Konnichiwa, mari ambil gambar!

Wednesday, April 13, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Konnichiwa!

Seronok melihat foto-foto sahabat yang baru pulang dari negeri matahari terbit, Jepun. Memang betul-betul seronok melancong nampaknya. Rindu pula saya nak ke Jepun sekali lagi. (Gambar-gambar di bawah adalah dari koleksi saya, bukan dari koleksi sahabat saya itu).

Sahabat ini memulakan pengembaraannya dengan menikmati ketenangan air terjun di Minoh Falls, Osaka hingga ke Nara Deer Park yang menempatkan rusa-rusa jinak. Bergambar kenangan pula dengan keunikan Himeji Castle dan keindahan malam di kota Kobe. Tidak ketinggalan menginap di rumah tamu berusia 100 tahun di Kyoto dan tentunya menaiki shinkansen atau bullet train yang menjadi kebanggaan rakyat Jepun. Menaiki shinkansen ini tidak terasa kelajuannya tapi bila lihat dari platform memang nampak berdesup lajunya. Dengan pemandunya yang memakai uniform seperti juruterbang dan suasana dalam shinkansen itu sendiri yang seperti kapal terbang, pengalaman menaiki shinkansen sememangnya tidak harus dilepaskan bila berkunjung ke Jepun.

Naik shinkansen di jepun
Berdiri di platform dan terpegun dengan
kelajuan shinkansen!

Naik shinkansen di jepun
Keadaan dalam shinkansen yang sangat selesa

Naik shinkansen di jepun
Di stesen kereta api laju

Sahabat ini juga tidak ketinggalan untuk ke Shirakawago, yang diisytiharkan sebagai tapak warisan Unesco terkenal dengan lebih 100 buah rumah ladang tradisional yang berusia lebih daripada 250 tahun. Cantik foto-foto yang dirakamkan. Keunikan foto rumah-rumah ladang itu macam lukisan di atas kanvas. Setelah puas feeling jadi petani di Shirakawago, sahabat ini juga tidak ketinggalan merakamkan keindahan bunga sakura yang berkembang mekar di Kanazawa Castle dan juga pemandangan menakjubkan Gunung Fuji. Walaupun di Malaysia jarang ke pasar, bila di Jepun teringin pula bergambar di Fish Market Tsukiji. Dan tidak lupa juga sahabat ini mengabadikan kenangan di tempat orang melintas jalan secara berjemaah dan tempat melintas paling sibuk di dunia, Shibuya Crossing!

Mungkin ada beberapa lagi tempat yang tidak sempat dilawatinya seperti Dotonbori yang terkenal dengan Glico Man dan juga Universal Studios Japan di Osaka. Berlainan dengan sahabat ini yang banyak merakamkan keindahan alam di Jepun, saya pula lebih suka rakamkan panorama taman tema dan kesibukan kota nya! Tapi ambil gambar pun dengan handphohe saja, tak mampu nak beli DSLR yang canggih itu.

glico man dotonbori
Glico Man, Dotonbori

universal studio japan
Universal Studio Japan. Excited bila sampai sini!

Bagi yang gemar melancong, pasti mengambil gambar-gambar kenangan adalah suatu kemestian kan sebab bukan selalu dapat melancong jauh ke luar negara. Macam Che Ta yang bawa jurugambar bersama bila melancong! (tapi Che Ta boleh pergi melancong hari-hari lah kan). Seronok jadi jurugambar Che Ta itu, dapat melancong sambil bekerja.

Kalau anda minat dan ada bakat ambil gambar, apa kata kembangkan bakat dan hobi anda itu jadi sumber pendapatan sampingan. Bagi yang minat nak buat duit dengan bisnes fotografi, memang sesuai dapatkan ebook panduan bisnes fotografi ini. Klik di sini untuk maklumat lanjut. Manalah tahu, ada rezeki boleh ikut jejak langkah jurugambar Che Ta itu!



0 comments: