Demi ketenteraman awam....
Assalamualaikum & salam sejahtera.....
Banyak bantahan disuarakan oleh pelbagai pihak mengenai pembatalan ceramah umum di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) oleh penceramah agama dari India, Dr Zakir Naik, Alasan bagi pembatalan itu adalah demi ketenteraman awam dan sensitiviti agama di Malaysia.
Sumber : YouTube |
Pernah juga saya menonton rancangan Tonight With Dr Zakir Naik yang disiarkan di Astro Oasis dulu (dan ada juga disiarkan di TV AlHijrah). Pertama kali menonton rancangan itu memang saya kagum tengok ceramah agama yang dihadiri oleh ribuan orang. Dan Dr Zakir Naik memang sangat arif dalam bidangnya terutama dalam menjawab soalan yang melibatkan perbandingan agama. Sebut saja apa isunya, segala ayat dan surah bukan saja dalam kitab suci Al Quran, malah kitab agama lain juga mampu diterjemahkan sekali dan disampaikan dengan baik.
Pada bulan Mac 2012, sesi ceramah beliau di Kishanganj, Bihar, dihadiri lebih daripada sejuta orang, dan menjadi salah satu perhimpunan terbesar di dunia bagi ceramah agama yang hanya dikendalikan oleh seorang penceramah - Astroawani.com
Setuju dengan pendapat sesetengah pihak yang mengatakan, jika tajuk ceramah Dr Zakir Naik yang menjadi isu sensitif, tidak boleh kah ditukar kepada tajuk yang lain dan bukannya dibatalkan terus. Jika betul Dr Zakir Naik boleh menimbulkan masalah melibatkan ketenteraman awam dan sensitiviti agama di Malaysia, maka adakah pemilihan Dr Zakir Naik sebagai penerima anugerah tokoh Maal Hijrah peringkat antarabangsa pada tahun 2013 adakah satu pemilihan yang salah?
Dan jika betul Dr Zakir Naik boleh menimbulkan masalah melibatkan ketenteraman awam dan sensitiviti agama di Malaysia, adakah terdapat sebarang kekecohan dilaporkan pada Ahad lepas ketika beliau menyampaikan ceramah di Stadium Tertutup Gong Badak, Terengganu selama 2 jam (bermula dari 9:45 malam dan tamat pada jam 1 pagi selepas sesi soal jawab!) yang dihadiri oleh hampir 30,000 orang?
Antara kata-kata yang menarik yang saya jumpa di FB, untuk direnungkan bersama:
Sumber : FB |
Sumber : FB |
0 comments: