Iklan raya apa yang best tahun ini?

Thursday, June 23, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera...

Semasa membelek FB tadi, saya tengok banyak juga post yang cerita mengenai iklan, teaser iklan dan cereka pendek yang telah diterbitkan sempena raya yang akan menjelang tak lama lagi. Antaranya:

1. Maybank Jom Raya 2016 (#MaybankJomRaya)

Bukan selalu Maybank keluarkan iklan raya!

 - Macam tak percaya juga bila tahu yang Maybank ada iklan raya, Rasanya macam dah lama Maybank tak buat iklan raya. Kalau ada pun setakat ucapan daripada CEO, tak pernah lagi ada iklan Maybank nyanyi-nyanyi lagu raya macam iklan tahun ini Siap ada Smule lagi untuk sesiapa yang berminat nak nyanyi sama lagu raya Maybank ini. Lagu raya Maybank Jom Raya 2016 ini adalah mengikut rentak lagu korporat Maybank. Lagu yang berkumandang di pejabat Maybank setiap jam 8:45 pagi sebelum mula bekerja, Lagu yang akan buat saya rasa rasa panik bila dengar sebab masa itu saya baru sampai di tempat letak kereta atau masih tunggu lif di lobi! Late coming lah jawabnya nanti. Di department saya, late comers ialah sesiapa yang sampai pejabat dan punch in bila habis lagu korporat ini berkumandang! Rindu pula saya nak nyanyi lagu korporat Maybank ini...Kalau anda nak dengar lirik asal lagu korporat Maybank (dalam versi bahasa Inggeris) ini anda boleh dengar di YouTube.


2. Cereka pendek Pulang dari Zalora

Cereka pendek Pulang yang best!

- Saya seorang saja kah yang tak tahu pereka fesyen Rizalman Ibrahim ada bakat mengarah dan berlakon? Menarik juga cereka pendek yang menampilkan Rizalman, Marlia Musa, Fauziah Ahmad Daud, Wan Hanafi Su dan 2 orang anak Rizalman iaitu Umar Nail dan Aali Nail sebagai pelakon ini. Selain jalan cerita yang menarik, sinematografi nya juga mengkagumkan. Saya suka sangat pemandangan pantai di Terengganu yang sangat-sangat indah. Bagi yang mudah tersentuh. sila sediakan tisu siap-siap sebelum menonton cereka pendek ini.


Antara adegan dalam cereka Pulang


3. Iklan raya TNB 2016 (#LepasTu)




- Iklan raya kalau ada kanak-kanak memang menarik sebab kanak-kanak lah yang paling seronok nak sambut raya kan. Iklan raya TNB dengan tagline 'Lepas Tu' (teringat pula pada Dafi dalam drama 'Dia Semanis Honey' ) mengisahkan seorang budak lelaki bernama Din yang banyak melakukan kesalahan dan risau akan dimarahi oleh bapanya.
- Iklan ini ringkas saja dan kadang-kala sesuatu yang ringkas itu lah yang mempunyai mesej yang mendalam.



4, Iklan Watsons Raya Mesti Cun





- Tak tahu kenapa tapi setiap kali keluar iklan ini di tv saya akan teringat pada drama 'Mak Cun' arahan Erma Fatima itu. Tiada kaitan pun antara iklan Watsons Raya Mesti Cun ini dengan Mak Cun. - Iklan yang menyelitkan elemen kelakar  ini menampilkan beberapa artis seperti Sari Yanti, Mawar Rashid, Raja Ilya, Deanna Yusuf dan Arja Lee. Mesej utama yang hendak disampaikan ialah anda boleh tampil cun dengan membeli pelbagai barangan yang ditawarkan di Watsons sebagai persediaan raya ini!



Antara iklan raya yang dinanti-nantikan semasa musim raya ialah iklan raya Petronas dan Telekom Malaysia (TM). Iklan raya Petronas dan TM untuk tahun ini belum ada lagi kan (setakat entry ini ditulis)?

Dalam banyak-banyak iklan raya, selain iklan-iklan raya arahan arwah Yasmin Ahmad untuk Petronas, pada pandangan saya belum ada lagi yang dapat tandingi iklan raya Bernas tahun 2012 bertajuk 'The Journey'. Sangat-sangat menyentuh perasaan iklan ini!



Diharapkan lebih banyak lagi iklan-iklan yang kreatif dan bermesej akan dihasilkan sempena musim perayaan ini. Sambil beraya dan makan kuih raya, sambil itu jom kita hadamkan juga mesej di sebalik iklan-iklan kreatif ini!

Iklan raya apa yang best tahun ini ya?


0 comments: