Alhamdulillah...berita gembira di ceramah Dr Zakir Naik!

Friday, April 15, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Salam hari Jumaat, salam sayyidul ayyam...

Alhamdulillah, berita gembira di pagi Jumaat:

Remaja bukan Islam mengucap dua kalimah syahadah di depan pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik ketika sesi soal jawab di majlis syarahannya di Padang Astaka, di sini, tengah malam tadi. -Harian Metro -

woo nina grace peluk islam di ceramah dr zakir naik
Sumber : Astroawani. com


Seperti mana ceramah-ceramahnya di serata dunia yang menarik minat masyarakat bukan Islam, ceramah Dr Zakir Naim di Padang Astaka, Kemaman Terengganu malam tadi juga telah berjaya mengislamkan seorang remaja, Woo Nina Grace, 19, dari Johor selepas soalannya dijawabnya oleh ilmuwan agama tersebut.

Seperti yang disebut oleh Ustaz Norhisyam dalam rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 dengan tajuk 'Jom Dakwah' pagi tadi, mari lah kita semua mulai hari ini tanamkan niat untuk usaha menjadi kan mereka yang belum Islam (Ustaz kata kalau boleh jangan sebut bukan Islam tapi sebut belum Islam) supaya menerima dan memeluk Islam disebabkan dakwah yang kita sebarkan kepada mereka.

Tanyalah Ustaz di TV9

Tanyalah Ustaz di TV9


Ustaz juga ada beri contoh kisah Yusuf Islam (sebelum Islam dikenali sebagai Cat Steven) yang setelah memeluk Islam pergi ke sebuah pusat komuniti Islam di UK dan bertemu dengan masyarakat Islam di kita. Dan antara kata-kata Yusuf Islam ketika itu ialah "Ibu bapa ku meninggal dunia tanpa kenal Islam itu adalah disebabkan oleh kamu. Aku juga memeluk Islam bukan kerana dakwah kamu tapi kerana usaha ku membacanya terjemahan kitab Al-Quran" (lebih kurang macam itu lah yang saya dapat tangkap kata-kata Ustaz pagi tadi). Ustaz kata rugi jika kita duduk berjiran dengan orang yang belum Islam bertahun-tahun tapi sekali pun kita tak pernah kenalkan atau tunjukkan ajaran Islam kepada jiran tersebut.

Kesimpulannya, sesiapa saja boleh sebarkan dakwah bukan hanya dengan berceramah, tapi juga dengan menunjukkan ajaran Islam melalui contoh teladan dan akhlak yang baik. InsyaAllah Allah.




0 comments: