Apa barang yang laku di musim panas?
Assalamualaikum & salam sejahtera....
Apa barang yang laku di musim panas?
Selain daripada bisnes aiskrim yang semakin laku di musim panas, ada beberapa lagi barangan yang mendapat permintaan yang tinggi di musim panas ini.
Air batu
Semestinya jualan air batu meningkat mendadak di musim panas ini. Bukan hanya restoran, warung di simpang jalan pun saya perhatikan sekarang menerima penghantaran air batu daripada pembekal sebanyak 2 kali sehari berbanding sebelum ini hanya sekali sehari.
Air
Selain air batu, sebenarnya semua yang berkaitan dengan air memang jadi permintaan ramai di musim panas ini. Terutamanya air kelapa muda yang dicampur sedikit perahan limau nipis dan ais dikatakan dapat menghilangkan keletihan dan mengembalikan kesegaran badan.
Kipas angin
Terbaca di akhbar semalam yang menyiarkan gambar seorang penjual barang-barang terpakai sedang membaiki kipas angin. Menurut peniaga tersebut, disebabkan cuaca panas terik yang berlarutan beberapa bulan ini, ramai pelanggan yang mengunjungi kedainya untuk mendapatkan kipas angin pada harga yang murah. Selain kipas angin, peniaga itu juga turut menjual barang-barang elektrik yang lain pada harga bermula dari RM10 hingga RM300.
Aircond
Jiran sebelah rumah saya baru saja pasang aircond tambahan di rumahnya. Semalam pula, baru saja datang orang untuk servis dan tambah gas aircond di rumah jiran depan rumah saya. Mesti peniaga aircond tersenyum lebar sejak sepanjang fenomena El Nino ini.
Baca juga: 5 cara jimat guna aircond di musim panas
Baldi @ tong air
Di sesetengah tempat yang mengalami catuan air kerana paras air di empangan yang semakin surut, berkemungkinan catuan air akan dilakukan bagi mengelakkan paras air empangan terus turun ke paras kritikal. Teringat saya pada krisis air tahun 1997, memang tertekan sungguh waktu itu ke sana sini mencari sumber air selain menantikan pihak Syabas hantar lori tangki air. Pada masa sebeginilah harga tong air akan naik berkali-kali ganda daripada harga asalnya.
Cermin tinted @ cermin gelap
Yang ini saya terfikir bila mata sedang berkerut-kerut tahan panas ketika memandu tengahari tadi. Bahang panas memang terasa walaupun dalam kereta pasang aircond semaksimum yang boleh. Mungkin boleh ditanyakan pada tauke kedai aksesori kereta sama ada permintaan untuk cermin tinted meningkat sejak kebelakangan ini. Kalau ada anak kecil memang lebih baik ada cermin tinted ini untuk keselesaan mereka, sebab ada sesetengah kereta saya lihat meletakkan kain yang diselit pada tingkap kereta untuk elakkan panas cahaya matahari.
Mungkin ada banyak lagi barang yang laku di musim panas ini kan. Dalam setiap yang negatif , ada juga terselit sesuatu yang positif. Dalam kepayahan dan ketidakselesaan mengharungi cuaca panas, ada juga peluang bisnes bagi mereka yang bijak
0 comments: