Nak mulakan bisnes bakeri dari rumah?
Nak mulakan bisnes bakeri dari rumah?
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Mudah ke nak usahakan bisnes bakeri dari rumah?
Jiran sebelah kiri rumah saya usahakan jual kek dan biskut secara kecil-kecilan sebagai pendapatan sampingan beliau yang tugas hakikinya sebagai seorang guru sekolah rendah. Tak sukar nak tahu bila beliau ada banyak tempahan. Jika sepanjang hari semerbak bau kek atau biskut yang sedang dibakar menusuk di hidung jiran sebelah rumahnya (saya lah tu!), maka sah lah beliau tengah sibuk menyiapkan tempahan.
Jiran depan rumah saya juga ada bisnes bakeri secara kecil-kecilan. Makcik tersebut hebat dalam membuat kek, muffin, kek cawan, biskut moden dan pasta. Macam-macam ada. Super Fudgy Brownies, Pecan Nut Cheese Tart, Hokkaido Chiffon Cupcakes, Baked Beef Macaroni, Victoria Sandwich Cake, Red Velcet Marble Cheese Brownies dan macam-macam lagi lah. Cara jualannya ialah melalui medium Instagram. Boleh dikatakan hampir setiap hari ada saja saya nampak kereta yang datang singgah ke rumahnya untuk ambil tempahan yang dah siap.
Seorang lagi jiran depan rumah saya juga (selang satu rumah dari rumah jiran yang kedua tadi), iaitu seorang makcik juga pandai buat kek. Kepakaran makcik ini ialah dalam membuat kek lobak. Saya yang tak berapa suka makan kek lobak pun boleh tergoda dengan kek lobak hasil tangan makcik ini. Tempahan yang selalu beliau dapat ialah melalui kawan-kawan di pejabat serta kawan anak-anaknya.
Tiga jiran yang hebat dengan kemahiran bakeri masih belum mencukupi. Ada seorang lagi jiran saya yang tak kurang hebatnya. Yang ini ialah jiran belakang rumah pula. Berbeza dengan 3 jiran tadi, jiran belakang rumah saya ini kepakarannya ialah dalam membuat kuih-muih tradisional seperti kuih talam, kuih seri muka, kuih lapis, karipap, puding jagung dan panjang lagi senarainya. Yang paling saya suka kuih makcik ini ialah kuih talam durian. Sedap!
Dapatkan tips dan info menarik untuk mulakan bisnes bakeri dari rumah! |
Ada baik dan buruknya saya dikelilingi oleh jiran-jiran yang ada bisnes bakeri. Yang baiknya ialah bila ada apa-apa majlis kenduri atau keraian, tempah saja dengan jiran-jiran ini, Yang buruknya ialah ia menjadikan saya kurang rajin nak cuba tajamkan skil bakeri 😛😛😛 saya sendiri!
Kelebihan usahakan bisnes bakeri dari rumah ialah:
1. Kos permulaan yang kecil. Tak perlu pening kepala nak bayar sewa kedai, gaji pekerja dan peralatan kedai.
2. Tiada risiko kuih atau kek tidak habis dijual seperti yang berlaku di kedai-kedai kek kerana anda hanya buat kek atau kuih berdasarkan tempahan saja.
3. Anda yang tentukan masa anda sendiri. Bagi golongan wanita yang berkeluarga pastinya gembira dapat menguruskan hal rumah tangga dan melihat anak-anak di depan mata sambil siapkan tempahan yang diterima!
Jadi, sebenarnya mudah atau tidak nak mulakan bisnes bakeri ini? Kalau lihatkan kejayaan jiran-jiran saya yang usahakan secara kecil-kecilan nampaknya macam mudah. Mudah itu maksud saya dengan kemahiran yang ada dan dengan cara promosi yang betul, akan ada saja tempahan yang diterima daripada pelanggan yang setia mahu pun pelanggan baru. Nak mulakan langkah awal mungkin sedikit perlahan, tapi lepas berjaya pikat hati pelanggan dan nampak hasilnya dalam tangan tak mustahil dapat jana pendapatan sampingan yang lumayan. Kalau ikutkan kata jiran saya yang promosi melalui Instagram itu, paling kurang pun pendapatannya dalam sebulan ialah RM800. Itu pendapatan paling kurang, kalau pendapatan paling banyak mesti lumayan kan.
Sebelum mulakan langkah untuk usahakan bisnes bakeri dari rumah, perlu juga ada ada serba sedikit ilmu asas dalam bakeri. Paling penting ialah kena tahu juga kuih/kek apa yang hendak dijual, cara menyediakannya, berapa harga jual untuk sesuatu tempahan dan cara-cara nak promosikan hasil bakeri tersebut. Boleh saja bertanya dan merujuk kepada mereka yang dah lama berkecimpung dalam bisnes bakeri atau anda boleh dapatkan rujukan lengkap bisnes bakeri (tulisan Nik Roslin Nik Men yang telah mengusahakan bisnes bakeri dari rumah sejak 6 tahun yang lalu) di sini.
Menariknya dalam rujukan ini ialah turut dikongsi cara bagaimana untuk menjana sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan melalui bisnes bakeri dari rumah dengan hanya fokus menjual 2 produk bakeri sahaja. Selain itu turut disenaraikan juga kesilapan-kesilapan dan cabaran yang biasa dialami oleh pengusaha bisnes bakeri dan cara untuk mengelaknya.
Hmmm, nampaknya ini masa untuk menajamkan skil saya dalam buat kek. Setakat tahu buat cheese cake yang simple dan puding roti masih belum cukup nak mulakan bisnes bakeri kan....😛
Nak cuba bisnes makanan Barat dari rumah?Ketahui cara mudah sediakan 100 jenis biskut, kek, manisan dan kudapan dalam buku ini!
0 comments: