya pun minta juga lah nak lesen memandu fizikal. Untuk itu saya kena print resit pembayaran online yang saya buat di MySikap (boleh print di kedai gambar yang ada di luar pejabat JPJ tu). Beri semula pada pegawai dan tunggu sekejap dalam 5 minit, dah siap! Baru lah senang hati ☺️

Kalau boleh, saya cadangkan sistem JPJ ada kebolehan untuk periksa lesen digital yang ada dalam sistem dan update mana-mana lesen yang ada masalah keluar gambar separuh macam saya. Jadi tak perlu lah pemilik lesen yang susah hati macam saya nak kena pergi ke pejabat JPJ untuk settle kan masalah macam ni. Sebab memang tujuan renew lesen secara online ialah supaya tak payah nak kena pergi JPJ kan. Bila dah jadi macam ni, online pun kena buat, pejabat JPJ pun kena pergi 🤨

Satu lagi yang jadi persoalan, kenapa kalau nak renew lesen memandu secara online kena renew di MySikap kemudian baru boleh tengok lesen digital yang dah renew tu di MyJPJ?. Lebih mudah jika sediakan saja kemudahan renew lesen memandu secara online tu di MyJPJ kan?

Lesen memandu anda macam mana? Masih sah atau dah tamat tempoh? Renew saja secara online!

0 comments:

PRU DUN Ke-15 : Undi lah dengan bijak!

Tuesday, August 01, 2023 Ana 0 Comments

PRU DUN KE-15 : UNDILAH DENGAN BIJAK!


Assalamualaikum & salam sejahtera...

"Mari lah mari..

Pergi mengundi..

Jangan lupa kewajipan, pada negara..."

Perang poster pilihanraya
Perang poster ketika PRU15 yang lalu


Musim pilihanraya datang lagi. Kali ini, rakyat di enam buah negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan turun mengundi pada Pilihanraya Umum Dewan Undangan Negeri ke 15 dan Pilihanraya Kecil di Kuala Terengganu.

Myspr semak
Semak kawasan mengundi anda di MySPR Semak 


Saya juga adalah bekas calon pilihanraya. Calon pilihanraya kerusi Parlimen? Bukan. Calon pilihanraya kerusi dewan undangan negeri? Bukan. 

Saya bekas calon pilihanraya pemilihan pengawas sekolah menengah je 😅.

Jadi calon pilihanraya pemilihan pengawas sekolah menengah pun saya dah nervous sebab saya bukanlah orangnya yang suka berada di hadapan. Saya suka bekerja di belakang tabir saja. Maka bila satu hari tu saya antara salah seorang yang dipanggil ke pejabat guru besar dan diberitahu akan jadi calon pengawas, mula lah saya susah hati. 

Cikgu-cikgu pula buat 'kejutan' keesokan harinya ketika waktu perhimpunan di dewan sekolah 

" Semua calon pengawas, sila naik ke pentas sekarang.  Sila perkenalkan diri anda pada semua pelajar untuk mudahkan pelajar mengundi anda sebagai pengawas nanti"

Aduhai. Memang tak ready betul waktu itu. Ada calon pengawas yang lain siap berkempen 'Undilah saya!' dan ada 'janji-janji' atau manifesto yang akan ditunaikan kalau mereka terpilih sebagai pengawas. Saya? Apa yang terkeluar dari mulut saya hanyalah nama dan dari kelas mana. Siap dengan blushing mula merah sebab saya memang sejenis tak berani nak bercakap depan orang ramai.☺️

Kempen pilihanraya pemilihan pengawas meriah juga dengan ada banner calon ditampal di kawasan sekitar sekolah. Semua itu adalah usaha setiap calon pengawas itu sendiri. Bagi calon yang aktif dalam aktiviti di sekolah maka kempennya lebih mudah sebab dah popular dan dikenali di kalangan pelajar. Dipendekkan cerita, semua pelajar selesai mengundi dear dewan sekolah dan bila keputusan pemilihan pengawas keluar, saya bukanlah salah seorang di antaranya.

"Eh, awak tak terpilih jadi pengawas?"

"Tak cikgu. Saya tak cukup popular cikgu" 😊 

 Itu jawapan saya bila ada 2,3  cikgu yang confident ingatkan saya salah seorang yang 'menang' dalam pilihanraya pemilihan pengawas sekolah. Saya lega sebenarnya tak terpilih sebab ramai lagi yang lebih layak dan ada 'tokoh' untuk jadi pengawas.

Tapi kan, memang betul pun popular itu penting dalam pilihanraya.

Popular dan dikenali ramai memang jadi bonus untuk seseorang calon pilihanraya. Tambahan bonus kalau calon itu popular dan bijak dan ada ketokohan dan ciri-ciri seorang pemimpin. Maka tak susah sangat rakyat di kawasan itu untuk buat pilihan ketika mengundi. 

Tapi itu kalau rakyat lihat pada kepimpinan seseorang. Kalau rakyat mengundi hanya berdasarkan parti semata-mata, susah juga. Hebat macam mana sekali pun calon lawan, kalau dah memang taat setia jiwa dan raga pada parti, maka sekalipun calon parti sendiri banyak kekurangan, tetap juga akan dipangkah calon tersebut di kertas undi nanti. Apa saja atau siapa saja yang jadi calon, asalkan daripada parti yang 'dianuti' , dia lah yang akan diundi. Maka agak menyedihkan jika hanya disebabkan semangat kepartian yang kuat, masa depan kawasan yang jadi taruhan. 

Yang dirisaukan juga adalah jika calon yang dipilih hanyalah calon tangkap muat atau bidan terjun. Tiada pengalaman hatta sebulan atau dua bulan pun di lapangan politik mahu pun turun padang untuk aktiviti dalam komuniti. Maka timbullah janji-janji atau manifesto yang pelik atau tak kena dengan keperluan rakyat di kawasan yang ditandingi. Sebut pasal manifesto teringat pula kata-kata seorang calon pilihanraya yang juga seorang pemain bola sepak yang bertanding PRN kali ini apabila ditanyakan tentang manifesto beliau.

"Ya, saya memang ada manifesto sendiri. Tapi manifesto itu akan terjadi apabila kemenangan berpihak kepada saya"

"Ok, antaranya apa dia, mungkin boleh share sikit?"

"Kena undi dulu baru boleh bagitahu"

"Oh, surprise??"

" Ha, surprise. Memang benda ini akan berlaku satu kejutan "

(🤔 Semasa pemilihan pengawas sekolah pun kami tahu yang manifesto itu ialah janji-janji yang dicanangkan semasa berkempen, sebelum mengundi. Tujuan nya kan nak menarik pengundi . Bukan bagitahu manifesto lepas mengundi ya, dan bukan juga satu surprise 😅)

Sedikit terkejut juga sebenarnya bila dapat tahu beliau bertanding di pilihanraya ini. Saya salah seorang yang suka cara beliau bermain bola sepak yang pada pandangan saya sangat tenang dan berbakat, hebat dalam menjaringkan gol dari luar kotak penalti dan gol hasil sepakan percuma. Yang paling saya ingat terutamanya jaringan kemenangan sepakan penalti beliau di Sukan Sea ke-26 pada tahun 2011. Memang satu kejutan dan sungguh tak sangka kemunculan beliau sebagai calon dalam PRN ini.  Betullah kata pepatah, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Semoga rakyat di kawasan Gurun membuat pilihan yang bijak di PRN nanti.

Apa-apa pun, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, mari kita sama-sama turun mengundi pada 12 Ogos 2023 (dan 8 Ogos untuk undi awal) nanti. Kita sebagai 'majikan' , maka pilihlah 'pekerja' yang mampu bekerja untuk kita!

Undi anda penentu masa depan negara...

0 comments:

Peniaga yang ramah atau peniaga yang berkira?

Sunday, July 30, 2023 Ana 0 Comments

PENIAGA YANG RAMAH ATAU PENIAGA YANG BERKIRA?

 Assalamualaikum & salam sejahtera...

" Makan pun nak berkira ke! Hoi, makan pun nak berkira ke!!"

Terkejut saya dengar suara menjerit kuat macam tu. Terus saja mata mencari tuan punya suara yang menjerit. Nampak tak berapa jauh daripada Friends Pharmacy Setiawangsa yang saya tuju, ada di depan CIMB seorang pakcik menjual putu mayam tak habis lagi menjerit marah kan seseorang. Daripada apa yang saya nampak, pakcik itu sedang menjerit pada seorang wanita yang sedang pandu kereta perlahan meninggalkan pakcik itu. Dan Ada seorang lelaki sedang masuk ke dalam kereta itu sambil mengangkat tangan ke arah pakcik yang marah-marah itu.

Tak pasti apa yang buat kan pakcik itu menjerit marah.

Mungkin wanita itu minta diskaun putu mayam yang dibelinya?

Mungkin ke wanita itu cakap kat pakcik itu putu mayam nya mahal?

Tak pasti. Tak pasti jangan kongsi 😅

Susah juga kan jadi penjual. Dalam nak jaga hati pembeli, mungkin ada kalanya hati sendiri terpaksa dikorbankan. Dan mungkin ada masanya 'meletup' macam pakcik jual putu mayam itu. 

Saya ada terbaca banyak kisah mengenai pengalaman pembeli dan penjual makanan yang pelbagai cerita nya. Yang pasti, ada beberapa ciri penjual yang disukai oleh kebanyakan pembeli dan buatkan pembeli datang membeli lagi dan lagi dan lagi.

Peniaga yang ramah


1. Kenal dan mesra dengan pembeli

- Bina hubungan dengan pembeli terutamanya pembeli atau pelanggan tetap. Sebagai penjual kalau kita tahu dan ingat nama pelanggan lebih mudah untuk berinteraksi. Tahu dan ingat apa yang selalu pelanggan beli juga boleh buat pelanggan itu rasa dihargai selain mudah untuk kita cadangkan produk-produk kita yang lain.

"Lama tak nampak kak. Macam biasa ke kak, lontong sambal asing? Nak tambah bergedil kan kak? 

Ha, itu dialog penjual kedai makan dekat Kedai Makan Kak Nana dekat rumah saya. Walaupun kadang-kadang itu ada juga 2,3 bulan saya tak ke kedainya, dia masih ingat dengan saya dan apa yang selalu saya beli. Yang paling saya kagum ialah masa zaman covid, hampir setahun juga lah tak pergi kedai beliau tapi masih juga beliau ingat kenal saya walaupun pakai mask. Bagus!


2. Guna bahan yang berkualiti untuk produk anda

- Setiap kali Hari Raya saya pasti akan beli jem tart daripada penjual kuih yang sama, walaupun harganya setiap tahun naik daripada tahun yang sebelumnya. Tahun 2021 harga sebalang jem tart ialah kalau tak silap RM43. Tahun yang 2022 naik kepada RM45. Tahun ini naik lagi jadi RM48.; Mengeluh juga lah sebab naik sampai RM3: terus. Tapi saya tetap jadi pelanggan Setia sebab apa? 

"Saya buat jem tart ni tak guna marjerin kak. Guna butter yang mahal tu. Jem nya pun ni ha laki saya ni yang parut nanas dan masak jem sendiri. Satu hari sampai 20 biji nanas kak!"

Memang bukan cakap kosong. Jem tart tu sedap sungguh. Masuk mulut rasa macam terus cair di mulut. Jem nya pun secukup rasa manisnya. Disebabkan kesedapannya, jem tart tu memang sentiasa ada permintaan daripada pelanggan, bukan hanya pada Hari Raya, tapi hari biasa pun orang suka makan!

3. Tak berkira dengan pelanggan

- "Sotong ni sepotong RM5 ya. Maklumlah Sotong sekarang kan mahal. Adik nak berapa? Paling sikit akak jual RM10. Kalau kurang dari RM10 akak tak jual. Sotong mahal sekarang ni. Lebih dari RM10 akak boleh bungkuskan. Kalau RM tak dapat lah dik"

Itu dialog masa saya mencari sambal tumis sotong di bazar Ramadan yang lepas. Berulang kali disebut oleh makcik tu sotong mahal, sotong mahal. Disebabkan teringin, saya beli juga lah sampai 5 keping tapi lepas tu menyesal sebab pedas benar sambalnya. Sebelum itu dah puas juga saya jalan dari hujung ke hujung bazar tapi memang itu lah satu-satunya gerai yang ada jual sambal tumis sotong. Itu yang akhirnya beli juga dalam terpaksa rela. Saya terfikir juga macam mana kalau ada orang lain yang teringin sambal tumis sotong itu tapi hanya ada RM5 dalam tangan? Sampai hati ke makcik tu tak nak jual sambal tumis sotong RM5?

Anda ada pengalaman yang best atau tak best dengan mana-mana penjual? Kongsikan pengalaman anda di sini!



0 comments:

Kucing oh kucing!

Tuesday, July 18, 2023 Ana 0 Comments

KUCING OH KUCING!

 Assalamualaikum & salam sejahtera....

Anda pencinta kucing? Anda ada pelihara kucing di rumah? 🐾🐱

Tak dinafikan kucing atau si bulus ini memang ramai peminat nya. Tengok saja rupa comel dan keletah manjanya mesti ramai yang geram kan.  Jadi tak hairanlah jika kucing adalah antara top five haiwan peliharaan di seluruh dunia.

Kucing membuang merata-rata


Tapi kan, walaupun ramai yang minat dengan si bulus ni, saya bukanlah salah seorang di antaranya. Sekadar suka tengok video-video comel aksi si kucing boleh lah. Nak pegang atau usap memang tak berani. Kalau tengah drive tiba-tiba lalu kat jalan yang ada kucing tengah 'duduk berehat' betul-betul di tengah jalan, memang masalah problem bagi saya. Nak angkat letak tepi tak berani. Nak halau ke tepi jalan sekadar 'shoo shoo' je lah yang saya mampu, itu pun kucing tu buat 'dek' je buat tak tau. 

Masalah saya yang paling besar sekali dengan kucing ialah kucing jiran saya sukaaaaaa sangat membuang di laman rumah saya. Dah satu kerja pula nak kena periksa ada tak bahan buangan kucing di laman setiap pagi.  Bukan setakat membuang atas tanah. Dalam pasu bunga, atas lantai malah atas pokok serai pun jadi tempat kucing membuang. Ya, atas pokok serai. Memang sakit hati betul bila satu pagi tu saya nampak pokok serai saya 'terkepak/terkangkang' dan antara daun-daun serai tu ada najis kucing yang cair! 😡😡😡

Baca juga:

Macam-macam cara dah saya cuba usahakan untuk elak kucing membuang di laman rumah. Saya pacak kan daun nanas yang tajam tu dalam pasu. Esok pagi nya tengok-tengok ada najis kucing di sebelah daun nanas. Saya cucukkan atas tanah serpihan pasu yang pecah. Esok pagi nya tengok-tengok ada najis kucing di atas serpihan pasu tu. Pasal petua air sirap tu memang tak jalan dah. Kucing tak kisah pun ada botol isi air sirap. Di sebelah botol tu lah tempat dia membuang.

Tak boleh jadi ni. 

Disebabkan tak sanggup dah setiap hari nak kena buang najis kucing, akhirnya saya pun mengadu pada tuan punya kucing. Sebenarnya sebelum ini saya tak mengadu sebab tak pasti kucing yang mana satu. Setelah satu hari saya nampak dengan mata kepala sendiri kucing tu tengah membuang maka saya pun mengadu lah pada pemilik nya.

"Minta maaf ya sebab menyusahkan. Awak ada penyapu lidi tak? Cuba cucuk penyapu lidi tu kat tanah, nanti tak dapat lah kucing tu membuang kat situ"

Begitulah respon si pemilik kucing bila saya adu kan pasal kucing nya. Ok. Saya pun cuba lah macam yang dicadangkan. Tak jalan juga. Tempat yang dicucuk lidi memang lah tak ada najis, tapi tempat lain pula yang jadi sasaran. Di rumah saya ada lebih kurang 50 pasu bunga, tak kan nak kena cucuk lidi dalam semua pasu tu 🤔.Pasu di rumah saya semuanya saya biarkan serabut di dalamnya dengan daun-daun dengan harapan kucing tak akan membuang dalam pasu yang penuh dengan 'sampah sarap' daun Tu.

"Minta maaf banyak-banyak lah sebab menyusahkan. Nampaknya saya kena kurung lah kucing tu. Sorry sekali lagi ya"

Aman hidup saya selama 3 hari. Hari ke-4 petang tu saya nampak kucing tu merayau di luar rumah. Aik,  dah tak kena kurung ke? Mula lah saya saspen macam mana ni? Pagi esok akan bermula balik ke tugas saya membersihkan najis kucing?

Ya betul. Pagi esok nya dah ada balik hasil buangan kucing tu di dalam pasu.😡

"Aduhai, dia membuang lagi ke? Masa saya kurung kat rumah elok je dia membuang dalam pasir"

🤔 Saya keliru kejap. Apa kaitan membuang dalam pasir dengan membuang merata di rumah orang? Macam dua benda yang berbeza kan? Ke maksudnya saya kena sediakan pula pasir di rumah saya untuk kucing jiran tu membuang? Takkan lah kot!

Akhirnya jiran saya si pemilik kucing belikan kami spray untuk halau kucing. Cat repellent. Busuk baunya. Saya pun sebenarnya pernah beli cat repellent ni dulu. Jadi satu kerja pula lah nak kena spray hari-hari. Kalau terlupa spray 2,3 hari memang besar kemungkinan ada lah hasil buangan kucing tu nanti. Spray tu pun nak kena beli boleh tahan harganya sebotol lebih daripada RM20.

Saya ada terbaca satu sharing mengenai kucing yang membuang merata-rata si pemilik nya boleh dikenakan denda sebanyak RM1000. Ini kerana tindakan kucing itu dikira sebagai kacau ganggu dan pihak berkuasa tempatan boleh ambil tindakan sekiranya mendapat aduan. Boleh rujuk kepada Akta 171 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Seksyen 81.



🤔Hmmm...perlu ke saya buat aduan? Susah kan. Dalam dilema. Nanti disebabkan kucing seekor, dengan jiran tak bertegur sapa. Jadi, bertahan dan bertabah saja lah buang najis kucing yang ada...😭



0 comments:

Tips mudah untuk rumah nampak kemas selalu!

Tuesday, July 18, 2023 Ana 0 Comments

TIPS MUDAH UNTUK RUMAH NAMPAK KEMAS SELALU!


Assalamualaikum & salam sejahtera...

Kemas lah rumah anda supaya rumah anda sentiasa 'guest ready' iaitu sentiasa sedia untuk terima tetamu.

Pernah tak anda rasa sangat terinspirasi atau termotivasi sampai terus bangun dari mimpi yang lena dari duduk dan buat sesuatu? Saya pernah tonton satu segmen idea deko dalam rancangan 'Nona' di TV3 yang mana deko rumah tu sangat-sangat simple tapi cantik dan kemas. Sangat kemas sampai tak berkelip mata saya menengoknya dan habis saja segmen tu terus saya bangun dan mula mengemas rumah!

Tips rumah kemas


Antara tips utama tuan rumah yang kemas dan menarik itu ialah pastikan semua barang tersimpan kemas. Jangan ada satu barang pun yang terbiar kat mana-mana ruang. Walau sebiji gelas atas meja sekali pun. Dengar macam tips yang mudah saja kan? Tapi kalau anda cuba praktikkan tips mudah ini memang hasilnya buatkan rumah anda nampak kemas. 

Tips kedua ialah pastikan barang hiasan yang dibeli bukan semata-mata untuk hiasan. Setiap barang mesti ada fungsinya. Yang ni saya tak tau nak cerita macam mana 😅 tapi rumah pemilik tu memang tak banyak barang hiasan. Mungkin contohnya kotak cantik macam barang hiasan tapi pada masa yang sama boleh simpan barang.

Antara yang menarik di rumah tuan rumah itu ialah bahagian dapurnya. Di dapurnya yang kelihatan hanya kerusi dan meja makan serta kabinet dengan pinggan mangkuk. Nampak kemas dan tersusun. Kat dapurnya ada satu pintu gelongsor/sliding macam almari yang besar. Saya ingat itu bahagian stor atau tempat letak alat-alat dapur macam periuk dan kuali. Bila tuan rumah itu buka saja pintu besar tersebut rupa-rupanya itu bahagian dapur untuk memasak. Memang idea yang bijak sangat sebab dengan tertutupnya pintu sliding itu membuatkan ruang dapur nampak sangat kemas. 

Tips seterusnya ialah clean as you go. Maksudnya jangan biarkan kerja-kerja rumah bertangguh. Contohnya, bila nak masuk rumah buka kasut terus simpan dalam tempat letak kasut. Lepas habis makan terus basuh pinggan jangan tunggu penuh pinggan mangkuk dalam sink baru basuh. Lepas habis masak, terus kemas dapur. Lepas lipat kain terus simpan dalam almari. Lepas habis tonton TV, simpan remote TV, kemas cushion kalau bersepah dan apa-apa bekas makanan yang anda makan masa tonton TV. Secara ringkasnya, kemas terus apa yang patut dikemas, jangan bertangguh. Maka rumah akan sentiasa kemas dan kita akan sentiasa ready kalau ada tetamu nak datang.


Akhir sekali, gunakan idea 'satu masuk, satu keluar'. Maksudnya kalau kita ada beli perabot baru untuk ruang tamu contohnya, maka cuba cari kalau ada perabot lama yang boleh kita sedeqah/simpan/buang. Ini dapat elakkan ruang tamu jadi penuh dengan barang Dan sempit. Ruang jadi lapang hati pun senang!

Mudah saja kan tips untuk rumah sentiasa kemas dan tersusun. Apa-apa pun yang penting ialah kena rajin dan konsisten jadikan tips-tips mudah ini satu habit barulah rasa tenang, lapang dan seronok je nak duduk di rumah selalu 😊

0 comments:

Elak hidup dalam ketakutan : Kenali ciri-ciri seorang stalker

Monday, July 17, 2023 Ana 0 Comments

ELAK HIDUP DALAM KETAKUTAN : KENALI CIRI-CIRI SEORANG STALKER


Assalamualaikum & salam sejahtera....


Seram.

Seram bila baca tweet pasal seorang wanita yang kena stalk/hendap tu. Itu baru baca. Tak dapat bayangkan macam mana beliau boleh hadap masalah tu sampai 8 tahun. Dan tak dapat bayangkan juga kenapa sampai 8 tahun beliau kena tanggung masalah itu sehingga buat saya tertanya-tanya perlu serius macam mana kes stalking ni baru akan ada tindakan yang pantas daripada pihak berkuasa. Nak kata tak ada bukti, jelas panjang berjela segala bukti ada di tangan si mangsa. Nak kata tak boleh ambil tindakan sebab Seksyen 507A (**Seksyen 507A menyatakan aktiviti menghendap secara online atau fizikal dan juga aktiviti penjejakan/tracking adalah satu kesalahan. Ini termasuk tracking menggunakan alat seperti kamera tersembunyi atau GPS) baru saja diluluskan pada April 2023 maka sebelum tu tak ada tindakan yang boleh dibuat, biar betul. Sangat tak adil pada si mangsa yang trauma dan hilang kebebasan dalam hidup manakala si pelaku stalker lepas bebas dengan perbuatan gilanya. 😡

(**Pindaan RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 bertujuan memasukkan seksyen baharu 507A ke dalam Akta 574 untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan menghendap, termasuk perbuatan yang dianggap sebagai kesalahan dan mengadakan peruntukan hukuman iaitu penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.**)

Selepas kes tersebut viral, maka ramai yang turut muncul menceritakan pengalaman masing-masing. Ada yang kata isterinya di stalk sehingga tahap ada sentuhan fizikal yang mencederakan. Ada yang cerita di stalk dan dah buat laporan polis tapi tak ada tindakan lanjut yang dibuat. Kes stalker ini tak mengira jantina lelaki atau perempuan. Saya pernah terbaca seorang lelaki yang turut jadi mangsa stalker si perempuan yang sangat taksub dengan lelaki tersebut. Taksub hingga tahu di mana lelaki itu bekerja tinggal. Datang ke tempat kerja hendak berjumpa. Taksub hingga merasakan beliau lah jodoh lelaki itu hingga semua mesej WhatsApp si stalker seperti beranga-angan akan kahwin dengan si mangsa tak lama lagi. Lelaki itu terpaksa men viral kan si stalker untuk elakkan sebarang masalah kerana beliau akan berkahwin dengan tunangnya tidak lama lagi.

Stalker atau penguntit dalam Bahasa Melayu ialah individu yang terlibat dalam satu corak tingkah laku yang tak diingini dan obsesif dengan tujuan untuk menganggu atau menimbulkan ketakutan kepada orang lain. Stalker boleh jadi orang asing, kenalan bekas pasangan atau pun ahli keluarga kepada si mangsa. Motif stalker adalah pelbagai termasuk lah balas dendam, mendapatkan kuasa dan kawalan atau persepsi yang salah mengenai cinta atau perhubungan.

Apa ciri-ciri stalker yang perlu kita semua tahu supaya tak jadi mangsa dan hidup dalam ketakutan? Antara ciri-ciri stalker menurut Dr Google ialah:


1. Obsesi

- Stalker akan menjadi obses dengan si mangsa dan akan mengambil tahu semua perkara berkaitan dengan mangsa seperti kehidupan peribadi, rutin harian dan aktiviti mangsa. Stalker 'tenggelam' dalam dunianya sendiri dan kehidupan mangsa nya menjadi fokus utama dalam pemikiran si stalker. Apa saja akan dilakukan untuk dapat maklumat mangsa termasuk melalui penipuan dan penyamaran. Dalam kes lelaki yang di stalk oleh perempuan yang saya ceritakan di atas, perempuan tersebut menyamar sebagai seseorang dari syarikat penerbitan. Beliau menghubungi mangsa (lelaki itu kalau tak silap saya ialah seorang penulis) melalui whatsapp dan menyatakan ada orang nak sponsor gajet untuk tujuan penulisan lelaki tersebut. Maka dia perlukan alamat rumah atau pejabat lelaki itu. Disebabkan lelaki itu memang pernah dapat sponsor sebelum ini maka tanpa ragu-ragu terus diberinya alamat pejabat. Bermula daripada situ lah stalker perempuan itu kerap mengganggu lelaki tersebut di pejabat.


2. Usaha untuk dekati mangsa secara berterusan.

- Stalker akan terus menerus berusaha untuk mengejar mangsa menggunakan pelbagai cara untuk mengawasi pergerakan mangsa dengan tujuan untuk mendekati mangsa. Mangsa mungkin akan dihujani dengan panggil telefon, mesej teks, emel atau stalker hadir sendiri secara fizikal dekat dengan mangsa di tempat tinggal, pejabat atau mana-mana tempat si mangsa sedang melakukan aktiviti.



3. Pencerobohan privasi

- Stalker akan menceroboh privasi mangsa dengan mengumpul maklumat peribadi mangsa melalui atas talian, media social atau dengan mengekori mangsa secara langsung. 


4. Cuba mendapatkan perhatian mangsa.

- Stalker akan cuba mendapatkan perhatian mangsa dengan cara menghantar mesej, hadiah, surat yang tak diingini dan akan cuba untuk melibatkan diri dalam aktiviti sosial mangsa.


5. Permainan emosi

- Stalker bijak memanipulasi emosi mangsa untuk membolehkan mereka mempunyai kawalan ke atas mangsa. Contohnya menimbulkan rasa bersalah atau guilt tripping terhadap mangsa. Stalker akan menggunakan kisah-kisah silam mangsa (yang mungkin diperolehinya daripada pencerobohan privasi mangsa) untuk menimbulkan keraguan atau kekesalan dalam diri mangsa dan sekaligus membolehkan stalker mendapat ruang untuk memperalatkan kelemahan mangsa.


6. Susah terima penolakan (rejection)

- Seorang stalker mungkin juga individu yang sukar menerima pengakhiran sesuatu hubungan. Sukar untuk melupakan membuatkan stalker menganggap penolakan atau penjarakan (distancing) mangsa dari dirinya adalah satu bentuk serangan peribadi. Maka stalking adalah satu cara baginya untuk membalas dendam.

Kalau anda rasa anda dihendap, segera lah buat laporan kepada pihak berkuasa untuk elakkan masalah yang lebih serius. Kalau anda tahu ada ahli keluarga, saudara mara atau kenalan anda yang mungkin ada ciri-ciri seorang penghendap, dapatkan bantuan segera daripada mereka yang pakar. 

Menghendap adalah satu kesalahan yang serius. Penghendap mahu pun mangsa hendap, kedua-dua nya perlu dibantu. Kita semua pasti tak mahu satu hari nanti tersiar berita kes hendap yang serius sehingga melibatkan kehilangan nyawa. 

Nauzubillahi min zalik..


0 comments:

Sedapnya churros Mr Churros!

Wednesday, July 05, 2023 Ana 0 Comments

SEDAPNYA CHURROS MR CHURROS!


Assalamualaikum & salam sejahtera...

Petang tadi saya cuba churros dari Mr Churros. Sedap juga rasanya. Macam tag line nya. Rangup di luar, lembut di dalam.


Churros


Mr Churros

Saya pertama kali makan churros ketika bercuti di Perth tahun 2015 yang lalu. Lama sangat dah. Nama kedai tu San Churro Chocolateria di Northbridge kalau tak silap. Memang masa tu bila nampak churros terus teringat kan cakoi.

San Churro Northbridge

San Churro Chocolateria


Orang kata senang saja nak buat churros ni. Hanya perlu ada air, susu, butter, gula, garam, tepung gandum, esen vanilla dan telur dah boleh buat sendiri churros ni. Tapi bagi saya lagi senang kalau saya beli je churros di kedai hehehe 😅. Lepas first time rasa churros di Perth terus bila balik Malaysia cuba juga cari churros yang sedap tapi tak tahu kenapa kebanyakan churros yang saya cuba tak berapa berkenan di hati. Bila makan tepungnya rasa cepat muak. Jadi masa saya beli churros dari Mr Churros ni, saya pun jangka kan rasa muak yang sama. Sekali, jangkaan saya meleset teruk. Sedap rupanya Mr Churros ni! 

Satu set churros (satu set ada 8 churros) beserta satu pilihan dipping berharga RM7. Antara pilihan dipping yang ada ialah Milk Chocolate, Dark Chocolate dan Caramel. Anda juga boleh pilih sama ada diletakkan sedikit taburan gula+ cinnamon pada churros atau tidak. Kalau nak extra dipping, boleh dapatkan dengan harga RM2 setiap satu.

Mr Churros dipping

Mr Churros


Mr Churros ni ada banyak cawangan rupanya. Antaranya di Bandar Sri Putra, Bangi (Seksyen 3,7 &9), Bazar Uniten, Putrajaya, Alor Gajah Kuala Lipis, Setiawangsa, Bandar Baru Uda, Bandar Baru Nilai, Bertam, Datuk Keramat, Bandar Sri Permaisuri, Sri Gombak, Sri Rampai, Setia Alam, Cyberjaya, Danau Kota Dan beberapa lagi cawangan yang anda boleh check di laman web rasminya https://mrchurros.com.my/. Saya beli petang tadi di Setiawangsa. Mudah saja nak cari sebab booth nya di luar Aeon Mall Setiawangsa, sebelum atau selepas sampai (bergantung anda datang dari arah mana) di laluan masuk ke tempat letak kereta Aeon Mall. Boleh juga pesan dari Foodpanda atau Grab tapi faham-faham sajalah boleh tahan juga jauh beza harganya dengan beli sendiri terus di kedai. Masa saya beli petang tadi, tak putus-putus orang datang membeli walaupun ketika itu hujan lebat. Ramai juga peminat Mr Churros ni rupa-rupanya.

Rasa churros daripada Mr Churros memang seperti apa yang di tagline kan. Rangup di luar lembut di dalam. Makan Mr Churros ketika churros masih panas dan cicah dengan milk chocolate atau dark chocolate ketika cuaca hujan petang tadi memang nikmat sungguh rasanya. Walaupun dah sejuk, churros Mr Churros ini tak lembik dan masih sedap lagi dimakan. Tapi kan, sebenarnya tanpa sebarang dipping pun Mr Churros ni sedap dimakan begitu saja!

Sekarang ni pun dah ada macam-macam jenis churros. Churros ada filling lah, churros dengan aiskrim lah dan banyak lagi. Jadi jika anda suka makan cakoi untuk minum petang, apa kata cuba pula bertukar selera kepada churros. Churros daripada Mr Churros, sekali cuba pasti nak lagi!


0 comments:

Kenapa perlu pergi haji di usia muda?

Tuesday, June 27, 2023 Ana 0 Comments

KENAPA PERLU PERGI HAJI DI USIA MUDA?


Assalamualaikum & salam sejahtera...

Selamat berpuasa kepada semua yang berpuasa Tarwiyah pada hari ini. Semoga amalan kita semua diterima oleh Yang Maha Esa..

Memperbanyakkan amal soleh pada 10 hari terawal bulan Zulhijjah adalah sangat digalakkan kerana 10 hari terawal ini merupakan hari-hari yang paling dicintai oleh Allah SWT bagi orang yang melakukan amal soleh padanya. Bagi kita yang tak berpeluang menunaikan haji pada tahun ini, jom rebut peluang untuk berpuasa sunat pada hari Tarwiyah dan Arafah. Jom Kita!

Khemah di Mina


Sebut pasal tak berpeluang menunaikan haji tahun ini, tak apa, banyakkan sabar dan berdoa, InsyaAllah ada rezeki juga untuk jadi tetamu Allah satu hari nanti.  Selain berdoa, usaha pun kena ada juga ya. Dah mendaftar atau belum di Tabung Haji untuk dapatkan giliran tunaikan haji? Untuk info, jika anda mendaftar tahun ini di Tabung Haji, maka tempoh menunggu giliran haji adalah selama 148 tahun. 😭. Setakat tahun ini sudah ada 3.8 juta pendeposit Tabung Haji sudah mendaftar dan menunggu giliran untuk tunaikan haji.

"Lamanyaaaaaa nak kena tunggu!"

Lama tak lama itu di luar kawalan Kita. Apa yang penting, pastikan kita dah daftar dahulu. Jika ada niat dan kesungguhan, pasti akan dimudahkan jalannya. Teringat saya kisah Ustazah Norhafizah Musa ketika ceritakan yang beliau berpeluang untuk tunaikan haji sebab anak saudaranya (kalau tak silap) menang tilawah AlQuran maka berpeluang membawa bersama beberapa ahli keluarga untuk tunaikan haji. Kalau ikutkan bukan giliran Ustazah lagi untuk tunaikan haji tahun itu.  Jadi jangan putus asa bila lihat tempoh menunggu giliran yang lama. Kita dapat menjadi tetamu Allah atas jemputan-Nya. Bukan sebab duit simpanan dah cukup atau giliran dah tiba. Ada saja orang yang dah cukup simpanan tapi tak dapat pergi ke Tanah Suci di saat akhir kerana masalah kesihatan. Ada saja orang yang dah sampai gilirannya untuk tunaikan haji tapi tak dapat pergi kerana masalah tertentu. Yang penting ialah usaha, doa dan tawakal. InsyaAllah akan dipermudahkan jalannya!

Baca juga:
Cerita haji saya dan emak...
Cerita Haji : Pengalaman di Arafah dan Muzdalifah
Boleh ke pergi haji lebih awal dari yang dijangka?
Cerita Haji : Ujian berkaki ayam dari Masjidil Haram ke hotel....

"Ala, takpe la, kita ni muda lagi, banyak masa lagi boleh pergi haji. Nanti-nanti lah daftar!

Masa muda ini lah masa yang terbaik untuk tunaikan haji. Ibadah haji sebenarnya lebih kepada aktiviti fizikal seperti tawaf, saei, bermalam, wukuf dan melontar. Mungkin tawaf dan saei kini sudah semakin mudah dengan ada nya scooter, wheelchair malah 'buggy', tapi tak sama perasaannya dengan berjalan kaki sendiri mengelilingi Kaabah. Berwukuf sudah pastinya memerlukan kesihatan yang baik kerana perlu berkumpul bersama jutaan jemaah haji di seluruh dunia. Beratur lama dan panjang tunggu giliran nak masuk tandas di Mina pun perlu kesihatan yang baik ya 😊 Melontar jamrah ketika saya tunaikan haji dulu perlu berjalan sejauh 3 km pergi dan balik.  Salah seorang daripada teman sebilik saya dan emak ketika tunaikan haji dulu ialah seorang nenek berusia 80-an. Walaupun dah berusia, nenek itu lah yang paling awal di antara kami keluar dari hotel menuju ke Masjidil Haram untuk solat Subuh. Pukul 2 pagi dah bersiap dan cergas melangkah seorang diri ke masjid! Tapi kesihatan beliau sedikit merosot menjelang waktu melontar jamrah hingga terpaksa diwakilkan untuk melontar. Memang kerja-kerja haji banyak memerlukan tenaga dan fizikal yang baik jadi banyak kebaikannya jika berpeluang untuk tunaikan haji di usia muda.

Pengalaman di Mina


"Eh, muda lagi dah nak pergi haji? Nanti balik tak takut ke buat dosa balik!"

🤔🤔🤔

Ayat di atas ni memang ayat dari kisah benar ya. Ketika beberapa hari sebelum mula cuti untuk ke Tanah Suci, saya sempat jumpa beberapa rakan se ofis untuk bersalaman memohon maaf. Macam-macam ragam ketika itu. Ada rakan yang **menitiskan air mata ketika bersalaman. Ada yang tumpang gembira Dan tumpang doa. Dan yang paling pelik seorang kakak ni lah. Boleh pula cakap macam ayat kat atas tu. Setiap daripada kita adalah pendosa. Pendosa lah yang paling patut sangat berhajat ke Tanah Suci untuk penyucian jiwa agar kembali ke jalan yang lurus. Dan alangkah baiknya jika bakal haji itu didoakan kemudahan, haji yang mabrur dan istiqamah sekembaliny ke tanahair nanti. Entahlah. Mungkin kakak tu bergurau, kot?


**Ada satu soalan yang pernah ditanya kepada saya. Kenapa bila kita bersalaman dengan orang yang bakal tunaikan haji, kita akan sedih, sebak dan berpelukan erat bila berpisah macam tak akan jumpa lagi? Kenapa bila kita pergi bercuti lama ke luar negara macam London contohnya, tak ada pun orang nak sedih-sedih berpisah dengan kita? Hmm...saya pun tak tau nak jawab macam mana 🤔**

Jadi, anda termasuk dalam team yang mana satu?

Yang belum daftar Haji?

 ➡️ Jom cepat daftar Haji!

Yang dah daftar dan tunggu giliran?

➡️ Sabar, doa dan tawakal!


0 comments:

Cerita Haji: Saya bangga jadi jemaah haji paling muda!

Saturday, June 24, 2023 Ana 0 Comments

CERITA HAJI: SAYA BANGGA JADI JEMAAH HAJI PALING MUDA!

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Labbaik Allah humma labbaik

Labbaika la sharika laka labbaik

Innal hamda wanni’mata

Laka walmulk Laa sharika lak


Baru lepas habis tonton 'Salam Baitullah' di TV1.  Sejak mula bersiaran pada 17 Jun yang lepas memang tak miss rancangan ni (ok, sebenarnya ada ter miss episod 1. Beria excited tunggu sejak nampak teaser di TV1, tapi boleh terlupa pula 17 Jun tu 😅). 'Salam Baitullah' tahun ini lebih menarik dengan sesi interaktif dan CGI yang lebih canggih. Suka sangat segmen Interaktif yang Ustaz Fakrul bawakan, nampak lebih jelas imej dan penerangannya kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas. 'Salam Baitullah' ni sangat padat dengan ilmu dan informasi sampai saya rasa macam terkejar- kejar nak padatkan semuanya dalam masa satu jam. Memang tak cukup. Apa kata tahun depan buat rancangan 'Salam Baitullah' ni satu jam setengah atau dua jam 😊, boleh tak? #salambaitullah

Teringat pula siaran 'Salam Baitullah' episod 4  yang menjemput penyanyi dan pelakon, Nabila Razali dalam segmen Interaktif Selebriti. Nabila ada cerita mengenai satu insiden yang sedarkan dia betapa perlunya menjaga tutur kata ketika di Tanah Suci. Terlanjur kata, terlanjur perbuatan boleh 'dibayar cash' di sana..

Respek juga dengan jemaah haji termuda Malaysia tahun ini, adik Muhammad Haqim Mohd Farid, 18 tahun. Bukan saja jemaah haji termuda, beliau juga menunaikan haji berseorangan tanpa ditemani ahli keluarga. 👍💪. Semoga dipermudahkan segala urusan beliau dan semua duyufurrahman di Tanah Suci ketika ini.

Pengalaman haji


Saya pun ada kisah yang tak akan saya lupa ketika mengerjakan haji bersama emak pada tahun 2008.  Nak kata usia masih muda ketika itu tidaklah muda sangat. Sudah hampir ke penghujung 20-an. Dalam rombongan haji pakej swasta yang saya sertai Itu, hanya ada saya dan anak perempuan pemilik pakej yang berusia dalam 20-an. Selebihnya ialah akak-akak, abang-abang, pakcik-pakcik dan makcik-makcik (ada juga yang seusia nenek dan datuk). Kisah saya bermula macam ni.....

"Awak yang paling muda kan? Dalam ramai-ramai ni awak yang paling muda kan?"

Terkejut juga bila tiba-tiba disapa begitu oleh seorang pakcik ketika saya dan emak berada di lobi hotel. Saya senyum saja lah, tak tau nak jawab apa. Nak di iya kan, entah-entah ada yang lagi muda, buat perasan sendiri ie. Pakcik tu memang saya tak kenal, cuma saya perasan beliau selalu ada di lobi hotel bersembang dengan jemaah yang lain.

"Wah, bagus adik ni. Adik temankan mak buat Haji ya? Sekarang ni tengah cuti sekolah ya?"

🤔

Saya baru saja melangkah masuk ke dalam lif bila seorang makcik dalam lif tegur saya macam tu. Takkan lah. Kalau betul pun saya nampak muda 😂 takkan lah saya nampak 'semuda' pelajar sekolah rendah?

"Ha tu, yang tu. Dia lah yang paling muda buat Haji dalam rombongan ni!"

Saya ketika itu baru balik dari Masjidil Haram selepas solat Zohor. Baru jejak kaki ke lobi hotel menuju ke lif, tiba-tiba ternampak pakcik Yang selalu lepak kat lobi tu menunjuk-nunjuk ke arah saya. Di sekeliling beliau ada beberapa jemaah haji yang lain. Malu dan segan juga saya masa tu. Memang saya tak tunggu lif dah,  terus naik tangga laju saja ke bilik hotel!


Kejadian yang sama (ditegur dan dikatakan jemaah haji yang muda) berlaku banyak kali. Bukan saja di kalangan jemaah haji Malaysia tetapi pernah juga ditegur yang sama oleh jemaah haji Indonesia. Banyak kali berlaku perkara yang sama. Banyak kali. Banyak kali sampaikan satu ketika terdetik di hati..

"Eh, aku ni muda lagi dah buat Haji. Yang lain kebanyakan nya dah berusia. Betul lah kot macam yang ramai orang cakap tu,  memang aku ni muda lagi la" 

😔 Mula dah perasan. Mungkin ketika itu dah ada juga perasaan ujub. Mungkin ketika itu dah ada juga perasaan riak. Mungkin ketika itu dah ada juga perasaan takbur. 😔

Tak perlu tunggu lama pun bila Tuhan nak tegur...

Satu pagi di bilik air...

Termenung saya melihat cermin di bilik air. Termenung tengok muka sendiri. Kalau lebih tepat lagi termenung lihat sehelai uban Yang panjang tegak terpacak di kepala dan jelas sangat kelihatan di cermin.

Allahuakbar.

Mudah saja Tuhan nak sedarkan saya. Cukup dengan tunjukkan sehelai rambut putih terpacak di kepala!

Tersedar saya dari perasan sendiri. Baru sedar diri yang sudah banyak usia. Baru sedar amal ibadah yang dibuat tak sebanyak usia empunya diri. Lemah betul iman saya rupa-rupanya. Baru diuji dengan puji-pujian daripada manusia saya sudah lupa diri. Sudah perasan dan bangga diri. Sudah rasa diri hebat. Macam mana agaknya jika diuji dengan ujian yang lebih hebat lagi nanti? 


Baca juga:
Cerita haji saya dan emak...
Cerita Haji : Pengalaman di Arafah dan Muzdalifah
Boleh ke pergi haji lebih awal dari yang dijangka?
Cerita Haji : Ujian berkaki ayam dari Masjidil Haram ke hotel....
Cerita Haji: Kenapa perlu pergi haji di usia muda?

Tak ada makna nya tua atau muda. Kalau bukan sebab dijemput oleh Yang Maha Esa, tak mungkin saya akan ada di bumi penuh barakah itu. Semua tetamu Allah ada ujian masing-masing. Yang penting ialah fokus kepada manasik Haji, kawal diri dan nafsu, ketepikan sementara perkara bersifat duniawi selagi masih berada di bumi yang diberkati.

Semoga semua para duyufurrahman dikurniakan Haji yang mabrur....Amin Ya Rabbal Alamin...


0 comments:

Puas hati dengan episod akhir LIAR?

Thursday, June 15, 2023 Ana 0 Comments

PUAS HATI DENGAN EPISOD AKHIR LIAR?

Assalamualaikum & salam sejahtera...

LIAR.

Two sides. One truth.

Tiz Zaqyah. Tony Eusoff. Nadiya Nisaa. Jalaluddin Hassan. Wan Raja. Eezaty Abdullah. Farah Ahmad. NasT. Aniq Suhair. Naz Rahman. Nazrief Nazri. Atilia Haron. Haridhass Selvaraju.

Best giler cerita ni. Dengan barisan pelakon yang hebat (semua pelakon yang terlibat, bukan setakat nama-nama di atas), jalan cerita yang menarik dan mendebarkan, plot twist yang buat suspen dan semualah pasal cerita ni. Semuanya best, 10 Bintang!

LIAR Malaysia ialah adaptasi antarabangsa daripada calon siri thriller terbaik di BAFTA Awards dan British Screnwriters' Award. Beberapa negara lain turut membuat versi remake drama iaitu antaranya Sepanyol, Jerman, Perancis, Itali dan Turki.

Pemilihan Tiz Zaqyah sebagai watak utama memegang watak Latifah @ Lara Sulaiman memang sangat tepat (seperti mana tepatnya pemilihan Syafiq Kyle sebagai Iman Dalam One Cent Thief). Melihat Tiz dalam 'LIAR' buatkan saya turut sama tak keruan. Sakit hati bila tahu dirinya dir*g*l oleh Dr Aiman, naik gila bila siasatan polis tak memihak pada dirinya, lega bila dapat buktikan Dr Aiman bersalah tapi kemudiannya naik gila balik bila dirinya pula jadi suspek utama pembunuhan Re Aiman. Wah, memang roller coaster watak Lara ni! Tiz berjaya bawa penonton (saya lah tu!) sama-sama merasakan emosi watak yang dimainkannya. Hebat!

Liar Malaysia
Sumber : FB Astro Shaw

Tony Eusoff sebagai Dr Aiman memang menyakitkan hati betul. Saya  pada mulanya memang tertipu dengan Dr Aiman ni.

"Tiz tu mak, dia ada depression, ada makan ubat. Ubat tu agaknya buat dia macam khayal-khayal, dia pergi tuduh Dr Aiman tu r*g*l dia pula!"

Sampai macam tu sekali saya 'pertahankan' Dr Aiman di awal-awal episod. Beria-ia saya cakap kat mak saya takkan lah Dr Aiman tu macam ni, takkan lah Dr Aiman ni macam tu. Berjaya Tony Eusoff ni memanipulasikan 😅 pemikiran saya.

Atilia Haron sebagai Inspektor Rita pun annoying juga. Macam 100% di kepalanya dah cop dan pasti yang Lara pembunuh Dr Aiman. Pantas, agresif dan macam butir peluru kata-kata keluar dari mulut Inspektor ni bila bercakap. Tapi, akhirnya....

'LIAR' bertambah intense setelah Dr Aiman mati. Lebih banyak tanda tanya, persoalan, syak dan suspek antara semua watak yang terlibat. Siapa yang letak kunci kereta Dr Aiman dalam lokar Lara? Siapa yang tamper GPS kereta Lara? Siapa yang ugut Detektif Jeya, betul ke dia yang sabotaj kereta Lara?  Macam mana pisau Dr Aiman boleh ada di tangan ayah Lara? Apa jadi dengan Firdaus?

Yang paling penting dan semua peminat drama 'LIAR' nak tahu ialah Siapa Pembunuh Dr Aiman?

Masing-masing ada motif untuk bunuh Dr Aiman.

Jadi, anda puas hati tak dengan episod akhir 'LIAR'?

Plot twist terpaling twist kan?

Saya puas hati dan separuh tak puas hati 😅. Selalunya kalau tengok drama yang ada kes bunuh, kita mesti nak pembunuh ditangkap kan. Tapi lain pula perasaannya dengan drama 'LIAR' ni. Lega bila orang yang kena tangkap ialah orang yang tak bersalah membunuh. Eh!

Tapi bila fikir-fikir kan, mungkin kita juga akan buat benda yang sama dengan si pembunuh kan? Tersepit dengan keadaan. Terpaksa. Trauma dengan apa yang dah dilalui. Tak ada pilihan. 

One Cent Thief ✅

Project High Council ✅

LIAR ✅

'LIAR' memang best!


0 comments:

Kun Fa Ya Kun.....

Friday, June 09, 2023 Ana 0 Comments

KUN FA YA KUN.....

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Salam hari Jumaat, salam sayyidul ayyam. Jom kita perbanyakkan berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw...


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya..


Malam tadi saya tonton 'Tazkirah Malam Jumaat' di Astro Oasis. Pengacara Ustaz Fakrul Radhi bersama panel ilmuwan Ustazah Isfadiah dan Ustaz Syed Norhisyam. Menarik tajuknya, 'Kun Fa Ya Kun'

Kalau sebut pasal 'Kun Fa Ya Kun' mesti ramai di antara kita akan teringat ayat 82 surah Yasin yang kita selalu baca malam Jumaat' tu kan. 


إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَن يَقُولَ لَهُ كُن فَيَكُونُ


Maksudnya: “Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.”

(Surah Yasin: 82)


Ketika sedang tonton 'Tazkirah Malam Jumaat' #tazkirahmalamjumaat tu tiba-tiba teringat saya satu keadaan yang pada saya ialah contoh 'Kun Fa Ya Kun' yang nampak mudah tapi saya akan ingat sampai bila-bila.

Kun fa ya kun


Kisahnya, ketika malam Hari Raya kedua tahun lalu, handphone saya tiba-tiba tak boleh nak di charge. Cucuk masuk charger tak ada apa yang berlaku. Kadang-kadang keluar message yang kata suruh check charger connected betul-betul atau tak. Habis semua charger saya cuba, masih tak boleh charge. Mula-mula tak ada lah risau sangat, tapi makin lama bila bateri semakin tinggal sikit mulalah panik dan menggelabah. Macam mana ni, apa nak buat ni, handphone memang banyak sangat nak guna, memang perlu sangat. Saya try call service center Samsung, katanya kena pergi service center terdekat. Saya kata boleh ke pergi kat dealer yang dekat mall je. Tak boleh katanya, kalau apa-apa hal atau lebih teruk rosak ke, tak bertanggungjawab. 

Cari punya cari, service center yang terdekat ialah di Pavillion, Bukit Bintang. Aduhai, nak kena drive ke Pavillion pula time Raya dan cuti umum ni. Dah boleh bayangkan trafik macam mana. Dan parking lagi mesti wajib penuh. Dengan bateri yang tinggal nyawa-nyawa ikan, saya redah juga lah ke Pavillion tu.

Macam yang dijangkakan, kat luar sebelum masuk parking Pavilion lagi dah beratur kereta berderet.  Kereta bergerak macam siput juga baru sampai dalam parking lot. Berpusing-pusing turun naik level dalam parking lot ada lah dalam 30 ke 40 minit. Orang kata kalau nak senang cari parking (bukan untuk cari parking je, tapi untuk kemudahan semua urusan), bacalah,

اَللّهُمَّ يَسِّرْ وَ لَا تُعَسِّر

Ertinya :

“Ya Allah permudahlah dan jangan Engkau persulitkan”

Maka terkumat-kamit lah saya membaca sambil berpusing-pusing cari parking. Lumrah sebagai manusia biasa, terdetik lah di hati..

"Dah banyak kali baca dah ni, tak dapat-dapat pun parking..."

Saya teruskan juga membaca dengan penuh harapan ada lah parking yang kosong walaupun pada masa tu nampak sangat mustahil sebab kereta memang berderet mencari parking dalam parking lot tu. Tambah stress dengan panas dan berpeluh-peluh dalam kereta sebab aircond ada masalah sikit.

Tapi...

'Kun Fa Ya Kun'...

Dengan kereta yang saya pandu perlahan menghampiri salah satu pintu masuk, tiba-tiba ada seorang pengawal keselamatan yang tengah round dengan motorsikalnya berhentikan motor dan lambai ke arah saya. Saya buka tingkap dan..

"Sini, sini, park sini". Ditunjukkannya sedikit ruang yang ada betul-betul di tepi pintu masuk Itu.

Allahuakbar. 

Dalam banyak-banyak kereta yang berderet cari parking, kereta Matrix saya yang pengawal Itu nampak dan panggil. 

'Kun Fa Ya Kun'

Berkali-kali saya ucap terima kasih pada pengawal itu. Berkali-kali juga syukur pada Allah, rasa macam nak menangis, hampir saya putus asa dan ingat nak balik saja sebab susah sangat nak dapat parking.

Tapi kisahnya tak habis di situ. 

Sejujurnya saya bukan biasa datang ke Pavilion. Itu mungkin kali kedua dalam hidup. Kali pertama mungkin 10 tahun yang lepas. Dan memang saya pun tak tahu ada service center Samsung di Pavillion tu. Berbekalkan info daripada Google, saya cari lah mana letaknya lot service center Samsung tu. 

Allahuakbar.

Rupa-rupanya bukan setakat Allah mudahkan dapat parking. Allah mudahkan juga cari service center Samsung tu. 

Masuk saja pintu masuk, naik escalator, lalu food court dan terus jumpa service center Samsung.

Tak sampai 5 minit mencari.

😭

Samsung service center pavilion
Sumber : Google 


Urusan problem handphone juga mudah. Tempat masuk charger tu rupa-rupanya penuh habuk halus yang tak nampak sangat dengan mata kasar. Itu sebab tak boleh detect charger.

'Kun Fa Ya Kun'

Saya mengeluh dan hampir putus asa berpusing-pusing cari parking. Bak kata Ustaz Syed Norhisyam, InsyaAllah, ada hikmah di sebaliknya. Rupa-rupanya Allah nak beri parking yang dekat dan mudah cari service center. 

Alhamdulillah...

😊😊😊

Begitulah kisahnya....


0 comments:

Keputusan SPM dah keluar. Ke mana anda selepas ini?

Thursday, June 08, 2023 Ana 0 Comments

KEPUTUSAN SPM DAH KELUAR. KE MANA ANDA SELEPAS INI?


Assalamualaikum & salam sejahtera...

Keputusan SPM dah keluar. Sebagai pelajar lepasan SPM, ke mana anda selepas ini?

Mungkin ada pelajar yang dah ada plan masing-masing. Ada yang nak sambung belajar. Ada yang nak bekerja sambil belajar. Ada yang nak terus kerja dan dah tak nak sambung belajar?

Kalau nak sambung belajar, sambung di mana? Universiti? Kolej? Nak ambil jurusan apa? Kos pengajian macam mana? 

Pilihan lepas SPM


Memang susah nak buat keputusan. Zaman saya dulu, lepas SPM memang blur nak ambil course apa. Tanya orang sini, tanya orang sana. Tanya pendapat orang ni, tanya pendapat orang tu. Last-last pilihan pertama dalam borang UPU tu (kalau tak silap) ialah Sains Komputer. Sebab apa Sains Komputer? Sebab masa tu memang IT course yang popular. Sana sini sibuk dengan IT. Satu lagi sebab ialah course Diploma Sains Komputer tu kat UTM Jalan Semarak. Saya memang nak cari course yang dekat dengan rumah 😅 dan confident betul boleh dapat pilihan tu. Pilihan kedua ialah Matrikulasi Sains UKM. Yang tu pun saya pilih sebab tempat yang kedua dekat dengan rumah 😅😅. Pilihan ketiga sampai lima tak ingat dah apa.

Tunggu punya tunggu sekali surat tawaran pun sampai. Tawaran Matrikulasi Sains UKM di Bangi. Gembira dalam sedih. Gembira sebab dapat tawaran. Sedih sebab tak dapat UTM yang lebih dekat dengan rumah hehehe...Dalam sibuk-sibuk persiapan ke UKM tu, dapat pula surat tawaran ke UTM. Tapi bukan untuk course Diploma yang saya apply tu sebaliknya course Integrasi Sains Komputer di UTM Skudai, Johor. Memang ke UKM lah jawabnya saya...

Matrikulasi Sains di UKM terbahagi kepada dua. Satu ialah Sains Dan Matematik Lanjutan, satu lagi Sains Dan Biologi. Course yang saya ambil ialah Sains Dan Matematik Lanjutan. Salah seorang pensyarah kami (Encik Rahim yang ajar kami subject Fizik) yang kelakar dan memang jadi favourite student panggil kami 'budak-budak Lanjut' dan 'budak-budak Biol' 😄. Antara subject yang saya ingat ketika di Matrikulasi ialah English, Matematik Lanjutan, Matematik, Fizik, dan subject yang lain tak ingat dah. Setahun Matrikulasi di UKM memang kenangan yang penuh suka dan duka. Lepas setahun, kami sambung ke peringkat Ijazah. Kebanyakan kami pilih ambil jurusan Teknologi Maklumat atau Kejuruteraan. Bagi students Sains Dan Biologi, hampir semua pilih jurusan Perubatan.

Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat (FTSM) di UKM pada zaman saya belajar dulu ada lima jabatan. Jabatan Sains Komputer (TK), lepas tu yang lagi empat saya ingat-ingat lupa. Kalau tak silap,  Jabatan Multimedia(TM), Jabatan Komputer Industri (TR) dan dua lagi TP dan TS, tak ingat nama jabatannya. Selain belajar subject pengaturcaraan seperti COBOL dan Java, ada juga subject berkaitan Statistics dan pengurusan projek. Kalau ambil jurusan IT memang mudah yang amat jika ada komputer sendiri. Saya dulu berulang alik ke makmal di fakulti dan kadang kala segan-segan juga lah nak pinjam komputer kawan. Berulang alik dari hostel atau rumah sewa (ketika tahun akhir)  pun satu hal juga. Kalau malas nak tunggu bas kampus, maka rajin lah saya dan kawan-kawan 'tawaf' menapak keliling UKM tu. Lepas 3 tahun pengajian termasuk Latihan Industri atau praktikal di sebuah syarikat IT selama 3 bulan, maka bergraduasi lah saya dengan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Sains Komputer).

Senang tak nak dapat kerja lepas grad? Susah juga ketika Itu. Lepas grad, saya kerja sementara di bawah Skim Sangkutan Dan Latihan untuk siswazah yang menganggur. Dalam enam bulan kemudian, baru dapat kerja tetap sebagai programmer di sebuah bank. Kalau ikutkan sebagai pemegang biasiswa, patutnya ada jaminan kerja. Tapi setelah beberapa lama masih belum ada kekosongan maka tetaplah saya dengan kerja di bank tersebut.

Tak sama ya buat coding ketika belajar di universiti dengan coding untuk sistem di bank. Tapi basic nya boleh lah diaplikasikan di tempat kerja. Belajar coding di universiti guna COBOL dan Java, di tempat kerja coding guna Assembler. Mula-mula susah juga, tapi kayuh pelan-pelan, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Kerja bidang IT terutamanya di bank, kena tabah sikit. 13 tahun kerja IT di bank penuh dengan pengalaman yang bermacam-macam. Kena datang ofis pukul 3, 4 pagi, kena standby bila-bila masa boss akan call kalau ada production problem, time pergi holiday pun ofis akan call. Pernah sekali tu malam Raya pertama dan malam Raya kedua kena conference call sebab ada production problem. Kerja memang tak pernah habis. Daripada buat coding, kepada datang standby kat ofis pagi-pagi buta, attend meeting, project implementation, solve kan production problem dan tak kurang juga paperwork, memang stress dibuatnya.


Pilihan lepas SPM


Tak kira lah apa pun pilihan anda sebagai lepasan SPM yang penting sekali ialah buat pilihan yang bijak. Jangan buat pilihan terikut-ikut kawan atau pilihan sebab tak ada pilihan lain 🤔 Pilih apa yang anda minat dan minat lah apa yang anda pilih. 

Pilihan yang tepat menentukan masa depan anda!


0 comments:

Tayar pancit, camber, alternator dan timing belt...

Wednesday, May 31, 2023 Ana 0 Comments

TAYAR PANCIT, CAMBER, ALTERNATOR DAN TIMING BELT...  

Assalamualaikum & salam sejahtera....

Ada beza tak tayar pancit dengan tayar kurang angin?

Mestilah ada beza. Tayar pancit memang tayar tu dah leper terus sebab dah tak ada angin langsung tapi kalau tayar kurang angin, tayar tu leper sikit dan masih ada angin.

Kalau tayar macam dalam gambar ni nampak macam tayar pancit atau tayar kurang angin?

Tayar pancit


Tayar kurang angin kan?

Tapi saya tak tau lah kenapa, bila nampak tayar ni terus dalam kepala ingat tayar dah pancit. Mula-mula bawa kereta tu bila buka tingkap dengar bunyi lain macam kat tayar belakang. Terus berhenti kan kereta tepi jalan. Pergi tengok tayar belakang belah kiri, macam dalam gambar tu lah rupanya. 

Terus panik sebab dah set dalam kepala 'Alamak, tayar pancit!'

Nak tukar tayar sendiri memang tak pandai. Jadi pandu lah pelan-pelan pergi kedai tayar yang terdekat. Dalam hati tu risau juga takut rim tayar boleh rosak. Saya pernah sekali tu tayar pancit di tol dekat LRT Damai, saya teruskan juga drive hingga ke kedai tayar di Setiawangsa. Memang kemek lah jawabnya rim tayar. Dah satu hal pula kena beli rim baru.

Berbalik pada cerita tayar yang disangkakan pancit tadi. Sampai kat kedai tayar baru 'tersedar' . "Eh, tayar ni macam bukan pancit je!"

"Ini tayar kurang angin, bukan pancit"

Begitulah kata pekerja kedai tayar tu. Dibelek-beleknya tayar tu terjumpa paku katanya (nampak macam skru). 

"Ini tayar aaa, sudah lama. You tengok ini macam tinggi rendah nanti you bawa laju banyak bahaya ooo"

Saya pun belek tarikh pada tayar. 

'0513'

Dah sepuluh tahun. Kalau tayar dah sepuluh tahun memang kena ganti baru ke? Begitulah orang perempuan (bukan semua ya), serba serbi tak tahu pasal kereta. Yang tahu hanya start enjin dan jalan 😅

"Ok lah, kasi tukar tayar baru"

Lepas kira harga tayar termasuk alignment dan balancing, maka 'terbang melayang' lah RM560.

Belum habis lagi cerita kat situ. Tengah termenung memikirkan nasib nak 'berpisah' dengan RM560, orang kedai tu panggil lagi. 

"You tengok aa ini mesin". Masa tu dia tengah nak mula buat alignment.

Dalam hati saya berkata-kata eh bagus orang ni rajin nak explain apa yang dia buat kat kereta saya tu.

"Ini aa you nampak ini 'camber' ada banyak lari. Ini you mesti banyak langgar lubang. Kalau tak kasi betul nanti you drive itu tayar cepat rosak"

Dah camber pula kena betulkan. Tambah lagi RM90. Tayar depan dan belakang kiri setiap satunya RM30. Habis lah RM650 😭

Alignment Dan balancing

Camber kereta lari


Lama juga tunggu kereta nak siap. Sempat lah saya Google pasal camber. Info yang ni saya dapat dari lama mekanika.com.my:

Camber – Camber adalah sudut tayar jika kita tengok tayar dari arah depan kereta. Ia boleh bernilai negatif atau positif. Camber negatif terjadi apabila bahagian bawah tayar terkangkang sedikit berbanding dengan bahagian atas. Camber positif pula terjadi apabila bahagian atas terkangkang sedikit berbanding dengan bahagian tayar bawah (Sumber: mekanika.com.my)

Banyak yang saya jahil pasal kereta ni. Disebabkan kurang ilmu pasal kereta, dah selalu juga saya 'trauma' kereta rosak tengah jalan. Alternator rosak lah, timing belt kereta putuslah, tangki air pecah lah, alternator belt rosak lah dan macam-macam lagi. Dua kali tengah drive tiba-tiba stereng keras Dan kereta berhenti. Dan dua-dua kali tu terjadi kat tempat yang sama, iaitu depan Hotel Shangri La, seberang Hotel Concorde. Sampai polis trafik dan abang rider Grab tolong tolakkan kereta ke tepi jalan 😅

Begitulah cerita saya dan kereta...dan melayangnya RM650 minggu lalu 😭


0 comments: