Pesanan untuk tuan rumah dan tetamu rumah terbuka....

Saturday, July 16, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera,,,,

Saya nak cerita lagi pasal rumah terbuka sempena hari raya ini. Bukan nak cerita mengenai menu juadah yang akan dihidangkan atau fesyen paling menarik untuk digayakan bila hadiri rumah terbuka, tapi saya nak cerita mengenai adab kita samada sebagai tuan rumah atau pun sebagai tetamu yang bertandang.

Saya sangat-sangat 'teruja' nak cerita pasal adab ini sebab dalam minggu ini saja sudah dua kali saya dan emak terasa sakit hati dengan jiran atau tetamu yang datang berkunjung ke rumah jiran-jiran kami. Sebab apa sakit hati?

Saya tak kisah sangat jika tetamu yang datang beraya ke rumah jiran parkir atau letak kereta nya melintang di hadapan pintu pagar rumah saya.  Ataupun letak kereta di hadapan pagar rumah jiran sebelah tapi melunjur sikit bahagian kereta nya ke depan rumah saya. Itu saya boleh bersabar dan bertoleransi lagi. Walaupun sikap parkir kereta macam itu akan sebabkan saya perlu bersusah payah putar stereng kereta untuk pandu masuk ke rumah saya sendiri.

parkir kereta hingga ganggu jiran

Jiran parkir kereta melunjur hingga ke depan rumah saya bukan perkara baru. Yang paling 'ekstrem' ialah suatu ketika dulu pada malam raya. Malam raya, kawan-kawan. Pada malam yang sedang bergema dengan laungan takbir raya itu, kereta jiran 'begitu cantik' parkir melintang di depan rumah saya. Kebetulan pula saya ada hal perlu ke kedai waktu itu. Bila dipanggil jiran sebelah untuk diminta alihkan kereta, saya mendapat satu 'kejutan' dengan jawapan jiran tersebut.

"Eh, tak tahu lah kunci kereta letak di mana!"

Lama juga lah menunggu hingga kunci kereta itu dijumpai!

Tapi semua perkara yang berlaku seperti yang di atas saya masih boleh bersabar. Yang saya tak boleh sabar sangat ialah apa yang berlaku dalam jangka masa seminggu kita menyambut Syawal ini.

Kali ini bukan jiran sebelah rumah, tapi jiran depan rumah pula yang 'terjangkit' penyakit parkir kereta dengan cara yang menjengkelkan.

Kereta nya bukan setakat parkir melintang atau terlebih melunjur di depan rumah saya, tapi betul-betul di parkir macam nak masuk ke dalam rumah saya! Sangat hampir dengan pintu pagar hingga pintu pagar pun tidak boleh dibuka. Kalau pintu pagar dibuka mungkin akan masuk parkir ke dalam rumah saya agaknya.

Sangat pelik dengan sikap begini. Kenapa parkir kereta sedemikian rupa? Tak boleh kah parkir lurus saja di tepi jalan yang tidak menghalang laluan saya? Mengapa rumah saya yang jadi 'pilihan' atau kegemaran jiran tersebut untuk parkir dengan cara yang kurang sopan itu? Bagi saya parkir kereta sebegitu seolah-olah tidak hormat akan emak saya sebagai tuan rumah. Macam kami tak wujud maka sebab itu jiran tersebut parkir sebegitu rupa.

Kawasan depan rumah saya adalah hak saya sekeluarga, Tidak kira lah samada kami sudah kunci pintu pagar dan tidak ke mana-mana lagi atau sudah tidur sekali pun, tidak boleh kah hormati kami sebagai tuan punya kawasan rumah?  Apa perasaan jiran tersebut jika orang melakukan perkara yang sama di kawasan rumah anda? Suka kah? Mungkin saya boleh terima jika yang parkir begitu ialah tetamu yang datang ke rumah jiran (mungkin tetamu tersebut tidak tahu atau tidak ingin tahu boleh atau tidak parkir macam itu), tapi bila jiran itu sendiri yang parkir sebegitu di depan pintu pagar saya?

Agak menyedihkan kerana hubungan kami dengan jiran tersebut adalah baik dan sering juga kami bertukar-tukar juadah di bulan puasa yang lalu. Tapi sikap meletakkan kereta di depan rumah kami sedemikian rupa sangat-sangat menyakitkan hati. Saya dan keluarga bukanlah kedekut sangat hingga tidak boleh letak kenderaan di depan rumah kami. Boleh. Tapi dengan cara letak yang betul. Di tepi jalan yang tidak menghalang laluan. Jika halang laluan sedikit pun kami masih boleh bertolak ansur. Bila parkir dengan cara macam nak masuk ke dalam rumah saya, begitu rapat dengan pintu pagar sehingga pintu pagar pun tak boleh dibuka, itu sudah agak melampau.

Saya agak bertuah kerana tetamu-tetamu yang datang ke rumah saya mempunyai kesedaran untuk tidak mengganggu kawasan jiran-jiran saya bila datang berkunjung ke rumah. Pada malam raya ketiga, saudara-mara dengan 3 buah kereta datang beraya dan kesemua kereta di letak di depan rumah saya, sikit pun tidak masuk ke kawasan jiran,

Kalau anda pergi beraya ke rumah sanak saudara di hujung minggu ini, cuba lah sedaya upaya untuk tidak mengganggu keselesaan jiran-jiran di sekeliling bila anda parkir kereta.

Jika anda ialah tuan rumah yang mengadakan rumah terbuka, cuba juga lah sedaya upaya untuk pastikan tetamu-tetamu anda tidak mengganggu keselesaan jiran-jiran di sekeliling.

Pasti tidak seronok kan bila kita menjamu selera dan bergelak ketawa bersama di rumah terbuka tapi jiran-jiran sekeliling sakit hati dengan kereta yang mengganggu laluan mereka......

Atau kita tak peduli?


0 comments: