Saya dah dapat balik cukai terlebih bayar, anda bila lagi?
Assalamualaikum & salam sejahtera....
Tinggal kurang dari 2 minggu sebelum tarikh akhir hantar Borang BE untuk tahun 2015, iaitu pada 20 April 2016. Anda bagaimana? Dah hantar Borang BE atau belum?
Jangan tunggu hingga saat-saat akhir, nanti kelam kabut dan kemungkinan besar berlaku kesilapan isi borang atau ada benda atau amaun yang tertinggal. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, buat sesuatu perkara di saat-saat akhir seperti bayar saman dan hantar borang di saat-saat akhir itu adalah suatu kebiasaan. Mungkin ramai yang sukakan cabaran dan suasana mendesak, baru ada thrill dan semangat nak isi borang agaknya!
Saya dah pun submit e-filing pada 12 Mac 2016 yang lepas. Saya seronok isi borang BE atau e-filing ini, sebab setiap tahun cukai saya ada terlebih bayar. Untuk cukai terlebih bayar saya bagi tahun 2015, amaunnya agak banyak, jadi memang teruja lah nak tunggu dapat cukai terlebih bayar itu! Kalau ikutkan seorang sahabat yang lagi awal mengisi e-filing, iaitu pada 1 Mac 2016, bayaran balik cukai terlebih bayarnya diperolehi selepas 2 minggu. Jadi saya pun tunggu untuk tempoh yang sama, tapi selepas 2 minggu belum ada nampak bayang cukai terlebih bayar itu di akaun bank.
Baca juga : Dah hantar borang cukai pendapatan anda?
Disebabkan jarang check baki akaun di bank, saya pun tak perasan rupa-rupanya bayaran cukai terlebih bayar telah pun dimasukkan ke akaun bank saya pada 12 April 2016 yang lepas. Baru perasan selepas saya check akaun bank secara online semalam. Maknanya ambil masa sebulan juga untuk proses e-filing saya itu. Itu pun dah kira cepat prosesnya kan. Dan memang selama ini, seperti tahun-tahun yang lepas, LHDN selalunya akan masukkan wang cukai terlebih bayar ke dalam akaun bank terlebih dahulu, surat pemberitahuannya sampai kemudian. Jadi kena rajin-rajin lah check baki akaun di bank.
Bagi anda yang belum lagi hantar borang BE, jom mulakan mengisi borang tak kira lah secara manual atau e-filing mulai sekarang. Lagi cepat anda hantar kan lagi senang, lebih-lebih lagi bagi anda yang ada cukai terlebih bayar. Lagi cepat anda hantar, lagi cepatlah anda dapat bayaran balik cukai terlebih bayar itu. Boleh lah
Selamat mengisi borang BE!
0 comments: