Wanita muslim makan di khalayak ramai di bulan Ramadhan?

Tuesday, June 28, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....


"Ramadan ini, saya telah membuat usaha dengan sengaja untuk memprotes sekatan moral dan agama terhadap Muslim di Malaysia, terutamanya wanita Muslim.  Ini bermakna saya dengan penuh kesedaran akan makan dan minum di tempat awam, semasa tidak boleh berpuasa, dengan sepenuhnya berpenampilan seperti seorang wanita Muslim biasa (bertudung dan ‘kelihatan Melayu’)." - sumber : Beautiful Nara

Termenung panjang saya lepas baca kenyataan di atas.

Apa tujuannya saudari itu makan di khalayak ramai? Terlalu lapar sangat kah? Lapar sampai hendak pengsan kah? Memang tiada cara lain atau tempat lain untuk makan kah, memang di tempat terbuka itu saja satu-satu nya tempat untuk makan dan minum?

wanita muslim makan di khalayak ramai di bulan ramadhan



Sejak dulu lagi jika uzur saya percaya masih ramai wanita muslim yang masih akan bangun bersahur dan seharian tidak makan seperti orang yang berpuasa juga.
Sejak dulu lagi jika uzur saya percaya masih ramai wanita muslim yang tidak makan di pejabat walaupun ramai juga yang sorok-sorok makan di dalam kereta di tempat letak kereta ataupun di surau pejabat.

Apa hasil yang saudari ini harapkan daripada protesnya itu?

Supaya perempuan muslim dibenarkan makan di khalayak ramai ketika uzur di bulan Ramadhan?

Mungkin pada saudari itu perbuatan di atas tidak menyalahi undang-undang tapi mungkin beliau terlupa ada adab yang perlu dijaga terutamanya di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Terlupa agaknya ada adab untuk menghormati orang yang berpuasa (yang mana non muslim pun tahu akan adab ini).

Terlupa agaknya akan perlunya sifat malu bagi seorang wanita. Apa perlunya memberitahu semua orang yang anda sedang uzur?

Terlupa agaknya perbuatan beliau itu boleh membawa kepada perkara yang lebih besar. Katakan lah jika 'hak' makan di khalayak ramai bagi wanita muslim yang anda perjuangkan itu berjaya, bagaimana pula cara kita hendak tahu wanita tersebut benar-benaf uzur atau sengaja tidak berpuasa? Bukankah ini secara tak langsung menggalakkkan perbuatan ponteng puasa? Dan dosa mereka-mereka yang ponteng puasa ini semuanya hasil hak yang anda perjuangkan itu?

Terlupa agaknya dalam pada bersemangat hendak memperjuangkan hak makan di khalayak ramai itu, ada banyak lagi hak yang boleh diperjuangkan. Hak rakyat Palestin yang ditindas, hak rakyat Syria yang menjadi pelarian di sana sini atau isu-isu yang lebih dekat di mata seperti hak kanak-kanak yang didera, hak isteri-isteri yang ditinggalkan sang suami tanpa pesan malah hak pengguna dalam berdepan kos hidup yang semakin meningkat. Ini adalah antara isu dan hak yang lebih penting untuk diperjuangkan daripada hak makan di khalayak ramai bagi wanita muslim di bulan Ramadhan! Banyak lagi yang boleh anda perjuangkan!

Perjuangan menempuh malam-malam terakhir bulan Ramadhan sesungguhnya adalah perjuangan yang jauuuuùuuh lebih besar......


0 comments:

Memburu Malam Lailatul Qadar....

Friday, June 24, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Misi memburu malam Lailatul Qadar diperhebatkan di 10 malam terakhir Ramadhan bermula malam ini...

Jom sama-sama kita...

Zikir diperbanyakkan...
Solat malam digandakan....
Al-Quran jadi bacaan harian...
Doa dan munajat jangan ditinggalkan....

Manfaatkan peluang yang ada sementara usia masih panjang dan diberi kesempatan merebut ganjaran malam yang lebih baik daripada 1000 bulan...
Kerana kita tidak tahu sama ada kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang....


doa malam lailatul qadar
Sumber : FB Jom Solat





0 comments:

Ramadhan bakal berlalu pergi...

Friday, June 24, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Salam hari Jumaat, salam sayyidul ayyam....

Ramadhan semakin menghampiri penghujungnya. Tapi janganlah kita pula yang 'mempercepatkan' perjalanan ke penghujung Ramadhan dan tak sabar-sabar menyambut Syawal dengan mula sibuk dengan persiapan raya. Masih ada lagi 10 hari terpenting bulan Ramadhan yang perlu kita kejar fadhilat dan ganjarannya (pesanan untuk diri saya sendiri juga). Macam yang saya terbaca di FB, jom kita sama-sama 'Finding Lailatul Qadar' dan bukannya sibuk 'Finding Dory'!



:=(


Tak salah buat persiapan raya, asalkan Ramadhan yang berbaki tidak kita lupakan kewujudannya...



0 comments:

Iklan raya apa yang best tahun ini?

Thursday, June 23, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera...

Semasa membelek FB tadi, saya tengok banyak juga post yang cerita mengenai iklan, teaser iklan dan cereka pendek yang telah diterbitkan sempena raya yang akan menjelang tak lama lagi. Antaranya:

1. Maybank Jom Raya 2016 (#MaybankJomRaya)

Bukan selalu Maybank keluarkan iklan raya!

 - Macam tak percaya juga bila tahu yang Maybank ada iklan raya, Rasanya macam dah lama Maybank tak buat iklan raya. Kalau ada pun setakat ucapan daripada CEO, tak pernah lagi ada iklan Maybank nyanyi-nyanyi lagu raya macam iklan tahun ini Siap ada Smule lagi untuk sesiapa yang berminat nak nyanyi sama lagu raya Maybank ini. Lagu raya Maybank Jom Raya 2016 ini adalah mengikut rentak lagu korporat Maybank. Lagu yang berkumandang di pejabat Maybank setiap jam 8:45 pagi sebelum mula bekerja, Lagu yang akan buat saya rasa rasa panik bila dengar sebab masa itu saya baru sampai di tempat letak kereta atau masih tunggu lif di lobi! Late coming lah jawabnya nanti. Di department saya, late comers ialah sesiapa yang sampai pejabat dan punch in bila habis lagu korporat ini berkumandang! Rindu pula saya nak nyanyi lagu korporat Maybank ini...Kalau anda nak dengar lirik asal lagu korporat Maybank (dalam versi bahasa Inggeris) ini anda boleh dengar di YouTube.


2. Cereka pendek Pulang dari Zalora

Cereka pendek Pulang yang best!

- Saya seorang saja kah yang tak tahu pereka fesyen Rizalman Ibrahim ada bakat mengarah dan berlakon? Menarik juga cereka pendek yang menampilkan Rizalman, Marlia Musa, Fauziah Ahmad Daud, Wan Hanafi Su dan 2 orang anak Rizalman iaitu Umar Nail dan Aali Nail sebagai pelakon ini. Selain jalan cerita yang menarik, sinematografi nya juga mengkagumkan. Saya suka sangat pemandangan pantai di Terengganu yang sangat-sangat indah. Bagi yang mudah tersentuh. sila sediakan tisu siap-siap sebelum menonton cereka pendek ini.


Antara adegan dalam cereka Pulang


3. Iklan raya TNB 2016 (#LepasTu)




- Iklan raya kalau ada kanak-kanak memang menarik sebab kanak-kanak lah yang paling seronok nak sambut raya kan. Iklan raya TNB dengan tagline 'Lepas Tu' (teringat pula pada Dafi dalam drama 'Dia Semanis Honey' ) mengisahkan seorang budak lelaki bernama Din yang banyak melakukan kesalahan dan risau akan dimarahi oleh bapanya.
- Iklan ini ringkas saja dan kadang-kala sesuatu yang ringkas itu lah yang mempunyai mesej yang mendalam.



4, Iklan Watsons Raya Mesti Cun





- Tak tahu kenapa tapi setiap kali keluar iklan ini di tv saya akan teringat pada drama 'Mak Cun' arahan Erma Fatima itu. Tiada kaitan pun antara iklan Watsons Raya Mesti Cun ini dengan Mak Cun. - Iklan yang menyelitkan elemen kelakar  ini menampilkan beberapa artis seperti Sari Yanti, Mawar Rashid, Raja Ilya, Deanna Yusuf dan Arja Lee. Mesej utama yang hendak disampaikan ialah anda boleh tampil cun dengan membeli pelbagai barangan yang ditawarkan di Watsons sebagai persediaan raya ini!



Antara iklan raya yang dinanti-nantikan semasa musim raya ialah iklan raya Petronas dan Telekom Malaysia (TM). Iklan raya Petronas dan TM untuk tahun ini belum ada lagi kan (setakat entry ini ditulis)?

Dalam banyak-banyak iklan raya, selain iklan-iklan raya arahan arwah Yasmin Ahmad untuk Petronas, pada pandangan saya belum ada lagi yang dapat tandingi iklan raya Bernas tahun 2012 bertajuk 'The Journey'. Sangat-sangat menyentuh perasaan iklan ini!



Diharapkan lebih banyak lagi iklan-iklan yang kreatif dan bermesej akan dihasilkan sempena musim perayaan ini. Sambil beraya dan makan kuih raya, sambil itu jom kita hadamkan juga mesej di sebalik iklan-iklan kreatif ini!

Iklan raya apa yang best tahun ini ya?


0 comments:

Meriah lah raya penjawat awam tahun ini!

Monday, June 20, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hadiah raya untuk penjawat awam...



Wah, selepas berita gembira bantuan BR1M diawalkan dan bantuan RM500 sempena Aidfitri untuk semua penjawat awam diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, hari ini ada satu lagi berita gembira khas untuk penjawat awam di Selangor pula.

1. Bantuan khas kewangan sebanyak 1.5 bulan gaji bagi 17,528 penjawat awam di Selangor.
2. Dua kenaikan gaji untuk tahun 2016 iaiyu Kenaikan Biasa dan Kenaikan Khas.
3. Imbuhan Tetap Perumahan penjawat awam Gred 41 ke bawah dinaikkan daripada RM180 kepada RM300.

Meriah lah nampaknya raya penjawat awam tahun ini!

0 comments:

Tan Sri Abdul Wahid Omar dan Uber....

Sunday, June 19, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Daripada Menteri kepada pemandu Uber...

Wahid Omar jadi pemandu Uber
Sumber : Astroawani.com

Begitulah tajuk mengenai berita bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri , Tan Sri Abdul Wahid Omar yang viral sejak minggu lepas. Orang ramai yang menggunakan perkhidmatan Uber dikatakan teruja apabila mendapat tahu pemandunya merupakan seorang bekas menteri dan tokoh korporat terkemuka di negara ini.

Saya dan Tan Sri ada satu persamaan. Kami berdua adalah bekas pekerja Maybank. :)

Apa yang saya ingat mengenai Tan Sri sepanjang saya bekerja di Maybank?

- Yang pertama sekali saya ingat mengenai Tan Sri ialah beliau tidak meletakkan pangkat di hadapan namanya bila menghantar emel kepada staf. Itu yang saya perasan dalam emel pertama beliau bila mula berkhidmat sebagai CEO Maybank pada May 2008. Contohnya, menjelang Hari Raya, beliau akan menghantar emel kepada semua staf mengucapkan Selamat Hari Raya dan berhati-hati di jalanraya. Di akhir emelnya, (contohnya kan selalu kalau kita tulis surat atau emel kita akan tulis nama kita selepas 'Sekian, terima kasih') beliau hanya akan menulis 'Wahid' , tanpa pangkat Dato' Sri (ketika itu).

- Tan Sri boleh dikatakan popular di kalangan pekerja Maybank. Setiap kali diadakan jamuan raya untuk kakitangan Maybank, orang yang dicari-cari
dan ditunggu-tunggu oleh kebanyakan staf untuk di selfie / wefie bersama ialah Tan Sri.

- Tan Sri seorang yang sporting. Pandai bermain gitar dan salah satu lagu kegemaran beliau ialah 'Gemuruh' nyanyian Faizal Tahir, Tan Sri selalu juga bermain gitar bila ada acara tertentu diadakan di Maybank.

- Yang saya ingat ketika majlis meraikan hari terakhir Tan Sri berkhidmat di Maybank, beliau juga ada bermain gitar dan menyanyikan lagu 'Kamelia'

- Ketika ucapan Pengerusi Maybank disiarkan di layar besar, Pengerusi mengatakan yang beliau berpuas hati dengan prestasi Tan Sri sepanjang khidmatnya sebagai CEO Maybank. Cuma ada satu saja perkara yang Pengerusi tidak puas hati dengan Tan Sri Wahid. Pengerusi tak puas hati sebab Tan Sri tak main golf!

- Ketika kakitangan diberikan peluang untuk sampaikan kata-kata buat Tan Sri, ada di antara staf yang tidak dapat menahan sebak ketika buat ucapan. Tan Sri boleh saja duduk di kerusinya sambil dengar ucapan dari staf tersebut, tapi beliau memilih bersikap merendah diri dan berdiri mengadap si pemberi ucapan sambil tangannya diletakkan di dada (macam cara pekerja hotel sambut tetamu) tanda terima kasih atas ucapan tersebut.

Itu sebahagian ingatan saya sebagai pekerja biasa. Bagi yang bekerja terus secara langsung di bawah Tan Sri , pasti lebih banyak lagi kenangan yang disimpan. Jadi bila Tan Sri Wahid jadi pemandu Uber dengan sebab-sebab yang beliau telah nyatakan, saya tak rasa begitu pelik dan tak rasa tindakan itu jauh daripada personalitinya sebagai CEO yang saya lihat sebelum ini.


Saya ada autograph Tan Sri  hehehe...(nama dan no staf saya padamkan :p )


Macam mana nak book Uber Tan Sri ini ya?



0 comments:

Baju raya, Jalan TAR dan bling-bling...

Sunday, June 19, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera....

Ramadhan sudah menghampiri 14 hari dan bakal berlalu meninggalkan kita tidak lama lagi. Aura dan semangat menyambut hari raya semakin dirasai terutama bila berkunjung ke pusat-pusat membeli belah. Saya sempat ke Wangsa Walk Mall dan Aeon Setiawangsa pagi tadi untuk 'cuci mata' dan beli jika ada yang berkenan di hati.

Saya sangat susah hendak mencari baju raya yang betul-betul menepati citarasa. Kriteria yang saya cari mudah saja. Saya cuma inginkan sesuatu yang sopan dan ringkas. Tak perlu hiasan manik, labuci dan bling-bling yang keterlaluan. Di zaman serba canggih ini, sudah tidak banyak rupanya baju yang ringkas begitu. Kebanyakan baju sangat 'meriah' dan sarat dengan  hiasan. Jadi memang tidak hairan jika saya ke pusat membeli belah tapi akhirnya pulang dengan tangan kosong tanpa membeli satu barang pun! Seperti di Wangsa Walk Mall tadi, di kedai pertama yang saya singgah, ada sepasang baju kurung yang berkenan di hati. Warna biru gelap dan sedikit hiasan manik ringkas di bahagian leher dan tangan baju. Bila dibelek-belek, tak jadi pula beli sebab kainnya agak tebal dari biasa. Memang setiap kali 'misi pencarian baju raya' akan mengambil masa yang panjang sebab akan ada saja yang tak kena, Kain tebal lah. Warna terang sangat lah. Hiasan di baju itu terlalu 'meriah' lah. Corak di baju agak besar nanti saya akan nampak gemuk lah. Haish!

Dan jika akhirnya saya berjaya jumpa baju yang betul-betul menepati citarasa dan telah mula hendak rasa gembira sangat sebab pencarian dah berakhir, saya selalunya akan dapat jawapan yang macam ini daripada penjual:

"Maaf kak, saiz yang akak nak ni dah habis!"

:(

Jika susah sangat mencari baju kurung siap yang sesuai, mengapa saya tidak tempah saja baju kurung?

Semenjak nenek saudara saya meninggal dunia , agak sukar untuk saya benar-benar selesa dengan baju kurung siap yang dibeli. Selama ini, semua baju kurung saya dan emak saya dijahit oleh arwah nenek saudara dan sememangnya jahitan beliau selesa dan sedap dipakai. Selepas beliau meninggal, pernah juga saya cuba menghantar tempahan baju kurung pada tukang jahit yang lain namun hasilnya kurang memuaskan. Semenjak itu, saya dan emak mula membiasakan diri dengan baju kurung siap sahaja.

Tidak seperti tahun-tahun yang lepas, pada tahun ini saya tidak lagi berkunjung ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) dan sekadar membeli belah di pusat membeli belah yang berhampiran sahaja.  Di Jalan TAR memang banyak pilihan baju, kain, tudung, kuih raya dan pelbagai kelengkapan raya dengan harga yang murah dan berpatutan. Kalau hendak dapatkan barang dengan diskaun hingga 70% , maka rajin-rajinkan lah datang bersesak-sesak ke Jalan TAR pada malam raya nanti (yang bersesak-sesak ini sepupu saya selalu buat!). Kalau hendak ke Jalan TAR memang memerlukan persediaan yang 'rapi' . Awal pagi lagi, seawal jam 8:30 pagi sudah perlu bertolak ke Jalan TAR jika mahu mendapat tempat letak kereta yang berdekatan. Tempat letak kereta yang menjadi rebutan di Jalan TAR ialah di Semua House atau pun di Campbell Complex. Awal-awal pagi begini kadang-kadang peniaga pun belum buka kedai lagi. Kebanyakan peniaga yang berniaga di tapak yang disediakan akan tidur di tapak itu juga pada setiap malam.


keadaan di jalan tar sebelum menjadi sesak dengan orang ramai
Sumber : Google
Awal pagi macam ini di Jalan TAR masih berpeluang dapat
tempat letak kereta yang berhampiran 


Sumber : Google
Suasana di Jalan TAR menjelang tengahari dan petang


Menjelang tengahari suasana di Jalan TAR akan mulai sesak dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi pada waktu ini. Maklumlah, dalam keadaaan orang ramai begitu ada juga ibubapa yang membawa anak-anak kecil dalam stroller, ada pula yang berhenti sembang di tengah-tengah kesesakan orang ramai dan macam-macam ragam lagi. Disebabkan saya memang susah nak jumpa baju yang berkenan di hati, jadi selalunya saya redahkan juga lah lautan manusia di Jalan TAR itu. Berbaloi meredahnya jika akhirnya dapat baju yang dicari.

Ada juga yang kurang selesa hendak bersesak-sesak di tapak bazar raya di Jalan TAR, maka kedai-kedai berhawa dingin (yang dah tak rasa sangat pun hawa dinginnya kerana orang terlalu ramai) yang menjadi pilihan di sekitar Jalan TAR seperti Globe, Muaz Textile, Kamdar, Harisons, Nagoya, Gulatis (dan ada satu kedai jual baju kurung batik (saya lupa nama kedainya) yang cantik-cantik tapi mahal harganya) serta banyak lagi kedai-kedai kain dan tudung yang boleh buat orang rambang mata,

Tahun ini saya cukup dengan sepasang baju kurung sahaja, Berjaya juga saya temui yang berkenan dan ada saiznya di Aeon Setiawangsa tadi. Warna yang lembut, sedikit manik, tiada bling-bling dan yang penting ada saiz yang saya mahukan!

Baju kurung yang lama masih boleh dipakai jika berjaya turunkan berat badan....


***Betul ke baju raya Che Ta  tahun ini 30 pasang? **



0 comments:

Cara mudah turunkan berat badan di bulan puasa

Friday, June 17, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Salam sayyidul ayyam...

Hari ini dah masuk hari ke-12 umat Islam berpuasa. Bagi anda yang mengambil kesempatan bulan puasa ini untuk turunkan berat badan, macam mana dengan rancangan anda setakat ini, berjaya tak turunkan berat badan?

Saya ada juga cuba kurangkan makan sepanjang bulan Ramadhan ini. Waktu berbuka makan nasi sesenduk saja. Kuih sepotong dua. Tak minum air sejuk, berais atau pun air berkarbonat. Cukup dengan air teh O suam. Selepas makan waktu berbuka dan selesai solat Maghrib, Isyak dan terawih, saya dah tak makan apa-apa lagi. Minum pun tidak (ini memang masalah 'besar' saya, saya memang kurang minum air, susah benar rasanya nak minum). Menu saya pun tak berapa seimbang sebab selalu tiada sayur-sayuran dan buah-buahan dalam hidangan berbuka.

Mengikut 'teori saya sendiri', segala kalori untuk semua yang saya makan waktu berbuka telah atau akan dibakar sewaktu saya mengerjakan solat bermula dari solat Maghrib hingga selesai solat terawih. Tahu kah anda, bagi setiap rakaat solat yang anda tunaikan, sebanyak 10 kalori akan dibakar? Saya temui fakta ini dalam buku yang saya baca sekitar dua bulan lepas (beli bukunya dah lama tapi baru teringat nak baca). Tajuknya 'Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit' tulisan Dr Adi Hashman. Jika kita kerjakan solat Maghrib dan Isyak beserta dengan solat sunat Qabliyah dan Ba'diyah serta solat terawih sekurang-kurangnya 8 rakaat, maka jumlah rakaat kesemuanya ialah 21 rakaat. Jadi, jika 1 rakaat dah membakar sebanyak 10 kalori, kalau 21 rakaat? Kalau solat terawih hingga 20 rakaat lagi lah banyak kalori akan dibakar.

Buku 'Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit' ini
memang best.

.
Seronok kan, sambil solat secara tak langsung dapat bakar lemak-lemak yang terkumpul di badan! Selain solat terawih, ada beberapa lagi aktiviti mudah seperti aktiviti berjalan kaki dalam bulan puasa ini yang dapat membantu kurangkan berat badan, antaranya:

- Berjalan kaki dari rumah ke masjid untuk solat berjemaah
- Jika tinggal dekat dengan bazar Ramadhan, berjalan kaki saja lah, tak perlu naik kenderaan
- Window shopping atau membeli belah persiapan raya, Berjalan kaki dari satu shopping complex ke satu shopping complex yang lain, kalau mampu lah.

Bakar kalori semasa solat
Sambil solat sambil bakar kalori!

Berjalan kaki untuk bakar kalori
Aktiviti berjalan kaki banyak manfaatnya

Setakat yang saya timbang hari ini, berat saya dah turun sebanyak 3 kg, iaitu daripada 62 kg kepada 59 kg. Saya cuba juga untuk kurangkan makan waktu sahur tapi masih tak berjaya, Hasrat di hati hendak makan kurma atau roti saja semasa bersahur tapi hasrat tak pernah tercapai. Sebabnya? Sebab semasa sahur kena menghabiskan makanan waktu berbuka yang masih ada lebihan untuk elakkan daripada membazir. Ada saja makanan yang terlebih, samada yang dimasak sendiri atau pun yang diberi oleh jiran-jiran.

Baca juga:
Puasa, kurangkan berat badan dan RM55,646...

Jom sama-sama kurangkan berat badan dan dapatkan berat badan yang ideal. Jika masih belum berjaya, masih belum terlewat untuk lebihkan usaha, Yang penting kena pastikan juga berat badan tidak bertambah pula di bulan puasa ini.

Jika di bulan puasa pun berat badan sudah bertambah, macam mana agaknya hendak menghadapi godaan di bulan Syawal nanti?

:)

 

0 comments:

Waktu berbuka dan pencuri terhebat di bulan Ramadhan...

Tuesday, June 14, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera...

Di bulan puasa ini, siapa yang tak nak rebut cari jalan dapat pahala, memang rugi besar.

Buat amalan sunat, pahalanya sama dengan pahala kerjakan amalan fardhu.
Buat amalan fardhu, pahalanya jadi berlipat kali ganda.
Bulan mustajab doa terutama semasa sahur dan berbuka puasa.

Dah ada tawaran sebegini hebat pun masih belum tergoda? Kalau kita belum tergoda, jom kita sama-sama periksa dan koreksi diri. Mana lah tahu kalau-kalau kita ini perasan pahala dah banyak jadi tak perlu nak kejar sangat pahala berlipat ganda di bulan Ramadhan ini. Dan yang paling bahaya kalau kita rasa kita dah ada semuanya dan tak perlu nak memohon lagi pada yang Maha Esa.

Tahun ini saya cuba buat sedikit perubahan kecil sewaktu berbuka. Kalau tahun-tahun yang lepas, sementara tunggu waktu berbuka, kami sekeluarga akan berlonggok depan tv menonton drama Melayu pukul 7. Sambil berbuka puasa pun mata masih melekap di tv. Bila dah tonton hari-hari memang susah nak tinggalkan. Jadi 'hasilnya' , solat Maghrib pukul 8 malam (lepas habis drama) dan lepas itu kelam kabut bersiap nak ke masjid untuk solat terawih.

Baca juga:
Bazar Ramadhan dan cerita kuih buah melaka...

Kebetulan, saya ada menonton sebuah rancangan masakan pada hari Ahad lepas. Dialog antara hos rancangan dengan artis jemputan (saya nama kan sebagai A) lebih kurang macam ini:

Hos : "Pada pandangan A, apa kelebihannya drama lakonan A ditayangkan di bulan puasa?"

Pelakon A: "Oh, saya rasa ada kelebihannya kak. Sebab masa bulan puasa ini satu keluarga akan buka puasa sambil tengok drama lakonan saya di tv"

Hos : "Bagus ya. Dia orang tengok kau berlakon, lepas tu dia orang tak solat Maghrib, kau yang berdosa!"

 Krik..krik..krik...

Jadi tahun ini, mula jam 7 malam saya terus tukar ke saluran Al-Hijrah. Di Al-Hijrah ada siaran langsung dari Masjidil Haram. Memang puas lah tengok suasana di Msjidil Haram yang dah mulai dipenuhi dengan jemaah haji, Pada masa yang sama akan ada bacaan ayat suci Al-Quran dari qari yang terpilih. Antara tonton drama dengan dengar bacaan Al-Quran sementara tunggu waktu berbuka puasa, yang mana lebih baik agaknya?  Saya sangat suka dengar bacaan oleh Sheikh Mahir Al Muaiqly, bacaannya menusuk kalbu (walaupun saya tak faham makna bacaan).

masjidil haram mula dipenuhi jemaah umrah
Lintas langsung dari Masjidil Haram di TV AlHijrah

berpuasa di mekah
Rindu hendak ke Mekah lagi,,,

ramadhan di tanah suci
Ramadhan di Tanah Suci


Semasa di Mekah dulu sempat juga saya beberapa kali berkesempatan solat berimamkan Sheikh Mahir. Masa itu kalau boleh memang tak nak solat itu habis, sebab tak puas dengar suara Sheikh! Saya pernah juga ke kedai yang jual cd bacaan ayat-ayat Al-Quran semasa di Mekah.  Err, memang cabaran juga lah sebab masalah bahasa. Mula-mula penjual di kedai cd itu layan juga lah saya nak dengar satu persatu cd yang ada di kedai nya. Lama-lama penjual itu pun bosan sebab lama benar dengar cd tapi tak beli-beli pun! Akhirnya saya minta tolong saja pada Ustaz yang jadi mutawwif untuk belikan cd tersebut. Kan senang cerita!

Saya ada terbaca di satu posting FB (maaf, lupa pula siapa yang post), antara 'pencuri' terhebat di bulan Ramadhan ini ialah tv. Betul kan? Pencuri terhebat sepanjang masa sebenarnya. TV lah yang menjadi pencuri masa, wang dan tenaga sehingga tanpa sedar Ramadhan kita berlalu tanpa sebarang makna. Disebabkan tv, kita bertangguh solat. Disebabkan tv, kita rugi sebab terlupa zikir. Disebabkan tv, kita malas nak berjemaah di masjid. Selain daripada tv, 'pencuri-pencuri' hebat yang lain termasuklah gajet dan media sosial.

Ramadhan hanya datang sebulan dalam setahun. Terlepas peluang beribadah pada Ramadhan kali ini, belum tentu kita akan berpeluang lagi bertemu Ramadhan di tahun hadapan.

Jadi kawan-kawan (pesanan untuk diri sendiri juga), berhati-hati lah.
Jangan biar kan masa anda dicuri oleh tv ya!



0 comments:

Bazar Ramadhan dan cerita kuih buah melaka....

Saturday, June 11, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera....

Hari ini baru lah saya berpeluang menjejakkan kaki ke bazar Ramadhan. Disebabkan saya hendak membeli ubat di farmasi dan farmasi yang terdekat ialah di Setiawangsa, maka bazar Ramadhan di Setiawangsa lah yang menjadi pilihan untuk singgah membeli juadah berbuka puasa.

Bazar Ramadhan di Setiawangsa ini terletak di belakang CIMB dan mengunjur ke atas sehinggalah Restoran Ar-Riyad. Sengaja saya pergi awal, lebih kurang jam 4 petang. Singgah dulu di farmasi, saya telah pun diberi 'amaran' oleh adik yang bertugas di kaunter bayaran farmasi itu.

"Akak kalau pergi lambat bazar Ramadhan ni, memang tak boleh nak bergerak langsung kak. Ramai betul orang. Padat!"

Jam 4 petang masih dikira awal untuk singgah di bazar Ramadhan. Masih ada beberapa gerai yang baru saja memasang meja dan ada juga gerai yang tapaknya masih kosong lagi, belum nampak batang hidung peniaga nya. Saya perhatikan masih ada 'muka-muka lama' atau peniaga yang sama yang saban tahun berniaga di bazar Ramadhan ini. Antaranya ialah peniaga yang sama yang menjual ikan bakar, sup, cucur panas, pelbagai kuih-muih dan popia.

Antara gerai di bazar Ramadhan Setiawangsa ini yang saya ingat sekali ialah gerai jual karipap. Penjualnya ialah 3 orang remaja lelaki yang manis-manis wajahnya. Bila membungkus karipap pun sopan santun saja lagaknya. Tadi saya cari juga gerai ini namun tidak kelihatan. Belum sampai lagi atau tidak berjaya dapat tapak berniaga tahun ini agaknya? Atau mungkin juga berjaya dapat tapak berniaga di kawasan yang lebih baik.

Begitu juga dengan gerai yang menjual mi, mihun dan kuetiau gorena tahun lepas, tidak kelihatan tahun ini. Saya masih ingat lagi aksi kakak yang menggoreng ketiga-tiga jenis makanan ini dalam 3 kuali besar. Walaupun masih belum siap menggoreng, orang ramai setia berdiri di depan gerainya menanti, termasuklah saya! Itu lah kelebihannya bila masakan yang disediakan mempunyai keenakkannya yang tersendiri, Bila makanan yang dijual itu sedap, tak perlu susah payah hendak mempromosikannya, pelanggan akan datang dengan sendirinya. Tapi, itu lah, sudah tiada pula gerai itu di bazar Ramadhan tahun ini.

Bermacam-macam pilihan makanan tidak berjaya 'menggoda' saya untuk berbelanja dengan banyak (untuk hari ini, esok lusa belum tentu macam mana!). Akhirnya, 'hasil tangkapan' di bazar Ramadhan petang tadi hanyalah 2 bungkus mihun sup dan 2 jenis bubur iaitu bubur kacang dan bubur cha-cha (kakak yang jual itu pesan, selepas makan bubur cha-cha itu, boleh lah menari cha-ca..err...). . Cukuplah hasil tangkapan tersebut sebagai hidangan berbuka untuk saya dan emak saya. Disebabkan adik-adik manis jual karipap itu tiada, maka saya goreng saja karipap frozen yang ada di rumah (dah ada karipap frozen di rumah ada hati nak beli lagi karipap di bazar Ramadhan ya).

Jumlah yang dibelanjakan di bazar Ramadhan untuk hari ini? Mihun sup 2 bungkus berharga RM8 dan 2 jenis bubur bubur berharga RM5. Jumlahnya RM13. Maknanya belanja berbuka puasa untuk seorang hanyalah RM6.50. Teringat pula saya pada cabaran seorang sahabat untuk mencari menu berbuka yang berharga bawah daripada RM10. Macam misi sukar katanya. Nah, saya dah buktikan cabaran itu tak mustahil.

Sementara menunggu waktu berbuka, terdengar pula suara anak jiran sebelah rumah memberi salam. Jiran sebelah yang baik hati hari ini telah sudi berikan satu bekas besar mi goreng untuk berbuka puasa. Semoga murah rezeki jiran saya itu. Alhamdulillah, tambah satu lagi hidangan di atas meja.

Oh ya, lupa pula nak cerita. Di bazar Ramadhan tadi saya ternampak sesuatu yang 'mengejutkan'. Ketika saya sedang ralit membaca satu demi satu juadah yang tertulis di deretan gerai itu tadi, saya terbaca harga sejenis kuih yang sangat mengejutkan.

Di papan tanda yang pertama tertulis '5 biji kuih = RM2'

Itu harga normal kan. Beralih pula kepada papan tanda yang kedua di gerai yang sama.

Tertulis di situ '1 biji buah melaka = RM1'

onde-onde
Sumber : bukuresipi.com

Wah, mahalnya harga kuih buah Melaka! Malangnya gerai tersebut baru hendak dibuka kuih-muihnya masih belum diletakkan di atas meja jualan. Tak berkesempatan lah saya nak tengok saiz buah Melaka yang berharga RM1 sebiji itu. Atau adakah saya salah tengok? Saya tersalah baca harga kuih buah Melaka yang tertulis di papan tanda tersebut kah? Jika berkesempatan, saya akan ke bazar Ramadhan Setiawangsa lagi esok untuk pastikan harga kuih buah Melaka tersebut.

Baca juga:
Tepung pelita, putu piring dan roti jala....
Bulan Ramadhan dan amalan yang dicintai

Selain tepung pelita, putu piring dan roti jala, saya suka juga makan kuih buah melaka atau dikenali juga sebagai onde-onde. Tapi melihatkan harga yang sebegitu, mungkin dah tiba masanya saya belajar buat sendiri buah Melaka ini!



0 comments:

Bayaran BR1M diawalkan sempena Hari Raya Aidilfitri

Saturday, June 11, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Pagi ini semestinya pagi yang menggembirakan bagi mereka yang layak menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Kerajaan mengumumkan pembayaran BR1M peringkat ketiga akan diawalkan pembayarannya kepada 15 Jun ini. Mengikut jadual asal, bayaran peringkat ketiga adalah pada 23 Jun 2016.

Bayaran awal BR1M ini bertujuan untuk membantu mereka yang layak menerima BR1M untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun penerima dan surat kelulusan akan diposkan ke alamat penerima untuk ditunaikan di cawangan BSN bagi mereka yang tidak mempunyai nombot akaun bank. Sekarang pertanyaan  boleh lah menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau emel ke br1m@treasury.gov.my.


bayaran ketiga BR1M 2016 diawalkan sempena hari raya
Sumber : Utusan Malaysia

Bagi individu yang permohonan BR1M nya gagal atau ditolak atas sebab-sebab tertentu, permohonan untuk membuat rayuan telah pun ditutup pada 15 April yang lalu. -Keputusan atau semakan kelulusan permohonan rayuan BR1M akan diketahui pada minggu ketiga bulan Jun ini. Masih sempat lagi jika merancang untuk gunakan wang bantuan ini untuk membuat persiapan raya.

RM250 mungkin kecil jumlahnya bagi mereka yang berpendapatan tinggi. Tapi bagi yang berpendapatan kecil, RM250 itu besar ertinya. Mungkin bagi sebuah keluarga dengan 5 orang anak, jumlah itu tak mampu untuk belikan setiap ahli keluarga sehelai baju baru, tapi sekurang-kurangnya dapat dijadikan duit belanja dapur untuk menyediakan hidangan di pagi raya nanti.

Bayaran awal BR1M dan bantuan khas RM500 untuk penjawat awam (dan RM250 untuk pesara) sempena Hari Raya Aidilfitri memang menggembirakan mereka yang layak menerima nya. Bagaimana pula dengan mereka yang tidak tersenarai sebagai penerima BR1M dan bagi pekerja swasta? Bersyukur lah dengan apa yang ada......

Baca juga:
Rayuan permohonan BR1M 2016 bermula 15 Mac 2016 hingga 15 April 2016
Duit BR1M dah masuk ke belum?



 

0 comments:

Sudah hilangkah rasa perikemanusiaaan?

Friday, June 10, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera...

Saya nak share kisah yang buatkan air mata menitis malam ini. Kisah daripada rakaman video yang saya rasa mampu mengusik hati dan perasaan waima orang itu berhati kental dan keras macam mana sekali pun.

Paparan rakaman yang menyayat hati di bilik kecemasan sebuah hospital di Aleppo, Syria. Tiga beradik @ sahabat, Muhammad, Mahmoud dan Amar sedang bermain di luar rumah seperti hari-hari yang biasa. Segalanya berubah bila kawasan permainan mereka ditimpa bom...

derita anak-anak syria
Sumber : FB IKRAM for SYRIA i4s


Petikan daripada FB IKRAM for SYRIA i4s

Tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
2 orang kawan yang melihat kawannya berjuang untuk hidup tetapi akhirnya terpaksa memberikan ciuman terakhir.
Dan Seorang ibu yang sangat tabah membawa jenazah anaknya untuk pengebumian.
Adakah salah mereka bermain di luar wahai Assad dan Putin?


Sumber : FB IKRAM for SYRIA i4s

Sumber : FB IKRAM for SYRIA i4s

Sumber : FB IKRAM for SYRIA i4s


Anda boleh lihat video penuh di FB IKRAM for SYRIA i4s. Tonton berulang kali, air mata pasti akan tetap mengalir :(

Sudah hilangkah rasa perikemanusiaan? Sesiapa sahaja yang bertanggungjawab menggugurkan bom itu, mungkinkah hatinya sudah sekeras batu.? Jika pihak yang bertanggungjawab itu menonton rakaman video ini, tidak ada kah walaupun sekelumit rasa bersalah dengan tindakan mereka? 

Apa kah dosa anak kecil itu? 

:(


0 comments:

Bulan Ramadhan dan amalan yang dicintai

Friday, June 10, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera.....

Salam sayyidul ayyam....
Hari ini hari Jumaat pertama dalam bulan Ramadhan. Hari ini juga merupakan hari Jumaat terakhir cuti sekolah (bagi negeri yang bersekolah pada hari Jumaat) sebelum sesi persekolahan dimulakan pada hari 13/6 nanti,

Pejam celik, pejam celik sekejap saja dah masuk hari ke-5 umat Islam menunaikan ibadah puasa. Semoga ibadah kita semua diterima oleh-Nya. Macam mana dengan amal ibadah kita di bulan mulia ini setakat ini (soalan untuk diri saya sendiri)? Rasa masih belum cukup, masih ada yang terkurang di sana sini. Daripada checklist yang saya kongsikan di entry yang lepas, ada juga lah satu dua amalan yang tidak bertanda sebab tak dibuat. Masih perlu kuatkan semangat dan istiqamah nampaknya.

Kadang-kadang kita nampak amalan-amalan yang besar saja dan terlepas pandang amalan kecil yang juga mendapat ganjaran pahala kan.

pahala menggembirakan orang lain
Sumber : FB Telekung Project


Semangat untuk bersedekah RM100 pada hari pertama Ramadhan untuk tabung masjid itu baik. Tapi lebih baik juga jika kita istiqamah bersedekah setiap hari walaupun dalam jumlah yang sedikit. Dan lebih baik juga bersedekah RM100 itu setiap hari (bagi yang mampu)!

Semangat untuk memasak pelbagai resipi dan menu untuk hidangan berbuka nanti juga adalah baik, asalkan tidak membazir. Malah berganda-ganda baik nya jika kita berkongsi hidangan tersebut dengan jiran tetangga. Emak saya semangat memasak rendang pada hari pertama Ramadhan untuk dikongsi bersama-sama jiran tetangga. Dapat lah juga bersedekah 6 bekas berisi rendang daging untuk 6 jiran terdekat. Jiran-jran yang baik hati pula telah membalas kembali dengan hidangan mereka seperti kek, bubur dan roti.

"Barangsiapa memberikan makanan untuk berbuka kepada yang puasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang puasa tanpa mengurangi pahala orang yang puasa itu sedikit pun" - Hadis Riwayat Tirmizi

rendang daging yang sedap
Rendang apa yang paling sedap?
Rendang daging yang emak masak!

Semangat untuk mencari rezeki tambahan di bulan Ramadhan juga satu amalan yang baik. Tidak kiralah sama ada berniaga di pasar Ramadhan mahupun hanya buka gerai di depan rumah, semuanya adalah salah satu cara yang baik untuk menambahkan pendapatan, Nak dapat lebih kebaikan dengan berniaga? Sekali sekala tiada ruginya jika kita melebihkan apa yang diminta oleh pembeli. Makcik yang menjual kuih muih di pasar Ramadhan yang saya kunjungi tahun lepas ialah seorang yang sangat pemurah. Makcik ini pada hari-hari biasa ada membuka gerai di Setiawangsa berhadapan dengan CIMB. Cakoi yang dijualnya lembut dan sedap yang dijual dengan harga RM2 bagi 5 keping, Setiap kali saya membeli sebanyak RM4, pasti makcik itu akan melebihkan satu atau dua keping cakoi untuk saya, Semoga makcik itu dimurahkan rezekinya selalu,


Semangat untuk menggandakan amal ibadat di bulan Ramadhan ini sangat-sangatlah dituntut, Tapi amal ibadat bukan hanya terhad pada solat dan berzikir saja kan? Tidur orang yang berpuasa juga dikatakan sebagai ibadah dan mendapat pahala, tapi tidaklah sepatutnya kita ambil kesempatan tidur sepanjang hari! Begitu juga dengan tugas di pejabat. Berpuasa tidak menjadikan kita lemah dan malas untuk bekerja, Setiap amalan yang dilakukan dengan ikhlas pastinya mendapat ganjaran berlipat kali ganda di bulan yang mulia ini, Menghadiri kuliah agama juga salah satu cara menggandakan pahala. Setiap langkah menuju ke majlis ilmu dicatatkan ganjaran pahala yang besar. Banyak juga kuliah-kuliah yang diadakan di pejabat pada waktu makan tengahari bagi mengisi masa rehat. Rindu pula suasana di pejabat saya dulu. Waktu paginya sebelum mula waktu pejabat, bermula jam 8 hingga 8,45 pagi ada kuliah Dhuha, Tengahari pula ada kuliah Zohor dari jam 1 petang hingga 2 petang dan petangnya jika hari Jumaat ada kuliah Asar. Setiap hari juga diadakan jamuan berbuka bagi yang pulang lewat dari pejabat. Memang sepanjang di pejabat itu terasa betul aura bulan Ramadhan!


Di bulan Ramadhan juga kebanyakan orang yang bekerja pejabat akan pulang awal untuk berbuka bersama keluarga. Jadi kesesakan jalanraya memang bukanlah perkara yang luar biasa, ditambah pula jika jalan tersebut berdekatan dengan pasar Ramadhan. Dengan sikap pemandu yang memotong barisan, dengan sikap pemandu yang pandu terlalu perlahan di depan kenderaan kita, dengan sikap pemandu yang letak kenderaan sesuka hati hingga susah kan kenderaan lain dan macam-macam lagi
Masa ini lah kesabaran akan teruji kan. Jadi apa yang boleh kita lakukan dalam situasi ini? Satu saja yang kita boleh buat. Sabar. Sikap pemandu lain adalah di luar kawalan kita. Yang mampu kita kawal ialah diri kita sendiri. Selain dapat elak kan rasa stress yang sia-sia, kita juga dapat mudahkan perjalanan pemandu yang lain dan yang paling utama, ganjaran pahala atas kesabaran kita.

Selamat merebut ganjaran pahala Ramadhan sementara peluang masih ada....



0 comments:

Tepung pelita, putu piring dan roti jala....

Wednesday, June 08, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera....

Saya terbaca satu post di FB mengenai murtabak. Post tersebut bertanyakan kenapa kita selalunya teringin nak makan murtabak pada bulan puasa? Bulan-bulan lain tak pula rasa teringin sangat nak makan murtabak kan? Kenapa ya jadi macam itu?Apa kaitannya murtabak dengan bulan puasa? Atau ia nya adalah nafsu makan kita semata-mata. Disebabkan bulan puasa, bukan setakat murtabak, semua jenis makanan pin kita tiba-tiba jadi teringin kan!

Saya pun lebih kurang juga dengan golongan peminat-murtabak-di-bulan-puasa. Bezanya, saya tidak lah teringin sangat murtabak, tapi teringin makanan-makanan yang tersenarai di bawah ini. Setiap kali tibanya bulan puasa, itu lah jenis-jenis makanan yang kerap jadi 'ahli tetap' dihidangkan atas meja makan:

1. Kuih tepung pelita
- Kuih tradisonal adunan dari tepung beras, gula dan santan dan diletakkan dalam kelongsong daun pisang ini memang jadi kegemaran saya di bulan puasa. Tak tahu lah kenapa. Tepung pelita ini kalau nak beli di pasar Ramadhan kena pilih-pilih juga. Kadang kala ada tepung pelita yang agak cair dan berair macam tak berapa nak masak.
- Kebiasannya kuih tepung pelita ini dijual dengan harga RM3 bagi 1 pek yang mengandungi 5 kuih tepung pelita.

tepung pelita dan putu piring
Tepung pelita dan putu piring yang sedap!


2. Kuih putu piring
- Satu lagi kuih tradisional yang selalunya teringin di bulan puasa sahaja, Antara bahan utama untuk membuat putu piring ialah tepung beras, kelapa parut dan gula melaka. Selain putu piring, putu bambu pun menarik juga dijadikan sebagai hidangan berbuka.
- Ada orang kata buat putu piring ini boleh cepat kaya sebab bahan-bahan untuk buat putu piring ini tidaklah mahal sangat tapi kebanyakan putu piring ini dijual dengan harga RM3 untuk 5 keping. Ada juga yang saya jumpa putu piring dijual dengan harga RM2 untuk 4 keping. Betul ke boleh cepat kaya jual putu piring ini?


3. Roti jala
- Agak susah nak jumpa roti jala dijual di kawasan rumah saya ini melainkan di bulan puasa. Roti jala yang dijual di pasar Ramadhan pula ada macam-macam jenis. Ada yang roti jalanya jenis 'kurus kering', nipis sangat 'jala nya', dan ada roti jala yang 'jala nya' terlebih 'tebal' . Saya bila beli roti jala mesti akan perhatikan peniaga semasa sedang sediakan roti jala tersebut. Ada yang saya nampak, roti jala nya yang tidak berapa nak jadi, maksudnya jala nya 'terputus' dan hasilnya roti jala itu jadi lebih kecil saiz daripada yang sepatutnya. Sesetengah peniaga akan berikan satu lagi roti jala ekstra untuk 'cover' roti jala yang tidak menjadi tadi dan kemudian dijual dengan harga RM3 untuk 5 keping. Tapi ada juga peniaga yang tak ada rasa apa-apa bila tetap juga jual dengan harga RM3 termasuk roti jala yang tak menjadi itu.
- Roti jala sangat sedap dimakan bersama kuah kari atau kuah durian (serawa durian),


4. Cempedak goreng
- Yang ini memang kegemaran saya tapi dah beberapa tahun juga saya tak beli di pasar Ramadhan sebab agak mahal. Seingat saya, kali terakhir saya beli di pasar Ramadhan, sebiji/seulas/seketul cempedak goreng dijual dengan harga RM1. Kalau beli 10 biji dah jadi RM10. Dengan RM10 saya dah boleh beli mee goreng untuk 2 orang, jadi rasa tak berbaloi nak beli cempedak goreng dengan harga yang macam itu.

Baca juga:
Bazar Ramadhan dan cerita kuih buah melaka...

Selain kuih muih di atas, antara makanan lain yang saya cari di pasar Ramadhan ialah selain daripada nasi. Jemu juga jika makan mee atau mihun atau kuey tiaw goreng, jadi tahun lepas gembira juga lah bila jumpa macaroni dan spaghetti di pasar Ramadhan Melawati, Harganya berpatutan (tapi dah lupa pula berapa harganya) dan rasanya pun memuaskan.

Bulan Ramadhan tahun ini agak berbeza daripada tahun-tahun yang lepas sebab kali ini saya masih belum menjejakkan kaki ke pasar Ramadhan walaupun sudah 3 hari kita berpuasa. Selalunya di hari pertama berpuasa lagi saya sudah buat tinjauan pilihan makanan di pasar Ramadhan, Bagus juga sebenarnya, jimat sikit duit!







0 comments:

Solat terawih, saya dan tirai...

Monday, June 06, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera....

Ok tak puasa di hari pertama Ramadhan ini?
Macam soalan untuk budak-budak atau orang pertama kali puasa pula kan. Macam anak saudara saya yang berumur 7 tahun. Di hari pertama ini, puasa tahan setakat pukul 2:30 petang. Yang adiknya umur 5 tahun, pukul 9 pagi dah berbuka makan nasi!

Ibadah terawih masuk malam ke-2 malam ini. Saya masih belum berkesempatan ke masjid, hanya tunaikan solat terawih di rumah. Jadi ada kerugian ganjaran berjemaah di situ. Kata sesetengah orang, kalau buat solat terawih sendirian di rumah, tak ada motivasi. Ya ke? Alhamdulillah, saya masih termotivasi untuk solat terawih, walaupun dibuat di rumah!

Cerita mengenai solat terawih, ada satu kenangan yang tak mungkin akan saya lupakan sampai bila-bila. Masa itu saya merupakan pelajar matrikulasi di Kampus UKM, Bangi. Pada setiap malam jika tiada halangan, ahli jawatankuasa Biro Agama (saya lupa dah nama biro nya) pelajar Matrikulasi akan anjurkan solat terawih di surau Dewan Anuwar Mahmud yang berdekatan dengan hostel (dulu dipanggil Kamsis) kami, Kamsis Ungku Omar. Ramai juga pelajar yang sertai dan tak kurang juga yang memilih untuk solat terawih di Masjid UKM.

Apa kenangan yang tak boleh dilupakan itu? Nak cerita melalui penulisan mungkin susah sikit nak digambarkan. Lebih jelas kalau tengok gambar yang saya jumpa di FB ini.

Sumber : FB ohmedianetwork
Tirai surau (yang memisahkan bahagian solat lelaki dan perempuan), yang ditiup angin kipas menutup kepala saya!

Saya agak 'bernasib baik' sebab tirai tersebut tersangkut atas kepala saya dan menutup sebahagian dari wajah saya. Memang gelap gelita lah pandangan saya masa itu. Dan kira-kiranya saya ini dah termasuk ke bahagian solat lelaki. Kenapa saya kata saya 'bernasib baik'?  Sebab di depan saya ada 2 orang pelajar lelaki matrikulasi yang sedang duduk-duduk saja, tak tahu lah kenapa mereka tak join sekali solat terawih tu. Bila saya tiba-tiba 'muncul' di tepi mereka dengan tirai di kepala, saya siap sempat dengar lagi salah seorangnya berkata, "Huish, terkejut aku!" (ha, itu lah, siapa suruh duduk saja tak solat!). Mujur kain tirai cover muka saya, kalau tidak memang tak pergi kuliah lah saya jawabnya. Malu! Habis solat terawih malam itu memang saya puas kena gelak dengan kawan-kawan.

Baca juga:
Selamat Menyambut Ramadhan atau Selamat Hari Raya?


Lepas peristiwa itu saya memang fobia sikit nak solat di saf pertama. Bila fikirkan kerugian tak rebut fadhilat saf pertama, saya cuba juga lah untuk atasi fobia itu. Memang cuak bila tirai di surau @ masjid 'melambai-lambai' ditiup kipas angin. Rasa-rasa macam akan berulang lagi peristiwa tirai di atas kepala!


0 comments: