Tulis blog baik untuk kesihatan?
Tulis blog baik untuk kesihatan?
Assalamualaikum & salam sejahtera....
Semalam seharian hujan turun tak berhenti. Mudah betul nak demam waktu hujan-hujan (walaupun tak mandi hujan!) dan cuaca sejuk begini. Ditambah pula dengan batuk dan selesema, maka lengkaplah satu pakej. Sama-sama lah kita jaga kesihatan dalam cuaca tak menentu ini. Saya ada terbaca yang menulis blog itu baik untuk kesihatan. Betul ke ni?
Tulis blog baik untuk kesihatan kerana...
1. Dapat luahkan apa yang terpendam dalam hati dalam bentuk penulisan. Pada amsa yang sama dapat meningkatkan kualiti penulisan kita. Tulis blog lebih kurang macam tulis diari/jurnal juga. Tak kira lah apa yang hendak diluahkan, sama ada luahan hati, pendapat, idea mahu pun kritikan. Di saat anda gembira, sedih, marah dan ada rasa 'membuak-buak' nak luahkan apa dalam hati, maka capailah handphone/laptop anda dan mula tulis blog! Tapi perlu berhati-hati juga supaya apa yang diluahkan itu tak terlalu mengikut perasaan dan terlebih emosional pula.
Tulis blog baik untuk kesihatan kerana...
2. Dengan menulis blog, kita mula praktikkan apa yang kita tulis. Contoh mudah ialah jika kita hendak mula menabung atau menyimpan wang. Mulakan dengan menulis cara-cara menyimpan wang. Tulis setiap langkah yang kita buat untuk menyimpan wang contohnya seperti kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu, simpan 10 peratus daripada gaji, menabung mengikut warna duit kertas (simpan wang guna cara ini memang seronok!) dan lain-lain lagi. Secara tak langsung kita akan termotivasi untuk terus amalkan apa yang kita tulis di blog. Ditambah pula bila ada pembaca yang turut serta ikuti 'perjalanan' anda dalam usaha menyimpan wang dan beri komen dari semasa ke semasa. Pasti anda akan lebih bersemangat nak menabung dan tunjukkan hasil tabungan anda setelah mengikut tips yang anda kongsikan dalam blog itu kan. Anda nak kurus? Mulakan tulis blog mengenai cara-cara diet hari ini juga!
Tulis blog baik untuk kesihatan kerana...
3. Selain dapat memberi manfaat secara fizikal (seperti contoh simpan wang dan berdiet di atas), tuls blog juga dapat memberikan manfaat dari segi mental. Tulis blog bukan saja dapat melatih otak kita untuk terus sentiasa berfikir dan mencari idea-idea baru, ia juga dapat memberikan satu kepuasan dan kegembiraan bila mana apa yang kita tulis itu memberi manfaat dan dapat membantu pembaca blog kita. Apa tah lagi kalau apa yang kita tulis itu dijadikan panduan oleh pembaca sehingga berjaya capai apa yang diinginkan. Seronok kan dapat membantu!
Tulis blog baik untuk kesihatan kerana...
4. Dapat melatih dan membentuk disiplin diri. Contohnya, kita telah tetapkan dan janji pada diri sendiri nak tulis sekurang-kurangnya 2 entry untuk satu hari. Mungkin pada mulanya agak sukar, tetapi lama kelamaan kita akan dapat melatih diri untuk bahagikan masa cari idea untuk menulis. Disiplin kan diri untuk sediakan masa update blog. Mana tahu sampai mampu pula nak siapakan 5 entry untuk satu hari! Itu pun masih dikira sedikit sebab saya ada terbaca seorang blogger terkenal ini pada awal penulisan blog nya beliau tulis hingga 15 entry untuk satu hari!
Menulis blog itu baik untuk kesihatan....Jom tulis blog! 😊😊😊
0 comments: