Panjat papan tanda IPOH, mungkin terlebih adrenalin agaknya....
Panjat papan tanda IPOH, mungkin terlebih adrenalin agaknya....
Assalamualaikum & salam sejahtera....
Mungkin terlebih hormon adrenalin. Mungkin terlalu kerap lakukan aktiviti lasak dan ekstrem sehingga 'ketagihan' untuk mencari aktiviti yang lebih mencabar mental dan fizikal.
Anda ingat lagi roda berputar gergasi 'Eye On Malaysia' yang diletakkan di Taman Tasik Titiwangsa pada tahun 2007 dan kemudiannya dipindahkan ke Melaka pada tahun 2008? Dan kemudiannya telah disita pada tahun 2010?
Saya sebenarnya bukan nak cerita mengenai 'Eye On Malaysia'. Cuma nak gambarkan kalau anda pernah naik dan rasai pengalaman ketika berada di puncak roda gergasi setinggi 60 meter itu, begitulah lebih kurang tingginya kedudukan bukit batu kapur di Jalan Kuala Kangsar yang popular sekelip mata baru-baru ini. Kenapa pula bukit batu kapur tiba-tiba jadi popular? Popular sebab di atas bukit batu kapur setinggi 61 meter itu lah letaknya papan tanda huruf 'IPOH' yang dipanjat sekumpulan gadis dan pemuda yang berani
Boleh bayangkan? Kalau duduk dengan selesa dalam kapsul 'Eye On Malaysia' itu pun dah rasa gayat bila berada di puncak, bayangkan pada ketinggian yang lebih tinggi sedikit anda sedang berdiri di atas palang-palang sambil sebelah tangan memegang selfie stick @ monopd untuk berselfie?
Sumber : astroawani.com |
Tak dinafikan memang sangat cantik gambar-gambar selfie yang diambil daripada puncak 'IPOH' itu. Tak kurang juga rasa kagum dengan keberanian belia-belia ini bila melihat video ketika berada di puncak 'IPOH' itu. Bertambah kagum bila tengok aksi baring dalam hammock yang diikat pada palang 'IPOH' tersebut.
Sudah fikir panjang agaknya mereka ini sebelum buat aksi-aksi ekstrem tersebut. Sudah ada backup plan agaknya kalau-kalau ada kecemasan yang berlaku. Sudah ditinggalkan pesan dan maklumkan pada keluarga malah dapat izin pula untuk buat aktiviti ekstrem ini agaknya. Manalah tahu, sedang seronok baring di hammock atau berjuntai kaki atas palang atau pun bergayut sambil senyum pandang kamera, tiba-tiba palang-palang itu runtuh.
Ah, mungkin juga aktiviti panjat 'IPOH' itu sangat mudah dan hanya 'kacang' saja pada mereka. Kita tak tahu mungkin mereka pernah panjat lebih tinggi daripada itu sebelum ini. Jadi apa lah sangat nak dihebohkan dan nak dikecam bila panjat 'IPOH' yang sekadar 67 meter itu?
Orang ramai heboh dan kecam itu tandanya prihatin. Prihatin dengan apa nasib si pemanjat kalau jatuh dari ketinggian itu tanpa alat keselamatan. Prihatin apa akan berlaku pada pengguna jalan raya kalau struktur 'IPOH' itu tumbang dan menimpa pengguna jalan raya.
Panjatlah apa sekali pun, pasti tiada yang akan melarang jika apa yang dipanjat dan bagaimana cara memanjat itu tidak mendatangkan kemudaratan kepada mana-mana pihak.
Walaupun terlebih hormon adrenalin dan rasa puas dan seronok bila dapat buat aktiviti ekstrem macam ini, fikir-fikirkan juga lah kesan kepada orang lain dalam setiap tindakan yang kita lakukan.
Sayangilah diri anda. Dan diri orang di sekeliling anda juga...
"Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan” (Surah al-Baqarah, ayat 195).
0 comments: