Bisnes homestay : Peluang menarik daripada syarikat produksi filem @ drama
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Ada cerita menarik yang dikongsikan hari ini oleh sahabat saya si pemilik homestay.
Katanya ada sebuah syarikat produksi menghantar emel bertanyakan kesudiannya untuk menjadi penaja tempat penginapan bagi krew produksi sepanjang tempoh lebih kurang 2 minggu sebuah penggambaran dilakukan (saya tak ingat penggambaran filem atau drama pendek).
Menarik kan? Katanya tak sangka rumah kecilnya yang dijadikan homestay itu mendapat perhatian juga dari syarikat produksi!
Kata sahabat saya lagi, antara manfaat yang bakal diperolehi oleh si pemilik homestay jika sudi menaja tempat penginapan ialah logo syarikat (logo homestay) akan disertakan dalam bahagian penghargaan (kalau tak silap pemahaman saya menurut apa yang diceritakan) atau closing credits drama @ filem tersebut dan juga mendapat jemputan VVIP ke majlis pelancaran drama @ filem tersebut.
Glamour sekejap kan?
Jadi, sahabat saya menerima atau tidak pelawaan syarikat produksi itu?
Sahabat saya teruja tapi ada banyak perkara yang perlu difikirkan. Antara yang paling utama ialah pelawaan syarikat produksi itu adalah untuk menaja penginapan. Sebagai pengusaha homestay yang baru hendak bermula, mungkin agak sukar untuk menaja penginapan kerana dalam tempoh 2 minggu tersebut ada beberapa booking daripada pelanggan @ tetamu yang hendak menyewa homestay. Jika anda berada di tempat sahabat saya itu, antara menaja dan mendapat pendapatan dari sewaan, yang mana satu pilihan anda?
Walau bagaimanapun, tawaran menaja itu juga sebenarnya adalah satu peluang yang baik untuk lebih memperkenalkan homestay tersebut kepada orang ramai. Mungkin krew produksi yang menginap dii homestay tersebut selesa dan puas hati dengan keadaan homestay akan mencadangkan pula kepada rakan-rakan dari syarikat produksi yang lain untuk menginap di homestay tersebut. Atau mungkin juga bermula dengan menaja tempat penginapan untuk krew produksi, lama-kelamaan ada pula syarikat produksi yang berminat untuk membuat penggambaran di homestay itu sendiri. Bukankah ini satu peluang yang sangat menarik untuk memperkembangkan lagi bisnes homestay itu!
Anda pengusaha homestay? Klik di sini untuk ketahui tips-tips menguruskan homestay!Tawaran menaja tempat penginapan itu membuka mata sahabat saya ini sebenarnya bahawa bisnes homestay mempunyai potensi untuk dimajukan. Dan yang lebih penting, tawaran tersebut menjadikan sahabat saya ini lebih bersemangat untuk menambahelok kemudahan-kemudahan yang disediakan di homestay nya itu.
Anda pengusaha bisnes homestay? Mulakan usaha anda untuk lebih menonjolkan kelebihan homestay anda sekarang. Mana tahu satu hari nanti homestay anda pula yang terpilih sebagai tempat penggambaran salah satu bakal drama adaptasi novel yang laris bak pisang goreng panas kebelakangan ini!
0 comments: