Hati-hati risiko kebakaran ketika cuaca panas

Friday, April 08, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Cuaca berjerebu atau terlalu panas hari ini?

Jerebu atau cuaca panas

Jerebu telah kembali?


Gambar di atas ini saya ambil antara pukul 11.30 pagi dan 11:45 pagi tadi. Menara Berkembar Petronas @ KLCC dan Menara Kuala Lumpur nampak macam kabur saja. Nak dikatakan cuaca berjerebu kembali tak juga sebab indeks pencemaran udara masih menunjukkan bacaan di bawah 100.




Pernah suatu hari saya nampak ada percikan api dan api kecil menyala di kabel elektrik di dalam gambar di atas. Mungkin juga bukan bahagian kabel tapi bahagian tertentu di bahagian atas sekali tiang elektrik itu. Memang bahaya juga keadaan itu sebab berdekatan dengan kawasan sekolah. Selain itu banyak juga kenderaan yang parking berhampiran dan kereta saya salah satu daripada nya! Tak dapat nak bayangkan apa akan berlaku kalau api itu marak dan kabel itu putus dan kena pada deretan kenderaan tersebut.

Mujur api kecil itu menyala tidak lama dan padam setelah lebih kurang 15 minit. Pihak sekolah juga saya nampak telah dimaklumkan dan mungkin perkara itu telah dilaporkan kepada TNB.
Penjual aiskrim bermotorsikal yang hari-hari ada di depan sekolah itu pun dinasihatkan berada jauh dari kawasan label itu bagi elakkan perkara tak diingini kepada para pelajar sekolah yang sedang berkerumun membeli aiskrim. (Bijak kan jual aiskrim depan sekolah. Memang laku sangatlah ketika cuaca panas ni).


Bagaimana kabel elektrik @ bahagian atas tiang elektrik itu sampai boleh terbakar agaknya? Mungkin kah sebab terlalu panas?  Suhu pada waktu itu kalau tidak silap saya ialah 35 darjah Celcius. Tidaklah terlalu panas sampai kabel elektrik boleh terbakar kan? Tapi tidak mustahil juga kerana menurut Jabatan Bomba & Penyelamat, kes kebakaran dilaporkan meningkat dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini.

Selain lebih peka dengan kesihatan diri, nampaknya kita kena juga lah peka dengan risiko kebakaran di musim panas ini. Pembakaran terbuka dan buang puntung rokok merata-rata memang tak sepatutnya dilakukan bukan saja di musim panas, tapi pada bila-bila masa pun.

Selepas kejadian itu memang setiap kali nak park kereta di bahu jalan, saya akan pandang ke atas dulu untuk periksa kalau ada kabel elektrik yang sedang terbakar!


0 comments: