Azam tahun baru 2017..terjun bungee dari jambatan tertinggi di dunia?

Sunday, January 01, 2017 Ana 0 Comments



Azam tahun baru 2017..terjun bungee dari jambatan tertinggi di dunia?


Assalamualaikum & salam sejahtera...

Jambatan paling tinggi di dunia. Baru tengok gambar dah seriau rasanya!

Ada tak antara anda yang buat azam tahun baru 2017 ini untuk terjun bungee? Alang-alang terjun bungee, mungkin boleh cuba terjun bungee dari jambatan tertinggi di dunia!

(*jangan salah faham ya, saya cume terfikir saja mengenai idea terjun bungee dari jambatan tertinggi di dunia ini, bukan nya ada aktiviti yang sebenarnya pun diadakan di jambatan tersebut*)

Jambatan paling tinggi di dunia, jambatan Beipanjiang di China setinggi 565 meter dan sepanjang 1,341 meter telah siap dibina dan dibuka untuk kegunaan orang ramai. Jambatan yang menghubungkan dua gunung di wilayah Yunnan dan Guizhou merentasi sungai ini dapat menjimatkan masa perjalanan dari Xuanwei di Yunnan ke Shuicheng di Guizhou daripada 4 jam kepada 1 jam sahaja.


jambatan beipanjiang

jambatan beipanjiang

jambatan beipanjiang

jambatan beipanjiang


jambatan beipanjiang

jambatan beipanjiang

jambatan beipanjiang


Saya tonton video jambatan tersebut (klik di sini) dan seram betul bila tengok jambatan tersebut nampak separuh saja dan jalan di hadapan tak nampak kerana ditutupi kabus. Bukan calang-calang orang boleh terlibat dalam pembinaan jambatan bernilai 1 billion yuan ini. Bekerja dalam keadaan putih berkabus. Silap langkah sikit saja dah boleh membawa padah. Memang hati waja betul pekerja-pekerja yang siapkan jambatan ini!

Kalau mudah gayat macam saya memang awal-awal lagi dah surrender. Berjalan di pelantar tinjau di tempat kereta kabel Langkawi di Gunung Mat Chinchang itu pun dah rasa seram sejuk, dah perasan macam pelantar itu bergoyang-goyang dan rasa macam nak terjun dari pelantar pun ada!

Anda berani pandu kenderaan melalui jambatan terpanjang di dunia ini?

😓😓😓


0 comments: