Rugikah kita bila memberi?

Wednesday, April 06, 2016 Ana 2 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Rugikah kita bila memberi?
Rugi ke rasanya bila kita memberi lebih daripada sepatutnya? Bukan kah lebihan itu nanti akan dikira sebagai sedekah? Tak berminat kah kita untuk dapat pahala sedekah?

memberi lebih baik daripada menerima


Saya teringat kepada seorang makcik penjual cakoi dan kuih-kuih lain seperti pau, cekodok, apam, lepat dan karipap di Setiawangsa yang sangat murah hati untuk bersedekah dengan jualannya. Kalau harga 5 keping cakoi ialah RM2, dan saya beli sebanyak RM4, pasti yang dibungkusnya nanti untuk saya ialah 11 atau 12 keping cakoi, iaitu lebih daripada 10 keping (yang sepatutnya). Dan jika saya ke gerainya bersama anak-anak saudara, pasti makcik itu tidak pernah lupa untuk menghulur sekeping dua cekodok atau pau untuk anak-anak saudara saya. Memang makcik itu jenis yang tak berkira sangat orangnya.

Berbeza pula dengan seorang lagi makcik yang juga menjual kuih-muih yang sama tapi berdekatan dengan pusat membeli-belah Aeon Setiawangsa. Pernah sekali emak saya secara bergurau bertanyakan adakah boleh dapat extra 1 keping cakoi bila emak saya beli sebanyak 10 keping. Nak tahu apa jawapannya?

"Oh tak boleh. Saya memang tak pernah bagi lebih bila orang beli kuih saya ni!"

Wah, sangat 'berterus terang' makcik ni!

Begitu juga dengan kisah kenalan saya yang membeli lauk bungkus di kedai mamak. Lauk ayam kurma seketul dan diminta kuah kurma dilebihkan sedikit. Selalu juga sebenarnya rakan saya ini membeli lauk yang sama di restoran tersebut tapi setiap kali membeli harganya berubah-ubah antara RM4 dan RM5 bagi seketul ayam kurma beserta kuahnya.

Teringin hendak tahu harga sebenar ayam kurma itu, rakan saya pun bertanyakan kepada cashiernya semasa membayar harga kurma tersebut:

"Ayam ni sebenarnya harga berapa ane? Sekejap RM4 sekejap RM5?"

:"Oh, ini ayam harga RM4 lah. Sebab itu kuah kasi lebih, jadi RM5"

Saya sangkakan berbeza harga sebab mengikut saiz ayam, rupa-rupanya sebab minta kuah lebih. Bukannya lebih hingga seperiuk lebihnya pun. Mahal ya harga untuk sediakan kuah kurma? Kalau begitu lain kali saya cadangkan rakan saya ini beli kuah kurma saja lah, baru RM1 harganya kan!

Sama juga dengan kisah penjual bazar Ramadhan yang saya baca di salah sebuah blog. Penjual itu agak keberatan memberi plastik (plastik biasa yang kita dapat bila beli barang di kedai tu) lebih untuk
mengisi makanan yang dibeli pelanggan di gerainya. Apabila pelanggan itu bergurau mengatakan takkan lah plastik pun nak kedekut, apa jawapan peniaga tersebut?

"Mestilah kedekut makcik, kalau tak kedekut nanti saya tak untung makcik!"

Saya harap penjual itu sekadar bergurau saja dan tak benar-benar maksudkan apa yang dikatakannya itu. Untung atau rugi bukan bergantung pada betapa kedekutnya si penjual dengan pelanggannya!

Jadi, adakah rugi jika kita memberi lebih dari yang sepatutnya? Tak kira lah sama ada pemberian itu berbentuk wang, harta benda, pertolongan mahu pun masa untuk kita. Mungkin lain orang lain pandangannya. Bagi saya secara peribadi, what you give, you get back.

Jadi kalau kita kedekut untuk memberi lebih, maka orang lain pun akan kedekut untuk membeli lebih kepada kita!

Memetik kata pendakwah terkenal Ustaz Ebit Liew:

"Apa yang kita tidak dapat, mencerminkan apa yang kita enggan beri...."




2 comments:

  1. Teringat saya kejadian yang saya saksikan di pasar malam dulu.
    Seorang wanita berumur membawa seorang anak kecil (saya agak cucunya)mungkin tadika atau sekolah rendah. Semasa saya lalu kebetulan makcik ini berada di depan gerai buah, anak itu meminta dibelikan anggur. Mungkin anggur mahal, makcik itu mintang ditimbang sedikit.
    Apa yang menyentuh hati saya ialah peniaga itu mengurangkan hanya dua biji anggur untuk memberikan timbangan yang 'tepat'. Apa salahnya dibiarkan sahaja anggur dua biji itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringat saya pada satu kata-kata (tapi saya tak ingat pula siapa yg kata!), kalau kita nak buat sesuatu atau teragak-agak nak buat sesuatu, cuba ingat dalam hati "macam mana kalau apa yg aku buat ni boleh jadi tiket utk ke syurga?". Mcm peniaga anggur tu, kalau dia boleh anggap yg dgn lebihkan 2 biji anggur itu boleh jadi sbg tiket dia ke syurga, mesti dia tak berkira nak lebihkan 2 biji anggur tu kan!

      Delete